" umi bella taknak pindah . please umi , walid . jangan paksa bella " suaraku meleret persis budak budak yang merengek nakkan gula gula .
umi dan walid selalu buat keputusan tanpa meminta pendapatku . ada ke patut nak masukkan aku dalam asrama? ohh tidak! princess bella ni nak kena masuk asrama? basuh baju sendiri , semua sendiri? memang tak lah . ops! perasan la kau bella . princess konon .
" bella listen, umi dengan walid bukan saja saja tau nak masukkan bella kat sekolah berasrama . kan ke walid kena pindah kat johor? " kata umi cuba meraih hatiku .
" dah tu apa kena mengena dengan bella? asal nak kena masuk asrama bagai . dah takde sekolah biasa ke kat johor tu umi walid? " soalku dengan wajah cemberut . comel gitu . hiks over sangatlah kau bella .
" hm, masalahnya bella tak sekolah kat johor sbb nanti yang kena pindah johor tu cuma umi walid dan abang long kamu" zapp! terasa luruh jantungku mendengar penjelasan umi . ya tuhan adakah ini cubaan buatku? bantulah insanmu ini huhuhu .
" what?! explain please " balasku tanpa riak . ohh umi ku sayang , umi gurau je en? takkan nak tinggal anak umi yang comel lagi cantik ni kat KL sorang2 . kang rindu haa tak tahu .
" im serious bella, yang pindah nanti cuma umi walid dan abang long and you..stay here my baby " suara umi sudah naik satu oktaf . that means i should just stay here or else hmm siapa tahu apa akan jadi kat aku yang kecik molek ni kan? kang kena belasah, naya je huhuhu .
" bella janganlah risau . walid dah atur dah semuanya . bella masuk asrama, nanti bella tahu la . walid takkan tergamak la nak tinggalkan bella sorang2 kat KL ni . kat asrama nanti ada yang akan jaga bella . trust me . please sweetheart, dont you love us? " walid yang sejak tadi jadi pemerhati antara aku dan umi sudah mula bersuara . dah tu buat muka mintak penampar! eh mintak simpati . hehehe sorry walid janji tak buat lagi .
" hmm abis tu asal along boleh ikut? tak adil lah macam ni " suaraku kian kendur.
" eh diamlah budak kecik . suka hati alonglah nak ikut pindah ke tak . dah along dapat sambung belajar kat johor, yang kau tu baru nak spm tahun ni so dengar je ckp umi dan walid . kang tak pasal2 lingkup spm haa tak tahu " kali ini along pulak mencelah . aku hanya buat muka menyampah . ugh asallah aku dapat abang ting tong camni! hahaha.
puan hasna dan suaminya khalid menyimpan senyuman kerana yakin anak bongsu mereka sudah mula terpengaruh dengan lakonan mereka! yup, lakonan .
mereka sebenarnya dah buat perjanjian dengan rakan baik mereka iaitu puan julia dan suaminya azhar . mereka sepakat nak kenenkan anak mereka atas sebab2 mustahak yang tak dapat dielakkan . haaa habislah kau bella! naya je kena tunang awal hahaha .
***
DENGAN berat hati aku pun terpaksalah setuju . takut juga dengan kata kata along tempoh hari . kang tak pasal2 spm lingkup sebab tlmpau kurang ajaq sangat huhuhu .
Tengah aku sibuk packing baju tetiba sahaja telefonku menjerit2 meminta di angkat . hailah siapalah jembalang yang kacau aku mengemas ni .
Aku mencapai telefonku . nama shiela terpapar di skrin, laju sahaja tanganku menyambut panggilannya .
" hah nak apa? " sergahku terus . hahahaha biar padan muka kau mati kejung .
" assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh " aik mak nenek ni, perli nampak kataku dalam hati .
" hm wa'alaikumusalam warahmatullahi wabaraktuh . asal call ni? aku busy packinglah . menyemak je kau " balasku garang . alah acah2 je sebenarnya hehe .
" sampai hati kau nak tinggal aku bella . kalau kau pindah nanti siapa kawan aku nak lepak? tak bestlah mcm ni . janganlah pindah . please bellaaa pleasee! " shiela terus terusan mengongoi seperti bayi kecil yang minta disusukan . haila mak lampir ni time ni jugak nak ber'drama' dengan aku .
