Bab 1

62 0 0
                                    

          "Bak sini aiskrim tu," minta budak perempuan itu. Kasar.

          "Tak boleh. Ini saya punya," jawab budak lelaki itu. Suka-suka dia je minta.  Aku tak makan tau tadi kat sekolah semata-mata nak beli aiskrim ni.

          "Saya nak aiskrim yang kat tangan awak tu. Awak nak bagi ke tak?" minta budak perempuan itu lagi. Aku tak kira. Aku nak juga aiskrim kat tangan dia tu. Macam sedap je.

          "Nia, ni saya punyalah. Kalau awak nak, awak belilah lain."

          "Tak nak. Saya nak yang dekat tangan awak tu juga," bentak Nia lantas cuba mengambil aiskrim dari tangan Ashq.

          "Eh, janganlah. Ni saya punyalah," ujar Ashq sambil cuba melarikan aiskrimnya. Aksi tarik-menarik berlaku di antara Ashq dan Nia. Dan akhirnya....

          "Ha kan dah jatuh," ujar Ashq sambil merenung aiskrim yang makin mencair di atas rumput dengan pandangan sedih.

          "Ha padan muka. Saya nak, awak tak kasi. Bye," ujar Nia lalu dia melangkah pergi.

        "Oit!" sergah satu suara yang kuat tiba-tiba.

        "Oh mak kau aiskrim aku jatuh tergolek," latah Ashq. Langsung mematikan lamunan Ashq. Ye. Ashq seorang lelaki yang melatah ye..

        Suara perempuan yang gelak ala-ala mengilai membuatkan Ashq berpaling ke belakang. Bibir diketap geram.

        "Eh kak Aina ni, tak reti bagi salam dulu ke ha? Suka sangat bagi orang terkejut," ujar Ashq sambil mengurut dadanya. Nasib aku tak kena serangan jantung. Kalau tak, mau rebah menyembam bumi. Tak sempat kahwin, omel Ashq dalam hati.

        "Budak kecik berangan apa ha? Dari tadi dok mengelamun. Tahulah lagi sebulan nak kahwin," sakat Aina dengan tawa yang semakin surut. Tumpang gembira yang adiknya ingin menamatkan zaman bujang. Walaupun bukan dengan pilihan sendiri.

        "Kahwin-kahwin jangan sebut ha... perkataan paling digeruni sekarang ni."

        "Lah... apa pasai apek?" 

        "Sape apek? Lu pigi main jauh-jauh la amoi. Shuh... shuh..."  balas Ashq sambil mengibas-ngibaskan tangannya. Gaya menghalau.

        Aina yang melihat aksi Ashq pantas memulas telinga Ashq. "Ha... ambik kau. Main-main lagi."

        Budak ni suka betul main-main. Orang tanya betul-betul tak mahu jawab. Ni dah cukup sweetlah seorang kakak ingin mengambil berat akan adik lelakinya. Cewah, bebel Aina dalam hati.

        "Hoi, sakitlah! Berbisa betul. Kalau tercabut telinga, macam mana nak kahwin nanti, ha? Jawab-jawab." Sakit betul. Ni kena pergi hospital ni. Mana tahu kut patah tulang telinga aku ni ha. Tak pasal-pasal turun saham aku nanti, omel Ashq dalam hati.

        "Hah, tahu pun dah nak kahwin. So, cubalah serius sikit. Main-main aje tahu. Kalau tuk kadi tanya, kau kena jawab straight to the point tau. Tak boleh bengkang-bengkok. Mau kena luku dengan tuk kadi nanti," bebel Aina. 

        Hambek! Cik Aina Dayana dah mula membebel. Baik lari cepat. Kalau tak, mahu dua jam aku tak boleh lepas. Agaknya sebab dia kuat membebel lah dia tak kahwin-kahwin lagi. Semua lelaki lari. Ha ha ha! Ashq ketawa dalam hati.

        "Ha, tu mengata aku dalam hati lah tu. Daulat tahu?"

        "Ha ha ha! Tak tahan lah kau ni kak."

         Aku agak dah. Kalau dah dok tertahan-tahan mulut dan terpegang-pegang perut, mengumpat akulah tu. Nak kena budak ni. Nantilah kau, bisik Aina dalam hati dengan geram.

