NAM SEOLHEE
September 3, 2:56 pm
" Berhenti duduk terkangkang, Seolhee. Itu bukan macam perempuan. Duduk dengan lebih sopan sedikit ", mak akuㅡ atau dengan lebih sopannyaㅡ 'pemberi kelahiran' kepada aku telah mengarahkan sesuatu sambil berbisik, jelingannya menghala ke arah cara duduk aku yang agak tidak sopan itu.
Aku mula berasa selesa namun terus hilang apabila dia mula berbisik di telingaku. Aku terus mengeluh kuat untuk menyampahkan perempuan itu sedikit lalu duduk dengan tegak dan lebih sopan.
Sebenarnya, memanggilnya 'pemberi kelahiran' lebih bagus berbanding mak. Mak ialah seseorang yang hamil, mampu bertanggungjawab keatasnya dan juga memberi kasih sayang dan penjagaan yang baik.
Manakala, 'pemberi kelahiran' hanya seorang perempuan yang mampu melahirkan anak melalui faraj dan mengetahui bahawa dia boleh menghasilkan anak.
Mengapa dia perlu berlakon seakan-akan dia risau keatas aku?
Dia perlahan-lahan memusingkan kepalanya ke arah seorang lelaki dihadapan kami berdua.
" Boleh tak tuan ulang sekali lagi? Saya tidak berapa dengar apa yang tuan cakap tentang anak perempuan saya ", dia bertanya kepada pengetua yang duduk berhadapan dengan kami, paksa dirinya bersenyum. Aku berasa betul-betul mahu mengejek sikap palsunya yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut.
Dia tidak pernah begini, dia selalunya lebih teruk daripada ini.
Pengetua itu menganggukkan kepalanya dan berdehem sedikit.
" Anak perempuan puan telah terlibat dalam beberapa pergaduhan. Dia juga telah digantung sebanyak enam kali dan saya risau jika dia meneruskan perbuatan tersebut dan akan dibuang dari sekolah ",
Perempuan tua itu terus memandang ke arah aku dengan menunjukkan riak muka kecewa. Dia memang seseorang yang boleh diramal, aku boleh nampak dalam riak wajahnya itu yang dia akan memukul aku dalam perjalanan pulang ke rumah sebentar lagi.
Ianya sungguh jelas yang dia tidak menyukai apa yang dikatakan oleh pengetua tersebut. Selama ini perempuan tua itu tidak pernah tahu yang aku digantung sekolah sehingga lah ke hari ini, barulah dia tahu.
" B-betulkah, Seolhee? " dia tanya seakan-akan tidak percaya, suaranya bergetar dan matanya fokus kearahku. Suaranya yang bergetar itu adalah amaran. Aku takut.
Aku pandang ke tempat lain dan mengangkat bahuku, dan mula bercakap.
" Kenapa tanya saya? Kan pengetua dah bagitahu semuanya dihadapan kita tentangnya ", kata aku, cuba sedaya upaya untuk tidak kedengaran kurang ajar lalu melepaskan pandangan ke arah pengetua semula.
Aku nampak perempuan tersebut mengepalkan penumbuk dan membukanya semula di bawah meja tanpa pengetahuan pengetua dihadapannya, mungkin dia sedang sabar untuk tidak mencederakanku di dalam pejabat pengetua ini.
Aku ingat sepenuhnya dengan apa yang terjadi pada hari semalam, pihak sekolah telah menelefonnya dan memberitahu bahawa pengetua itu mahu berjumpa dengannya, dan aku tak berasa kurang takut pun.
Mak aku sebenarnya berasa sangat menyampah kerana mendapat panggilan tersebut dan hampir tidak mahu pergi berjumpa pengetua. Namun begitu, dia masih datang berjumpa lelaki tersebut untuk menunjukkan bahawa dia membuat tugasan yang baik sebagai ibu bapa. Walaupun aku tahu ianya tidak benar.
Aku tidak mampu menyalahkan dia.
Setelah berbincang sedikit bersama pengetua tersebut, aku nampak mak aku secara tiba-tiba bangun dengan pantas dari tempat duduknya dan memegang pergelangan tanganku, kuat.