" rileks la shiela . tak ke mananya aku ni . kat KL jugak . free2 nanti kita stay lah " pujukku . maklumlah siapa tak sayang kawan weh? dah lah shiela ni satu2 nya kawan rapat yang aku ada . ramai je sebenarnya yang nak kawan ngan aku tapi tak semua dapat terima perangai aku yang tak berapa nak betul ni . eh mengaku ke? hahaha
" yelah yelah . janji tau jangan lupakan aku? " balas shiela .
" tak lupa punya la . jangan risau . haa umi ngan walid aku dah panggil dah tu . aku letak dulu eh . senang2 nanti kita borak lagi . Assalamualaikum " selesai mmberi salam aku meletakkan telefon bimbitku sebelum menyudahkan kerja mengemas barang yang tertangguh tadi .
***
BERAT rasa hati kian menggunung apabila terlihat sekolah baruku yang tersergam indah di depan mata kala ini .
Umi perlahan lahan menarikku ke dalam pelukan . air mata mula bergenang ditubir mata ." kat asrama nanti bella jangan nakal2 tau , jangan tinggal solat . belajar rajin2 . kita dah jauh dah lepas ni, umi harap bella dapat jaga diri , jaga maruah dan nama baik keluarga kat sini "suara esak tangis kian kuat kedengaran . ohh umi! Bellaaaa nakkk balik!
" In Shaa Allah umi . doakan bella ye " aik! dalam hati lain yang keluar lain! apa apa je la kau bella .
" Bella ingat pesan umi tu . walaupun kita orang susah tu tak bermakna kita akan susah selamanya . bella kena buktikan kepada semua orang yg bella boleh berjaya! " kini giliran walid pula memberikan 'tazkirah' kpd ku .
aku hanya mengangguk lemah dengan air mata yang masih bersisa . begitu juga dengan along, dia turut memberikan aku beberapa nasihat yang berguna .
***
SESUDAH bersalaman tadi, aku terus sahaja masuk ke sekolah Elit Star ini . kaki ku menapak laju meskipun aku sendiri tidak tahu dimana asrama untuk perempuan . sedang ralit berjalan sambil melihat kawasan persekitaran tiba tiba..
bukk..
aisehh mamat manalah yang berani sangat langgar bella the samseng ni? memang nak kena! aku mengangkat mukaku untuk melihat gerangan yang melanggar ku tadi .
" err hello! sorry ye . saya nak cepat tadi, tak perasan pulak ada orang " kata lelaki itu sambil melambai2kan tangannya dihadapan mataku .
aku yang seperti baru tersedar sudah terkulat kulat malu sendiri . hailaa kau bella! pantang nampak orang hensem . tapi prasaan malu itu tidak bertapak lama setelah aku melihat barang2 yang aku susah payah kemas tadi berselerak di tanah .
" what? sorry kau cakap? habis barang aku tercampak! jalan tu pakai mata " ganas sahaja lagakku membalas permintaan maafnya tadi .
" im really sorry . saya tak sengaja " kata lelaki hensem itu lagi . tetapi riak mukanya kali ini sedikit kelat mungkin menyampah dengan cara percakapanku .
" kau ingat dengan maaf kau tu barang aku yang tercampak merata rata ni dpt kemas balik ke? aku tak kira, kau kena kemaskan sekarang jugak barang2 aku tu! " hahh tudiaa jangan main main dengan bella .
" huh , girls! " katanya sambil tersenyum sinis sebelum menunduk untuk mengemaskan barang2 ku yang tercampak tadi . haa ni yang buat hati suci murni aku ni jadi panas .
" what did u say? " balasku sambil mataku mencerlung tajam .
" nothing, but yeah girls memang macam ni kan? nampak lelaki hensem kaya terus je acah2 gedik suruh itu lah suruh ini lah" amboi amboi amboi cik abang ni tak sayang mulut ke?
" eh hello! cik abang yang perasan bagus . tolong sikit ye . aku tak hamaklah kalau setakat muka macam kau ni . berlambak je kat pasar tu haa " suaraku sudah naik satu oktaf!
" okay we will see " katanya sinis sebelum memberikan barang2 ku yang terjatuh tadi . huh! asalehe betul mamat ni .
❤❤❤
TBH😘
YOU ARE READING
I love you mr headprefect!
Romance" perempuan semua sama je , mata duitan! " - Isyraff danish " setakat muka macam kau aku tak hamaklah! berlambak kat pasar tu haa" - Bella maisara Asal jumpa je gaduh , alahai bilanya nak berbaik ? namun, tanpa disangka suatu perjanjian yang telah d...