THREE

10 3 0
                                    

September 4, 12:02 am

jeonjungkook

Aku terus membelek batu putih itu sambil memegangnya di tapak tangan. Aku mula tidak percaya dengan apa yang aku nampak. Terdapat tulisan di atas batu putih tersebut. Apa? Datang dari mana ni?

Batu ini datang dari syurga atau apa? Adakah tuhan memberkati aku dengan cara ini? Atau adakah batu ini hanyalah dari sihir atau perkara dari alam lain? Dan ayat-ayat yang tertulis datang dari entah mana?

Aku mula menggelengkan kepalaku apabila fikiran paranoid aku mula datang kembali.

Kemudian, aku terus memerhati satu persatu tulisan yang di tulis oleh entah sesiapa dan bagaimana. Tulisan tersebut sangat kemas, kecil dan banyak di atas batu putih yang dipegang itu. Ada juga beberapa perkataan yang telah hilang akibat tergesel dan sebagainya.

Ianya mengejutkan aku apabila ayat yang ditulis agak bermakna dan sedih. Jadi, perkataan tersebut bukannya dari entah mana-mana, atau dari tuhan, atau orang gila yang membalingnya di atas bumbung rumah aku dan sebagainya. Aku mula membaca isi kandungan yang terdapat di atas batu tersebut.

Dear no one,

Aku telah dikhianati oleh kawan baikku sendiri dan telah dipukul oleh mak aku. First, memang mak aku tidak pernah sayang kepadaku. Aku masih dapat rasa sentuhan tapak tangannya dipipi ku dan juga tangannya yang menarik rambutku. Itu adalah tamparan yang paling kuat dia pernah berikan.

Dan juga kawan baikku telah tinggalkan aku dan pergi bersama rakannya yang baru dan orang yang aku sangat benci. Selama ini aku akan maafkan dia walau apa pun yang terjadi, namun kali ini tidak. Aku cuma tak boleh, apa yang aku buat hanya timbulkan kekecohan dan bergaduh. Aku sungguh kejam. Aku perlukan pertolongan :(

ㅡSH

Aku mula terkejut semasa membaca apa yang tertulis di atas batu tersebut. Namun, perasaanku mula berubah lalu tergelak kecil apabila memikirkan bagaimana segala isi kandungan ini boleh muat di atas batu bersaiz sederhana tersebut.

Maksud aku, entah mengapa terasa belas kasihan kepada orang yang menulis ayat tersebut. Yalah, mungkin orang ini adalah orang yang sangat susah dan tiada kehidupan seperti orang lain. Dan dia memerlukan perhatian dari orang dan hanya mampu menulis cerita sedihnya di atas batu.

Tapi, aku takkan percaya dengan perkara ini.

Mungkin semua orang perlulah berhenti untuk mencari perhatian dengan melakukan perkara ini. Sungguh kasihan.

Aku membuat muka lalu memusingkan batu tersebut sekali lagi. Aku mengambil permenant maker dari meja luar rumah tersebut. Aku tak tahu, cuma aku mahu membalas ayat dari batu tersebut. Kemudian, ianya mengambil masa aku untuk berfikir tentang ayat yang hendak aku tuliskan buat seketika.

Nama saya adalah Dear No One, senpai awak. Dan saya akhirnya notis awak!

Aku terus tergelak dengan apa yang ditulis lalu memegang kuat batu tersebut, naik ke atas tangga. Kemudian, aku masuk ke dalam bilikku lalu menutup pintu tersebut. Aku membuka sliding door besar berjenis gelas itu perlahan-lahan dan berjalan ke balkoni, terasa angin dingin dari malam itu.

Aku melihat batu tersebut sekali lagi dan tergelak apabila perasan bahawa balasan aku sangat cerdik.

Aku betul-betul tidak sabar untuk menunjukkan balasan ini kepada budak pelik yang menulisnya.

Tetapi, satu benda yang aku tidak tahu ialah dari mana dia datang dan siapa yang membalingnya.

Macam mana nak bagi kalau aku sendiri tidak tahu siapa yang membalingnya?

Aku mengeluh kuat kerana kecewa dengan apa yang difikirkan. Jika aku tau siapa yang membalingnya dan menulisnya, orang itu pasti dapat melihat balasan dari aku. Tunggu sebentar, siapa tahu?  Mungkin aku akan menjumpai petunjuk?

