"Aku terima nikahnya dengan mas kawin Rm5 000 ringgit tunai. Sah ye?". "Sah, Sah". Alhamdulillah. Aku berasa sungguh bersyukur kerana sudah menjadi suami Diana yang sah. Aku lantas menjerit kegembiraan. Semua orang hanya tergelak sahaja dengan kerenah aku kerana mereka memahami perasaan aku. Siapakah yang tidak rasa teruja kerana dapat mengahwini cinta hatinya sejak sekolah menengah? "Memang macam pinang dibelah dua ah, Syad. Tak sia-sia kau buat video tu dulu! Hahaha!", kata rakanku Alif yang pernah bersepakat dengan Irsyad untuk mengenakan aku dulu.
Di dalam suasana riang itu, ibuku sahaja yang tidak menunjukkan kegembiraannya. Aku bertanya kepada ibuku, "Kenapa ni ibu?". Ibuku melihat wajah aku dan isteriku buat sementara lalu dia memesan kepada kami berdua, "Aiman, Diana, Kamu kena ingat pesanan ibu ni. Walau apa pun yang terjadi kepada hubungan kamu, kamu kena teruskan kehidupan kamu dengan senyuman yang manis dan hati yang jujur kerana tiada apa pun yang wujud di dunia ini akan berkekalan selamanya". Aku berasa hairan dengan kata-kata ibuku itu dan memilih untuk melupakannya.
Walaupun sudah beberapa bulan berlalu sejak perkahwinan kami, aku masih bersungguh-sungguh menjaga Diana sebaik yang aku mampu. Jika dia sedih, aku akan mencari cara untuk mengembalikan senyumannya. Tidak ada satu pun hari yang dia berasa tertekan. Hidup kami terasa seperti suatu penamat cerita yang bahagia. Akan tetapi, aku tidak tahu bahawa itulah permulaan kisah kami.
Sejak akhir-akhir ini, Diana memberitahu aku bahawa kepalanya sakit. Suhu badannya juga telah meningkat. Keadaan ini tetap berterusan walaupun aku telah membawanya ke klinik. Aku sungguh bimbang dengan kesihatannya. Pada suatu hari itu ketika aku sedang bekerja, pembantu rumahku telah menelefon dan memberitahu aku bahawa Diana termuntah-muntah lalu dia pengsan tidak lama kemudian. Aku sungguh terkejut.
Aku segera meminta kebenaran dari bos aku untuk pulang awal dari kerja dan bergegas ke hospital yang Diana dihantar. Menaiki tangga kerana lif rosak, aku sibuk memikirkan penyakit yang mungkin dihidapi isteriku. Aku menjadi lebih risau apabila membaca poster berkenaan pelbagai kanser. Setibanya aku di bilik doktor, aku melihat Diana menangis. "Adakah kamu suaminya? Saya perlu memberitahu kamu yang Isteri kamu hanya tinggal 3 bulan lagi". Aku juga turut menangis.
Kami pulang ke rumah tanpa berkata apa-apa. Kami tidak membincangkan lagi tarikh temu janji semula dengan doktor. Memikirkan keadaan isteriku, aku teringat akan pesanan ibuku dulu. Aku mengambil keputusan untuk menghiburkan setiap harinya walaupun jika dia akan terasa sakit yang perit dihujung semuanya nanti. Setelah meminta tempoh yang lebih awal untuk memulakan percutiaan akhir tahun daripada bos aku, aku memberhentikan pembantu rumahku buat sementara kerana aku ingin tinggal di rumah untuk menjadi pembantu peribadi isteriku. Setiap kali dia meminta bantuan, aku akan menolongnya tanpa berkata apa-apa.
Buat beberapa minggu ini, aku berjaya memanjangkan nilai satu hari dengan melayan isteriku sepanjang masa agar dia terasa sibuk. Setelah dia lena dibuai mimpi, aku terfikirkan masa hadapan yang masih kabur lagi bagi aku. Bermacam-macam persoalan muncul di dalam mindaku ini. Tidak, aku tidak patut memikirkan perkara yang belum berlaku lagi. Perkara yang aku harus tumpukan sekarang adalah menemani isteriku hingga ke akhir hayatnya.
Sikit demi sedikit masa sedang beransur kurang. Tempoh masa 3 bulan itu sudah hampir tiba. Hanya tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum tiba tarikh yang diramalankan doktor Diana. Malang sekali, ramalan seorang pakar tidak selalunya tepat. Diana terasa kejang dan sakit belakang pada suatu pagi. Menjelang malam, dia hampir rebah. Keadaanya semakin lama semakin teruk. Kakinya menggeletar sehinggakan dia tidak mampu berjalan. Pada ketika itulah, darah kelihatan. Aku dengan risau memaklumkan kepada keempat-empat ibu bapaku tentang keadaannya dalam perjalanan ke hospital.
Kami tiba di kaunter menyambut pesakit lalu saya menceritakan situasi kami. Belum sempat aku habiskan ayatku, Diana terus dibawa ke bahagian kecemasan. Aku berasa sungguh marah kerana doktor yang diamanahkan untuk membantu Diana itu menghalang aku daripada menemani Diana jadi aku terpaksa menunggu di luar bilik itu sahaja. Keresahanku semakin meningkat apabila masa berlalu tanpa apa-apa berita.
Setiap detik yang aku tunggu di sini terasa seperti satu jam lamanya. Professor Albert Einstein pernah mengungkapkan pendapatnya terhadap perasaan ini, perasaan terhadap Masa. Masa adalah relatif. Ia tidak sebetulnya wujud tetapi kita tetap merasai kehadirannya. Masa lah yang memulakan sesuatu dan masa jugalah yang menamatkannya. Dan pada saat aku masih terganggu memikirkan perkara yang tidak sepatutnyalah, doktor keluar dari bilik itu.
Aku melihat sesuatu di dalam tangan doktor itu yang menandakan penghujung segalanya. Penghujung "Ateknia" yang dihidapi oleh aku dan Diana. Aku tahu. Pasti kamu tertanya-tanya apa itu Ateknia. Pada mulanya aku juga tidak tahu akan maksudnya. Akan tetapi, selepas melakukan kajian dengan lebih mendalam, Ateknia adalah perkataan Greek yang bermaksud tiada anak! Hahaha!
"Kamu semua sudah terkena! Isteri aku sihat sahaja. Sebenarnya dia mengandungkan anak pertama kami! Anggap kita sudah seri ye, Irsyad dan Alif. Serangan balas aku ini sememangnya sungguh kejam!", aku kata sambil gelak terbahak-bahak. "Eh! Sekarang ni aku rasa macam nak cekik kau je, Aiman", kata Alif yang sedang bengang. "Entah dia ni. Aku punya la risau dengan keadaan isteri kau. Buang masa aku je", kata Irsyad yang juga bengang dengan gurauan aku ini. "Hahaha, terima kasihlah kerana prihatin dengan keluarga aku. Pada akhirnya, aku dan Diana hidup bahagia, jika tidak lebih bahagia kerana kelahiran cahaya mata kami ini pada minggu lalu. Sekiranya aku berpeluang, aku akan mengenakan kamu lagi ya". Mereka berdua terus kejar Aiman dan takkan melepaskannya walaupun dia lari hingga ke lubang cacing
YOU ARE READING
Penghujung
FanfictionAiman menceritakan kisah hidupnya selepas dia membuat keputusan untuk mengahwini Diana kepada rakan-rakannya. Namun begitu, setiap perkara yang bermula pasti akan tamat juga akhirnya. Apakah akan terjadi kepada rumah tangga Aiman? Mampukah dia mener...