13 : Dia kembali!

392 28 0
                                    

YEIN POV

( Aku - Yein )

" Wey dia dah boleh datang sekolah dahkan? " soal SinB.

" nugu? " soal aku blur. SinB menepuk dahi. SinB menunding jari kearah kerusi disebelah aku yang dibiar kosong selama 2 minggu ini. Sampai ada habuk.

" oh " aku membuat mulut berbentuk 'o' lalu aku mengangkat bahu tidak tahu.

Aku mana tau. Aku bukannya bini di cik SinB oi ! Kalau ya takpalah jugak hee.

Seorang jejaka kacak masuk ke dalam kelas dengan gaya gangsternya, tangan dimasukkan kedalam poket dan dimulut ada lolipop. Iaitu Jeon Jungkook! Welcome back yah! Hahaha.

" panjang umur. Pendek kaki " SinB berkata dengan meluatnya. Ya, SinB ni kurang minat kat Jungkook ni. Katanya, Jungkook ni ' bajet ' sikit. Tak dak cita rasa.

" eh? Jungkook? Dah balik ye? Welcome! " perli En. Rain, guru mata pelajaran sejarah kami. Jungkook  hanya membuat tidak tahu lalu berjalan kearah tempat duduknya disebelah aku.

Jungkook mengambil tempat disebelah aku. Entah kenapa jantung aku berdegup kencang selepas dia duduk sebelah aku ni. Aku menoleh melihat sisi wajahnya. Akhirnya, terubat juga rindu selepas melihat wajah handsome dia.

" apa tengok-tengok? " tegur Jungkook lalu menoleh melihat aku.

Alamak! Mamat ni, perasan pulak. Pantas aku menoleh melihat kearah lain. 

" mana ada tak tengok awak pun ei perasan ah " ngaku aku. Jungkook smirk.

" hah. Yelah tu. Aku nampak la "

Waktu rehat, 10.30 a.m

" Yein, kau suka kat dia kan? " soal Umji tiba-tiba. Aku mengerut dahi lalu melihat tepat ke wajah Umji dan SinB dihadapan aku.

" dia " SinB menunding jari ke arah Jungkook yang sedang makan berseorangan di satu pejuru kantin.

" kalau ya? " soal aku semula. SinB dan Umji membuat reaksi terkejut.

" kalau ya tak palah. Kami tak kisah pun. Okeylah tu! Kawan kami dah minat seseorang selama 16 tahun dia hidup wah wah " SinB memeluk aku lalu melekatkan pipinya kepipi gebu aku.

" Eiii apa ni gelila " aku menolak SinB jauh dari aku. SinB membuat mulut muncung macam itik. Kalah itik.

" nak simpan kat sapa tu? " perli aku. SinB membuat muka meluat. Sinb mengerling

" kau suka kat dia, Yein? Serious? " Umji menyoal lagi. Aku mengangguk perlahan-lahan.

" aku tengok gerak geri dia. Macam dia suka kau jugak " SinB memegang bahu kanan aku. Aku mendonggak melihat SinB yang berdiri disebelah aku. Eh? Tak merajuk dah ka?

" kenapa korang kata dia suka aku? Ada bukti ka? " aku buat-buat menyoal. Ya, memang aku tak tau langsung.

" ada banyak. Satu, masa kau ngan Mingyu kat kantin hari tu. Dia sanggup kena gantung sekolah sebab kau. Kedua,dia mana ada cakap dengan orang lain selain KAU. Ketiga, dia selalu perati kau dari jauh.. Dan " Umji dan SinB saling memberitahu kebenaran kepada aku. Aku hanya mendengar dan hanya mendiamkan diri.

" dan? " soal aku. SinB dan Umji saling melihat.

" dia suka kau. Just believe me and SinB, Jung Yein " Umji cuba memastikkan aku percaya kata-kata mereka. Aku berat hati. Nak percaya atau tidak.

" tapi hari tu dia ada cakap ngan telefon. Sayang? " soal aku seakan-akan dalam dunia sendiri. Umji dan SinB saling memeluk bahu aku.

" Yein.. " aku menoleh melihat belakang diikuti Umji dan SinB.

#tbc

___________

[ C ] A Bad boy | Jungkook Where stories live. Discover now