Cengkamannya semakin kuat dan aku berusaha keras untuk tidak menunjukkan sebarang petunjuk yang aku dalan kesakitan. Tak kisahlah berapa banyak aku membenci perempuan ini, aku masih tidak mahu dia didalam masalah kerana mencederakan fizikalku dihadapan pengetua.
Aku memandang tajam apabila riak muka marahnya bertukar semasa pengetua memandang kami dengan risau. Dia tunduk dihadapan lelaki tua tersebut.
" Terima kasih untuk masa tuan, tapi saya mahu meminta maaf kerana saya memang perlu pergi sekarang. Saya mahu berbincangkan sesuatu dengan anak perempuan saya ", katanya sambil membawa keluar aku bersamanya dari bilik pengetua tersebut.
Aku harap dia tidak berkata begituㅡ ataupun aku sangat berharap aku dapat meminta tolong kepada pengetua sebelum keluar.
Keluar sahaja kami dari bangunan sekolah, aku dapat rasa dia tidak boleh tunggu lagi. Terus tapak tangannya melayang ke arah pipiku, bunyi yang kuat kedengaran.
Pipiku terasa begitu menyengat apabila tamparannya terus diberikan oleh perempuan itu. Ianya betul-betul sakit. Aku perlu menggerakkan sedikit rahang aku dan mengeluh perlahan. Sebenarnya, dia pernah lakukan lebih kuat daripada ini.
Tekakku terasa kering dan tidak dapat meminta dia untuk berhenti. Aku sangat kuat dan berani di hadapan orang lain namun tidak dihadapan mak aku sendiri. Kerana, dia selalu mengingatkan aku tentang perkara buruk yang dilakukan olehku.
Semuanya salah tentang kewujudanku.
" Apa yang kau fikir kau buat pada aku?! Adakah aku besarkan kau untuk membuat masalah sepanjang masa? Kau tak buat apa-apa tapi hanya mengecewakan aku sejak kau lahir! Kau adalah penyebab mereka semua benci kita! Seolhee, so-called my daughter, adalah pemusnah keluarga aku! " jeritnya.
Panah terus tertusuk di hati aku apabila aku sedar apa yang dimaksudkan olehnya tentang mereka. Mereka adalah saudara mara aku yang lain. Tiada seorang pun yang memandang aku dengan kasih sayang dan hanya tidak berpuas hati dan benci sahaja.
Tiada seorang pun di antara saudara maraku yang mengalu-alukan kedatangan aku di dalam keluarga tersebut. Mereka semua memandang aku dengan riak wajah kecewa sejak aku lahir dan aku hidup selama 18 tahun dengan kesakitan dan kekecewaan sehingga sekarang.
Termasuk mak aku.
Itu sebabnya dia kata 'keluarga aku', dan bukannya 'keluarga kita'.
Tidak boleh aku terangkan sebanyak mana perasaan aku untuk bercakap dan memberitahunya , it's always like this. You always make it seem like you're the saint between the two of us.
Air mata terus jatuh membasahi pipiku, meninggalkan rasa sakit darinya. Aku mula menggigil apabila perempuan itu masih memaki hamun dan memberikan kata-kata kesat kepadaku; aku seorang yang selalu gagal, yang mengecewakan, tidak berguna dan completely worthless. Aku tahu mengapa dia berkata begitu.
Aku tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Tidak kisahlah sebanyak mana aku telah biasa dengan perkara ini, tetapi aku masih takut. Kemudian, dia terus membawa aku masuk ke dalam tandas sambil menarik aku dengan sangat agresif dan aku cuba untuk tidak menangis.
Dia mula menarik rambutku dengan sangat kuat dan menolak aku. Aku menggigit bibirku untuk menahan rasa untuk menjerit dan rasa sakit yang diberikan oleh perempuan tersebut.
Aku harap aku mampu bertahan untuk hari esok.
YOU ARE READING
❝DEAR NO ONE❞
FanfictionA JEON JUNGKOOK FANFICTION 「on-going」slow updated ❝ Adakah laut menyimpan rahsia lebih baik berbanding manusia? ❞ ㅡ kisah seorang perempuan yang merasakan dirinya keseorangan namun ternyata salah. ↭ Original written by @dominations Translated by @DR...