"Hai , hai dan Selamat pagi warga Korea . Anda sedang mendengarkan KISS THE RADIO ! Hari ini saya bukan seorang , bukan dua tapi sembilan ! Perkenalkan Song Ji Eun ! " - DJ Radio
"Hello , Ji Eun di sini"- Ji Eun
"Oh , begitu comel . Baiklah , semua orang tahu sekarang ni Ji Eun sedang hangat jadi , apa perancangan Ji Eun sekarang ? " -DJ Radio
"Er...sekarang ni saya sibuk dengan lagu terbaru saya . Untuk masa yang akan datang saya akan ke USA untuk mempromosikan lagu ini disana " -Ji Eun
"Oh , seperti yang kita tahu lagu awak memang sedang hangat dan mendapat sambutan yang begitu....banyak . Saya juga dengar lagu ini menduduki carta top 3 di setiap radio dan rancangan muzik . Tahniah saya ucapkan...." -DJ Radio
Selepas 1 jam mereka ke udara akhirnya rancangan itu berakhir . Mereka keluar daripada konti radio tersebut .
"Awak buat dengan baik , harap kita berjumpa lagi . Ji Eun Fighting ! " -DJ Radio
DJ Radio beredar . Ji Eun juga beredar dan pulang ke syarikatnya .
"Oh , hello kak Ji Eun " -Somi dan Saejong
Ji Eun yang bergegas hendak ke pejabat presiden terberhenti apabila mendengar sapaan Saejong dan Somi .
"Oh , hai . Eh , kamu berdua tak ada show ke hari ni ? " -Ji Eun
"Oh , ada petang nanti " -Somi
Ji Eun mengangukkan kepala tanda faham.
"Erm...pengarah ada tak ? " -Ji Eun
"Tak pasti pulak " -Saejong
"Ok tak apa biar akak tengok sendiri la ye . Akak pergi dulu la ya . I.O.I fighting !" -Ji Eun
Ji Eun pergi meninggalkan Somi dan Saejong .
"Baik kak Ji Eun tu kan " -Somi
"Kan ? dah la baik cantik pulak tu . Tak kisah la kalau pengarah suka dan ramai peminat " -Saejong
Ji Eun tiba di bilik pengarah . Dia mengetuk pintu sebelum masuk .
"Ji Eun , masuk " -Pengarah Yong
Ji Eun masuk lalu duduk di kerusi di hadapan Pengarah Yong .
"Ada apa tuan nak jumpa saya ? " -Ji Eun
"Macam mana awak hari ni ? " -Pengarah Yong
"Well...macam biasa...show , peminat , sign...selfie . Ok " -Ji Eun
"Saya baru saja dapat panggilan daripada seorang pengarah terkenal . Dia call saya untuk tawarkan awak watak heroin untuk drama terbaru dia . Penggambaran tu akan mula minggu depan " -Pengarah Yong
"Betul ke ? saya setuju ! " -Ji Eun
"Ok kalau macam tu saya contact pengarah tu yang awak terima tawaran tu and boleh mula berlakon minggu depan " -Pengarah Yong
Selepas selesai program bertemu ramah dengan peminat , pengurusnya terus menghantarnya pulang ke rumah . Selepas mandi dia ke dapur untuk membasahkan tekaknya .
"Aw , hari yang memenatkan " -Ji Eun
Dia merungut seorang diri . Dia membawa gelas airnya ke depan televisyen . Dia menonton televisyen . Tiba-tiba dia teringatkan gelang yang diberi oleh peminatnya . Dia masuk ke dalam biliknya untuk mengambil gelang tersebut . Lalu dia kembali ke depan televisyen . Dia merenung gelang tersebut .
"Uniknya...ada lagi ke gelang macam ni ? " -Ji Eun
Tiba-tiba telefonnya berbunyi .
"Hello , Ji Eun ! kau ada rumah tak ?! " -Ara
"Ee...kau ni dah kenapa ? aku tak pekak la . Ada ni ha , tengok tv " -Ji Eun
"Nasib baik kau balik awal . Aku ada dekat bawah apartmen kau ni . Nanti aku sampai " -Ara
Ara mematikan panggilan . Tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi .
"Aih , cepatnya " -Ji Eun
Ji Eun membuka pintu . Ara membawa beberapa ketul ayam dan soda dalam perjalanan dia datang ke rumah Ji Eun .
Ji Eun mengambil bungkusan tersebut daripada Ara ."Kau ni apa bawak banyak sangat ni . Aku tengah diet la . Mana boleh makan semua ni " -Ji Eun
Ji Eun meletakkan bungkusan tersebut dan dia mengambil pinggan dan cawan . Ji Eun menyalin makanan tersebut ke dalam pinggan . Ara duduk di kerusi makan .
"Ala kau ni diet...diet . Sekali-sekala apa salahnya kan . Kau esok ada apa-apa ke ? Mesti ada , jadual kau selalu penuh...kan ? sampai aku nak lepak dengan kau pun kena tangguh tau . Malam ni je la ada peluang sikit " -Ara
"Ala kau ni , macam la kau tak tahu kerja aku " -Ji Eun
"Well...the hottest female artist kan..." -Ara
"Aku ada benda nak cakap dengan kau . Aku...dapat berlakon dengan Song Joong Ki ! " -Ji Eun
Ara menjerit tanda teruja .
"Bila ?" -Ara
"Esok mula shoot " -Ji Eun
"Bestnya kau...eh esok jagan lupa ambil gambar and singnature dia tau " -Ara
"Ok " -Ji Eun
Ji Eun membuat isyarat tangan. Ara perasan akan gelang Ji Eun .
"Eh , kau ambil mana gelang ni ? " -Ara
"Cantik kan ?" -Ji Eun
"Cantik ? pelik je aku tengok . Siapa bagi ?"-Ara
"Unik ape....peminat aku yang bagi tadi " -Ji Eun
"Kau ni jangan la terima barang yang sebarangan . Aku tengok semacam je gelang ni " -Ara
"Baiklah mak cik " -Ji Eun
Ara menonton televisyen daripada kerusi makan .
"Apa la dia ni yang tu pun nak hebohkan ke..." -Ara
Ji Eun masih membelek gelang itu .
Special Comeo :
I.O.I Somi
I.O.I Sejeong