Cerita ini hanya rekaan semata-mata.... Tiada kaitan antara yang hidup mahupun mati... Please Vote...
"Majimak Cheoreom Ma ma majimak Cheoreom!!!" Terdengar suara nyanyian yang agak lunak didengari di kelas 4 Al-Hikmah...
Kelihatan seorang pelajar perempuan yang berdiri di atas kerusi sambil memegang penyapu didalam kelas itu...
"Woi kau tu sekolah agama... Suara tu aurat!!! Perangai macam ape lah kau ni !!!" Marah seorang lelaki yang agak tinggi lampai bertubuh tegap... Itu adalah Iman Hakim... Pelajar Alim dan merupakan anak Ustaz Shahreen Ramadhan iaitu PK Hem sekolah itu...
Alangkah terkejutnya pelajar perempuan itu lalu terpelanting penyapu yanh dipegangnya ke arah lelaki yang enak di buai mimpi iaitu Fakhrul Razi...
"Woi!!! