Dia kembali..
Tanpa aku duga, Cloe telah kembali. Terketar-ketar tangan cuba untuk mendapatkan Cloe.
Entah kenapa saat aku cuba menghampirinya tiba-tiba pandangan mata aku menjadi kabur
Segalanya lenyap.
.........................
Aku membuka mata.
Nafas aku tercungap-cungap.
Mimpi?
Apa yang berlaku?
Aku semakin keliru.
"Cloe??"
Aku bingkas bangun dari pembaringan.
Pandangan mata aku melilau. Namun masih aku tidak beranjak dari katil.
"Cloe?"
Penglihantan mata mula tercari-cari Cloe.
Bibir aku terketar-ketar.Kenapa? Aku harap apa yang aku lalui tadi bukanlah mimpi.
Tidak.
Tak mungkin yang berlaku tadi adalah mimpi.
Aku tiba-tiba terkedu. Jantung aku tersentak.
Tak...bukan mimpi.
Aku merenung sudut kamar aku yang suram serta berbau busuk.
Kesan darah pekat masih berada di lantai.
Terlihat janin bayi berketul-ketul di atas lantai. Bukan satu. tapi banyak.
Aku semakin resah. Apa yang berlaku?
Mana satu mimpi? Mana satu ilusi? Mana satu nyata?
Aku semakin cemas dan takut.
Tiba-tiba cecair pekat mengalir jatuh di atas wajah aku. Cecair pekat bewarna merah yang busuk.
Darah pekat.
Mengalir jatuh dari atas.
Siling yang terbuka? Adakah ia benar-benar terbuka?
Aku tak berani mendongak.
Aku terkaku dan terkesima.Suasana begitu sunyi sehinggakan hanya bunyi jantung aku sahaja yang kedengaran. Jantung aku hilang kawalan.
Tak berapa ketika...
Aku terdengar suara mengerang. Suara mengerang seorang wanita.
Suara itu dari atas.Aku tiba-tiba mempunyai keberanian untuk perlahan-lahan mendongak.
Wajah aku kian memucat.
Kelihatan seorang wanita terkangkang luas dalam keadaan mencangkung di atas loteng. Berbaju putih lusuh berdarah.
Jelas kelihatan bahagian lubang celah kakangnya itu yang terbuka luas. Kotor dan terdapat kesan lebam. Cecair pekat bewarna merah dan putih bercampur. Seakan-akan bernanah.
Aku mengalirkan air mata. Aku terlalu takut namun pergerakkan aku terkunci.
Aku tidak mampu untuk melarikan diri. Malahan aku juga dapat rasakan aku tidak mampu untuk larikan diri dari igauan ini...
Pandanga mata aku kekal terpaku merenung lubang farajnya.
Suara mengerangnya bertambah kuat.
Tiba-tiba kelihatan seakan-akan daging ketulan bewarna merah yang keluar dari lubang kemaluannya. Berbuih-buih darah tersembur keluar.
Aku dihujani darah kotor.
Janin.
Janin yang kelihatan terkeluar dari lubang celah kakangnya.
Tali pusat yang panjang kelihatan berjuntain di udara.Bukan satu tapi banyak...
Aku tak sanggup.
Janin itu jatuh di atas kepala aku.
Aku pantas menepis dalam kekabutan dan aku mula teresak menangis.
Aku menangis ketakutakan bagaikan seorang anak kecil yang terpisah dengan ibunya.
Aku tau.. Aku sudah tidak mampu temui jalan keluar dari igauan ngeri ini.
Aku pasrah.
Aku akur.
Aku menyerah kalah.
Jeritan wanita itu memecahkan lamunan aku.
Tubuh wanita yang mencangkung itu tadi tiba-tiba terjatuh di atas tubuh aku! Dia benar-benar tertiarap di atas tubuh aku.
Aku dapat rasakan sentuhan kulitnya yang sejuk. Bagaikan mayat.
Bunyi nafasnya jelas kedengaran.
Terketar-ketar dia menoleh pada aku dengan tengkuk yang tergeliat.
Bunyi tulang berkeriuk jelas kedengaran.
Rambutnya masai.
Wajahnya pucat dan penuh dengan kaca yang melekat.
Hodoh dan menggerunkan. Penuh dengan kesan lebam dan darah.
Busuk.
Menakutkan.
Pandangan matanya pula hitam.
Lama dia merenung aku.
Sekelip mata sahaja dia--------------------------------------------- --------------------------------------------------
-----
-----------------------------
---------------------
------------------------
--------------------------bersambung...
YOU ARE READING
CELAH KAKI
ParanormalSieg. Sempurna di mata para wanita. Seorang yang tampan dan serba-serbi lengkap. Berduit? Berharta? Ah! Semua dusta! Mana mungkin kesempurnaan itu wujud dalam diri seseorang. Cela itu pasti ada. Tanya Sieg. Apa celanya? "Aku sempurna." Tanya Sie...