17

17.8K 446 14
                                    

Dah seminggu Is tidur di rumah aku. Awal-awal tu, setiap pagi Yuna akan call kononnya nak kejut sahur sebab takut aku ni tidur mati tak bangun masak suami nak makan. Kepala otak dia! Biadab gila perempuan tu. Mula-mula aku diamkan je. Masuk hari keempat, aku ambil phone Is dan buang battery. Kalau orang call Is tak dapat, dia orang boleh call aku. Tak sangka aku ni bijak orangnya. Hoho!

Is reda je bila phone dia battery duduk luar. Berani bantah aku, kau jangan harap nak duduk rumah aku. Dia pulak aku tengok masih macam dulu. Terima aje aku buat apa pun. Kalau dia rasa tak mampu nak terima, nanti dia kacau-kacau aku sampai aku janji tak nak buat dah benda yang dia tak suka tu.

Macam semalam, aku duk ungkit-ungkit pasal dia kena tangkap khalwat dengan Yuna tu. Habis semua aku ungkit sampai aku rasa dia tak boleh nak dengar dah. At last dia tarik aku pergi peti ais lepas tu bukak pintu peti ais dan kepit aku dekat pintu tu. Dia tarik kerusi dan duduk sambil sandar dekat pintu peti ais. Punya lama aku terkepit sampai akhirnya dia suruh aku janji takkan ungkit dah semua tu. Aku pun terpaksa janji sebab dah lenguh kena kepit dekat situ.

"Sayang, nanti lepas abang ceraikan Yuna, kita balik tengok Daddy eh? Daddy rindu sangat dengan sayang", Is cakap masa aku tengah cuci pinggan. Kita orang baru sudah makan nasi moreh yang dapat masa pergi surau tadi.

"I pun rindu Daddy", dah habis cuci pinggan, Is tarik aku duduk dekat sofa depan tv.

"You know what, sayang? Masa sayang lari tu, abang menyesal sangat-sangat sebab asyik sibuk balik rumah Daddy sampai tak pedulikan sayang. Bukan tak nak bawak sayang pergi rumah Daddy, tapi dekat sana ada Auntie tu dengan Yuna. I don't think dia orang takkan cuba sakitkan hati sayang kalau sayang pergi sana. Kak Yan pun langsung tak balik rumah Daddy sebab tak nak jumpa dia orang", Is terang panjang lebar sambil tangan dia dok pintal-pintal rambut aku.

"Lepas sayang lari, Daddy kena strok. Auntie langsung tak ambil kisah pasal Daddy. Abanglah yang kena uruskan Daddy dari pagi sampai malam. Sampai terpaksa serah syarikat dekat Abang Fadil. Sekarang Abang Fadil yang urus. Nasib baik auntie tu tak tahu apa-apa pasal management syarikat. Kalau tak, entah-entah syarikat tu pun dia nak conquer"

"Abang tahu sayang sakit hati sangat masa Yuna angkat waktu sayang call abang hari tu. Masa tu abang tengah mandikan Daddy. Bukannya nak mandi dengan perempuan tu pun. Tak ada niat secubit pun nak mandi dengan dia. Geli la", Is buat badan lembik macam sotong masa cakap geli tu. Aku terus tergelak bila tengok dia buat macam tu. Comel gila.

"Bila sayang tak ada kat rumah malam tu, abang terus call Hoya sebab sayang mention nama dia. Tapi dia tu memang bff sejati lah. Sampai ke sudah dia tak angkat call abang. Banyak kali abang pergi cari dekat office dia pun, dia boleh halau abang balik. Pernah sekali tu, dia siap jerit-jerit panggil pak guard suruh halau abang sebab kononnya abang nak cabul dia. Gila betul kawan sayang tu", aku gelak mengekek dengar Is cerita. Ya Allah, kelakarlah kalau bayang Hoya yang gila tu berlakon nak kena cabul. Mesti over gila. Hahaha!

