MOVED ON

55 2 0
                                    

Benda paling terfaktab adalah bila kau sangka kau dan dia selamanya.Yang dia tetap dengan kau,terima kau dengan kurang lebih kau, yang dia selamanya tetap jadi orang yang kau kenal dan tak akan berubah.

Sebenarnya kau salah.

Manusia berubah cuma soal masa cepat dan lambat.

4 TAHUN LEPAS

"How's work sayang?" soal si dara.

"Okay je" sepatah si teruna menjawap sambil memerhati skrin telefon pintar miliknya.

Sunyi terus menyelubungi  mereka.si Teruna seperti tidak lagi berminat lagi untuk petah berkata dengan si Dara seperti mereka mula kenal dahulu.Mana tidak nya,pada awal perkenalan hampir setiap malam minggu mereka akan berjumpa ditempat sama sehingga lewat malam.Begitulah rutin mingguan mereka setelah penat bekerja dan tidak berjumpa.

"Hurm,awak tak ada benda nak cerita ke??? Pasal keluarga ke?? kawan-kawan awak ke??"soal si Dara cuba mengubah atmosfera  mereka yang seolah-olah janggal pada waktu itu.

"macam tu jelah diorang awak.Nothings new bout em" jawap si Teruna selamba.

"Awak okey tak ni syg??? orang tengok awak muram je. Tak ceria macam selalu.Are you sure there's nothing to talk about??" si Dara senyum.

Malang sekali,si Dara masih naif dan tidak mengenal dunia dan manusia.

Terlalu naif kerana percaya akan manusia yang  sifatnya bertopeng. Kadang baik bersayap,kadang  jelik celaka.Kadang disaat kita rasa dia yang sebenarnya untuk kita, disaat kita mengangkat dirinya sebagai cinta agung yang akan melindungi kita dari jahat dan cela,disaat itu jualah keadaan akan membuktikan yang kita salah. Yang kita hanya membodohkan diri kita. Yang kita hanyalah seorang yang munafik dalam cinta dan akhirnya kau ketawa bodoh.

"Beb,kau free tak sekarang?" suara si Dara tersendu-sendu menahan tangis.

"Aku dekat luar ni ,kau dekat Kluang ke if so jumpa dekat starbuck 10 minit lagi" sebahagian dari diri aku menjerit gembira mana tidaknya kawan yang aku terputus hubungan  lebih 5 tahun telefon aku.

" Jefri tinggalkan aku weyhhh!!! untuk perempuan yang dia baru kenal dekat twitter" 

Aku cuma mengeleng dan mendengar cerita si Dara. Dari cara si Dara cerita si jefri itu adalah teman lelakinya yang baru tiga bulan kenal.Suasana di pusat membeli belah agak lengang.Mungkin kerana bukan hari minggu.si Dara cerita bagaimana dia ditinggalkan terkapai-kapai di tengah jalan sewaktu pulang dari keluar bersama-sama.Dia dilayan seperti dia seorang sampah dan dijadikan bahan jenaka oleh kawan-kawan si Teruna.

"Apa lagi si Jefri dan buat dekat kau???Jujur dengan aku beb."pinta aku dengan rasa kesian.

"You know what, I already spent a lot of money for him. Dia jauh dari keluarga and do many kind of job. So yeah i helped him. Give him money to eat and spent on his study.His father is a lecturer dekat kelantan , same goes as her mother" si Dara tunduk.cuba mengelak bertentang mata dengan aku.

"Like is he from a poor family ke apa???Dia tak ada apply scholarship ke?? pehal tak ambil ptptn??!?Have you eaten properly?belajar kau ok tak ni? " Soal aku bertubi-tubi.

"WHAT ELSE DID HE DO TO YOU?!! BE  HONEST."

"Aku dengan dia pernah terlanjur tapi dia janji nak kawin dengan aku"

Aku tergamam. Tak tahu nak marah atau berdiam diri.How she fell to the ground.The iron lady i once knew is no more. Tiada lagi senyum yang riang dari raut wajahnya dan yang ada cuma kelopak bawah mata yang jelas kelihatan sebam akibat terlalu banyak menangis.