         "Ashq... Aina... masuk! Apa buat tengah-tengah malam duk berembun kat luar tu?" jerit Puan Lia dari dalam rumah.

         Aisehmen.. Mama ni kacau daun la... baru nak balas dendam kat Ashq ni, desis Aina dalam hati.

         Ashq tersengih sambil menaikkan ibu jari kanannya. Bukan dia tak tahu yang kakaknya baru merancang nak mengenakan dia balik.

        "Siapa last, tutup pintu," ujar Ashq dan terus berlari masuk ke dalam rumah.

        "Woi budak! Apa Ashq ingat ni zaman sekolah menengah ke nak main macam tu? Adi Ashq!" Jerit Aina tak puas hati. Mana boleh. Mana aci!

"MORNING ibu, morning ayah," sapa Nia di meja makan.

         "Assalamualaikum anakanda," balas Encik Amar.

         "Opsss... waalaikumsalam..." jawab Nia sambil tersengih.

         "Ha... lain kali bagi salam. Nia ingat Nia ni anak Brad Pitt ke yang Nia nak ucap morning-morning ni?" bebel Puan Nor.

          "Heee... sorry.. sorry." Nia tersengih lagi. Hesy.. macam mana boleh lupa ni?

          "Assalamualaikum..." sapa Nash yang baru tiba di meja makan.

          "Waalaikumsalam." Serentak ketiga-tiga beranak itu menjawab salam.

          "Tengah hari nanti balik makan kat rumah," pesan Puan Nor, mengingatkan anak-anaknya. Dalam fikiran sedang menimbang-nimbang lauk apa yang hendak disajikan pada tengah hari nanti.

          "Erk, buuu..." panggil Nia dengan suara meleret. 

          "Ha, ada lah tu. Apa dia?" Puan Nor dah dapat menangkap helah anak daranya. Jangan main-main. Sixth sense kuat ni.

          "Hari ni Nia ada lunch appointment kat luarlah, bu... dengan klien, penting. Sorry...." ujar Nia dengan suara manjanya. Fuh.. fuh. Harap-haraplah ibu tak marah.

          "Nia lupa ye apa yang ibu pesan? Setiap hari Rabu, kan kena makan tengah hari kat rumah? Yang Nia buat appointment kat luar tu kenapa?" tanya Puan Nor dengan pandangannya tajam menikam mata Nia.

          "Nia lupalah.. sorry. Kali ni aje. Nia janji ni yang last..." rayu Nia.

          "Biarlah dia Nor.. Dah ada appointment, nak buat macam mana?" ujar Encik Amar yang cuba meleraikan keadaan.

          "Yelah.. yelah. Kali ni aje tau? Lain kali kalau Nia buat lagi. Ibu demda Nia. Ni kenapa pakai baju kemeja? Mana baju kurung Nia?" soal Puan Nor lagi.

          "Erk... Nia... Nia tak selesa lah pakai baju kurung, ibu. Nia, kan kerja lasak. Buatnya terkoya time Nia kerja, tak ke ada free show nanti?" jawab Nia.

          "Ha ha ha! Opsss." Nash menahan gelak. Lawaklah adik aku seorang ni.

          "Alasan. Kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Cik Nia oi.." perli Puan Nor.

          "Sudahlah... lepas kahwin nanti tahulah dia nak berubah Puan Nor sayang. Tak gitu Nia?" ujar Encik Amar. Kesian pula dia tengok anak daranya yang seorang ni kena bebel di pagi hari dengan isteri tercinta.

           "Hesy awak ni.. ada aje nak menangkan si Nia ni. Sepatutnya, sekarang ni pun Nia kena pakai pakaian yang elok-elok sikit. Yang feminin sikit. Senang lepas kahwin nanti," bebel Puan Nor lagi.

           "Erk.. Nia pergi kerja dululah ibu, ayah. Dah lambat ni. Assalamualaikum," ujar Nia lantas menghabiskan Nescafe di dalam cawan. Lari woi lari.

           "Nak lari lah tu. Hmm.. yelah. Pergi elok-elok. Hati-hati." Ujar Puan Nor.

           Kahwin? Alahai. Bala, bala... omel Nia dalam hati.

...WHATEVER IT IS, FAMILY COMES FIRST... 

CHEESEWhere stories live. Discover now