Is pulak buat muka tak puas hati aje tengok aku duk gelakkan dia. Hah, padan muka! Sapa suruh sakitkan hati aku lagi.

"Apa sayang ni, gelak sampai macam tu? Tak kesian ke suami sayang ni, dituduh pervert tak pasal pasal? Orang nak cari isteri sendiri je pun"

"Siapa suruh you sakitkan hati I? Entah apa lagi tak cukup dengan I sampai you nak sangat kahwin lagi satu. Tup-tup rupanya pak sanggup aje", aku perli dia.

"Oh, perli abang eh?", dia terus geletek aku. Aku menjerit macam pontianak sebab geli. Kalau orang dengar mesti seram, ada jugak eh pontianak bulan-bulan puasa ni. Ye, akulah pontianak itu wahai jiran-jiran.

"Sebenarnya hari tu, lepas meeting auntie tu call abang cakap Daddy pengsan dekat rumah dia. Masa tu kita orang tak tahu pun dia tu wife baru Daddy. Kita orang tahu Mommy lari balik rumah Atuk, tapi ingatkan gaduh biasa-biasa je.

Masa sampai rumah auntie tu, Yuna cakap Daddy tengah berehat dekat tingkat atas. Abang masuklah, naik tingkat atas. Cari Daddy tapi tak jumpa sesiapa pun. Tiba-tiba dengar bunyi loceng. Abang turun bawah, tengok pintu tertutup. Baru perasan sunyi gila rumah tu masa tu. Pelik jugak kenapa pintu tertutup sebab masa abang naik tu, pintu tu elok je terbukak.

Lepas buka pintu, nampak orang pakai kopiah ramai-ramai. Yuna pulak tiba-tiba muncul dengan berkemban. Lagilah abang terkejut. Elok je pakai baju tadi, tiba-tiba berkemban pulak dah"

Aku kepal penumbuk aje dengar cerita Is. Aku tahu Is tak tipu aku. Aku tahu Is tak reka cerita. Dah tiga tahun dengan Is, luar dalam dia semua aku dah kenal.

"Tengah bincang-bincang tu, auntie balik lepas tu cakap dia dah hantar Daddy balik rumah sebab ingatkan abang tak datang. Padahal abang memang dah cakap abang nak datang masa tu.

Lepas tu kita orang terus pergi rumah Daddy sebab abang dah malas nak dengar plot cerita dia orang yang macam hanat tak reti buat skrip tu.

Sampai rumah Daddy, Daddy mengaku dah kahwin dengan auntie and dah ceraikan Mommy. Lepas tu auntie paksa abang kahwin dengan Yuna, kalau tak gambar Daddy dengan mistress Daddy yang banyak-banyak tu dia nak sebar. Daddy pengsan dekat situ jugak. Sebab tu masa sayang sampai kita orang kalut bawak Daddy pergi hospital.

Dah sampai hospital, sayang pulak pengsan. Abang tunggu sayang bangun tapi lama sangat tak bangun bangun pun. Abang takda pilihan selain kahwin dengan dia. Abang buat macam tu sebab fikir maruah Daddy je. Sayang pulak mengamuk besar lepas tu. Buntu gila abang. Tak tahu macam mana nak betulkan balik keadaan masa tu", dia peluk aku lepas panjang lebar explain.

"Dah tu sekarang macam mana?", aku tanya sambil gosok-gosok lengan dia. Dia sengih gatal bila aku buat macam tu.

"Mengantuknya sayang. Sambung cerita esok takboleh ke?", aku gelak aje bila dia angkat aku masuk bilik. Hati rasa lapanglepas dengar penjelasan dia. Bodoh betul kau ni Lia. Dengar sangat cakap orangsampai sanggup tinggal suami sendiri lepas tu hidup merana sorang-sorang. Aliamemang bodoh!    

Cinta KitaWhere stories live. Discover now