Terlalu naif kerana percaya jadi manusia jangan terlalu terdesak mahukan teman pendamping.Jangan terlalu buta-buta percaya kata-kata manis.Bukankah si Adam jatuh terhentak ke bumi kerana percaya bait kata Iblis akan buah larangan yang  beri keabadian selamanya untuk kekal di syurga??Bukan semua yang aku maksudkan, cuma kadang kau patut tahu yang mana si serigala dalam kawanan biri-biri.Perkenalan singkat dengan si Teruna mengajar si Dara bahawa cinta itu adalah pilihan dan setiap pilihan pasti ada penamat ,baik atau buruk.Aku kerap kali dengan zikir-zikir cinta dari bibir-bibir manusia yang kononnya ikhlas dan seadanya tetapi bila tiba masa ternyata hanya untuk sebuah kepentingan yang meragut jiwa kau.Aku mungkin jahat dan bodoh  apabila mendengar mereka yang berkata " sayang awaklah yang terakhir bagi saya" atau " saya sayang awak kerana Allah" bila berkaitan dengan cinta tetapi aku sedar bahawa cinta itu satu tanggungjawab yang memerlukan sebuah pemahaman yang mendalam.


Terlalu naif kerana percaya dan Aku tak akan mengadili kau sebab itu bukan kerja aku.Semua orang ada kisah masing-masing.Aku sendiri adalah pendosa.Pada saat ini,kau butuh sokongan dari kata amarah dari aku.Jangan kau buka hati jika sememangnya tiada bait ikhlas dari si Teruna dan sebenarnya.Cinta itu datang dari sudut yang paling dalam dan kau harus tahu itu.

Terlalu naif kerana percaya dan kau akan terus mati dalam neraka ciptaan kau  melainkan kau bangun dan pilih untuk kedepan dan kuat.Pilih untuk tidak membiar perasaan menyiksa diri kau  dengan segala emosi dan ingatan kau bersama.Berpisah itu tiada apa cuma terkadang rindu itu yang celaka.


SEKARANG

"Lama tak call aku? ingat dah mati?" ujar aku sambil ketawa kecil di hujung talian.

"Busy weyhhh,turun naik site semua ,kena jaga budak intern smua.Aku balik rumah je terus tidur. Menyesal pulak tak further belajar"

"Untung laa dah kerja dah masyuk boleh belanja aku pergi backpacker"

"HAHAHAHA.Banyak cantik kau. Beb haritu tunang si Jefri call aku"

"Oh awatnyaa, lama tak dengar pasal mamat tu .Cinta mati kau kan??HAHAHA"

"Banyak laa,dia cakaplah si Jefri tu dah cerita semua dekat dia pasal aku dan you know what happened between us"

"Like seriously?Even adegan korang tu?"

"Bongoklah kau ni. Yes dan tunang dia cakap jangan berdendam apa semua"

"Amboi senang betul minah tu cakap.Dia tak ada dekat tempat kau senang lah dia cakap.Habis tu kau cakap ap weyh dekat dia?"

"Aku mengiya jelah lepastu aku terus letak.Padan muka dia.Benda 4 tahun lepas kot malas aku fikir.Baik aku kira berapa banyak konkrit nak pakai untuk projek aku"

"Kau ni tak habis-habis kerja-kerja je bila call aku"

"Oklah projek manager aku dah panggil nak balik office ni .Saje call nak cakap dekat kau. ok tu je bye"

"hahaha siot bukan nak tanya khbar aku ke apa.ok-ok have safe trip back. Hujung bulan free kita coffee talk .bye"

Glad to have her old self back.

Semua orang punya jalan sendiri dengan pilihan yang mereka telah pilih untuk jadi lebih baik.Setiap hari adalah hari yang baru untuk kita.Setiap pilihan kita adalah yang menjadikan diri kita  lebih matang dalam kehidupan dan kalau kau rasa kau pendosa  maka akuilah dosa dan terus ke hadapan jadi lebih baik.Sebab setiap hari adalah peluang yang baru untuk kita jadi lebih dewasa.



PERNAHWhere stories live. Discover now