04 - MIMPI NGERI

17.5K 357 34
                                    


Aku meneguk minuman keras.
Bergelas-gelas aku minum. Suasana bingit para pengunjung di dalam Bar Kecil Yyscadtobleron aku abaikan.

Aku duduk bersendirian di satu sudut.

Pandangan mata aku lemparkan ke luar jendela.

Hujan turun dengan lebat.
Langit sudahpun bertukar malam.
Aku tidak tahu ke mana hala tuju aku. Aku buntu dan resah.

Jadi aku mengambil keputusan untuk meneguk minuman keras agar mampu mengkhayalkan minda aku.

Air yang mengandungi ethanol aku tuang ke dalam gelas.
Aku mengeluh.

Jiwa aku tak tenteram.
Apa yang berlaku antara aku dan Cloe tadi?

Adakah itu mimpi?
Ataupun permainan ilusi?

Adakah perkara itu benar-benar berlaku?

Biasanya perkara luar biasa dan terlalu gerun hanya akan berlaku di alam mimpi.

dan perkara di alam mimpi adalah seakan-akan benar.

Kadangkala kita hanya akan tau benda bodoh yang berlaku itu adalah mimpi hanya ketika kita sudah terjaga.

Masalahnya sekarang ini bila aku nak bangun dari mimpi ngeri dan bodoh ni!

"Kau tak akan bangun..."

Suara garau seorang lelaki kedengaran menjawab persoalan hati aku.

Aku tersentak. Biji mata aku terbuntang luas.

Perlahan-lahan aku mengangkat wajah aku merenung si empunya suara.

Seorang lelaki berkerudung kelihatan berdiri di sisi meja aku.

Tubuhnya basah kuyup.

"Apa maksud kau?"

Aku memberanikan diri untk bertanya.

Lelaki disebalik kerudung itu tertawa kecil. Bagaikan mempesendakan aku.

Aku berkerut seribu.

Apa yang bermain di dalam kepala otaknya?

"Kenapa muka kau cemas? Aku tanya, kau tak nak bangun ke dari situ?"

Lelaki itu kemudian memandang sekeliling.

"Meja penuh. Kalau tak keberatan aku nak tumpang semeja."

Lelaki berkerudung itu bersuara.

Aku meghembuskan keluhan nafas. Sedikit lega. Aku ingat siapalah tadi.

"Ah, ya silakan. Rasanya aku akan ada kat sini sampai hujan berhenti."

Aku mempelawa. Air keras diteguk.

"Terima kasih."

Lelaki itu menarik kerusi dan mengambil tempat dihadapan aku.

"Nama aku Myran.."

Dia memperkenalkan dirinya.

"Sieg.."

"Dua tiga tahun lepas aku ada datang sini bercuti.Tapi tak sangka pulak aku kena datang sini balik. Aku kena jemput seseorang."

Lelaki itu memulakan perbualan.

"Oh.."

Aku hanya sekadar mengangguk.Terasa janggal dan rimas. Aku tidak suka bergauL dengan orang kelas bawahan.

"Tak ada benda penting ke nak uruskan? Senang-lenang je aku tengok kau ni?"

"Hujan. Nak uruskan macam mana?Lagipun hal aku bukan urusan kau. Kau sibuk apahal?"

Jawab aku kasar.

Lelaki berkerudung itu hanya sekadar tertawa akan bidasan aku.

Hati aku terasa panas dengan soalan yang diutarakannya. Seolah-olah sedang memperlekehkan aku.

Sungguh menjengkelkan! Nak tumpang tempat duduk buatlah cara nak tumpang!

Ternyata dia hadapan aku ni begitu merimaskan.

"Aku ada dengar aduan seorang gadis. Katanya dia sedang menderita dan sakit.Gadis yang hamil."

Wajah aku bertukar pucat dengan penyataanya. Aku tersentak.

Apa maksud dia?

Adakah Cloe?

Aku semakin berdebar.

Aku harapkan gadis yang dimaksudkannya adalah gadis lain dan bukannya Cloe.

"Aku kena selamatkan dia. Rasanya nak tunggu hujan reda lambat."

Myran bersuara mendatar seraya itu dia terus berdiri.

Pandangan mata aku terbuntang luas dan tertacap pada lelaki itu.

Jantung aku berdetak laju mengatasi jarum saat.

"Aku minta diri dulu."

Lelaki itu terus melangkah keluar dari bar. Bunyi air hujan meyentuh tanah masih jelas kedengaan.

Adakah aku akan diburu kerana membunuh?

Tidak.

Aku tak bersalah.
Itu hanyalah kemalangan

Tak. Dia yang menyerang aku. Aku hanya mahu melindungi diri aku. Aku tak sengaja. Aku tak bermaksud apa-apa.

Aku meneguk air liur.

Aku tak boleh benarkan sesiapa tahu tentang perkara ini.

Aku perlu hapuskan bukti.

***This story is completed

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***This story is completed. You have to follow me and add this book in your library in order to read the rest of next chapters. Thank you.

CELAH KAKIWhere stories live. Discover now