Aku melihat semula di atas batu tersebut yang ditulis 2 abjad yang berbeza. SH tertulis di situ. Perkara pertama yang terlintas di fikiranku adalah orang itu mempunyai nama yang bermula dengan S dan H. Betulkah?

Namanya mungkin lelaki atau perempuan. Tetapi, tulisannya agak keperempuanan.

Dah kenapa aku fikir lebih-lebih ni?

Aku mendongakkan kepala dan melihat sekeliling, cuba mencari orang tersebut. Tiba-tiba, aku ternampak seorang manusia yang dari jarak yang agak jauh, dipercayai orang yang membaling batu ini.

Aku melihat dengan rasa ragu-ragu dan mengecilkan mataku untuk mendapat penglihatan yang lebih jelas, lalu tersedar bahawa orang tersebut mempunyai rambut yang agak panjang.

Dia mungkin seorang perempuan, namun aku tidak nampak siapakah dia. Mungkin dia juga seorang lelaki yang mempunyai rambut yang panjang, majestic hair gitu.

Aku merenung sekali lagi apabila dia bangun dari kedudukannya sebelum ini, memgambil sesuatu di sebelahnya lalu dibaling ke dalam lautan. Dia meneruskan membaling objek tersebutㅡ yang aku menganggap bahawa objek tersebut adalah batu dan membalingnya dengan kuat dan lebih kuat, setiapnya semakin jauh hinggalah ke akhirnya. Dia terus berhenti.

Segala benda berlegar-legar difikiranku.

Kenapa dia baling batu? Dah gila ke?

Adakah dia yang baling batu ni ke sini?

Aku terus berasa sebersalah dengan anggapan pertama aku terhadapnya.

September 4, 11:52 am

Aku bangun agak lambat hari ini kerana akhirnya hari Sabtu. Terasa minggu ini sangat lama dan akhirnya sudah hari minggu.

Perempuan misteri pada hari semalam tetap berada di fikiranku, dia cuma pelik. Dia buatkan aku tidur lambat memikirkan tentangnya pada pukul 1 pagi untuk memberi dia peluang berjumpa dengan doktor pakar mental.

Segala persoalan muncul di benak fikiran semasa berjalan-jalan di tepi pantai pada waktu petang itu. Kakiku yang termasuk ke dalam pasir tersebut mengangguku namun aku tetap cuba untuk terus fokus.

Batu semalam masih berada di genggaman ku. Aku melihat semula batu tersebut kemudian mengalihkan pandanganku ke arah bukit di atas sana. Sudah tentu aku tidak berharap dia berada di sana.

Namun, siapakah gadis itu?

Bagaimana kalau dia adalah orang yang membaling batu tersebut?

Bagaimana kalau tidak?

Segala persoalan itu membuatkan langkahku terus bergerak menuju ke arah bukit tersebut. Betulkah itu adalah dia? Aku tak tahu nama dia, muka dan semua tentangnya. Hanya rambut yang agak panjang serta perlakuannya yang agak agresif pada hari semalam sahaja yang aku ketahui.

Akhirnya, aku sampai di atas bukit tersebut. Pada mulanya aku teragak-agak, kemudian aku membengkokkan badanku lalu meletakkan batu yang 'diterima' semalam di atas rumput.

Ianya masih disituㅡ balasan yang ditulis olehku yang pada mulanya sangat kelakar namun tidak lagi.

Tidak mustahil yang dia tidak menerima balasan ini atau bukan dialah yang membaling batu tersebut.

Baru sahaja aku mahu meninggalkan bukit tersebut, terus kedengaran suara seorang perempuan. Ianya agak kelam namun kedengaran jelas pada masa yang sama, bunyi tangisan dan campuran yang lain.

" Eomma, saya minta maaf! Berikan saya peluang! Saya takkanㅡ "

Kemudian terus kedengaran bunyi pukulan yang sangat kuat lalu diikuti dengan bunyi tangisan yang semakin kuat.

" Eomma, kenapa.."

Segala rintihan diberikan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 01, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

❝DEAR NO ONE❞ Where stories live. Discover now