"Geum Jan Di."
Aisya tarik muka. Shauqi dah janji tak akan panggil dia dengan nama tu lagi. Shauqi lupa agaknya. Aisya buat tak tau. Tak menyahut dan tak pandang Shauqi.
"Cik Sumi Jeli Manis."
Aisya peluk tubuh. Shauqi ni saja ganggu tumpuan dia tengok TV. Takkan nak tengok drama lakonan Shahrul Ridwan pun tak boleh. Cemburu buta. Cemburu tahap dewa.
"Cik Aisya yang cantik mata macam alien."
Aisya toleh sebelah. Tajam. Mata disepetkan tanda dia marah.
"Abang Shauqi tersayang pernah jumpa alien ke? Asyik-asyik sebut mata kita macam alien. Sebut lagi sekali... tidur luar malam ni!" Aisya sambung tengok TV.
Shauqi sengih. Aisya ni pandai ugut je. Konon suruh dia tidur luar tapi bila sampai waktu tidur Aisya sendiri yang cari dia. Takleh tidur tanpa abang Shauqi.
"Aisya sayang..." Shauqi bersuara selembut mungkin.
"Abang Shauqi nak apa. Takkan cemburu dengan lelaki dalam TV tu." Aisya berpusing menghadap Shauqi. Kalau tak dilayan pakcik ni merajuk pulak nanti. Kalau Shauqi merajuk kalah budak kecik.
"Aisya sayang." Shauqi menarik Aisya ke dalam pelukannya.
"Puasalah... jangan nak buat macam-macam." Aisya memberi amaran. Gila Shauqi bukan boleh dia buat tak endah. Pakcik ni satu-satunya manusia mengalami iklim empat musim. Tapi yang uniknya dia boleh lompat terus dari musim sejuk ke musim panas.
"Orang nak peluk ajelah. Dia yang otak biru kita pulak yang kena warning."
Aisya ketap bibir. Geram dengan Shauqi yang suka kenakan dia. Aisya tolak badan Shauqi perlahan dan bangun dari sofa. Lama-lama menghadap Shauqi dia boleh jadi gila.
"Sikit-sikit nak merajuk. Lepas tu nangis."
Aisya berpusing menghadap Shauqi. Dia pandang Shauqi tajam berserta amaran. Mulut Aisya menyebut tidur luar perlahan. Shauqi tersengih. Ugutan lagi. Dia suka Aisya versi garang ni. Nampak comel bila besarkan mata hijau dia.
"Orang tak merajuklah."
"Kalau tak merajuk kenapa bangun. Kita nak peluk pun tak bagi." Shauqi menarik tangan Aisya memaksa isterinya duduk kembali. Aisya membatukan diri. Namun Shauqi tak putus asa, dia tarik tangan Aisya sekali lagi.
"Auzan Rudi Shauqi... cuba tengok jam tu. Dah pukul lima kan... kena masak untuk buka puasa. Tadi awak jugak sibuk nak makan ikan oren asam pedas." Aisya geram dengan peragai tak matang Shauqi. Tak tau kenapa dia rasa Shauqi manja terlebih sekarang ni. Asyik-asyik nak peluk. Sampai dia rasa rimas pulak.
"Alah.. kejap je. Nak peluk kejap je. Please... baby.. sayang... cinta." Shauqi merayu.
Aisya mengalah. Kalau tak dilayan kemahuan Shauqi memang tak masaklah dia petang ni. Kejap lagi dengan muka tak malu menempel kat rumah jiran. Nasib baik jiran baik hati teramat sangat. Dia duduk dan membiarkan Shauqi peluk badannya.
"Satu minit je tak boleh lebih." Aisya memberi amaran.
"Mana cukup satu minit. Kedekut betul." Shauqi pula tarik muka. Tapi tangan tak lepas dari memeluk isteri tercinta.
"Bukan kedekut... sayang nak masak ni. Takkan tiap-tiap hari nak berbuka kat rumah mama." Aisya mahu Shauqi faham. Dia tak kisah kalau Shauqi nak peluk dia lama-lama. Tapi takkan sampai dua puluh empat jam. Nak masak pun tak boleh.
YOU ARE READING
IZINKAN AKU MENCINTAI DIA PUASA/RAYA
RomanceMARI KITA SAMBUT RAYA DENGAN SHAUQI YANG SENGAL2 MANJA.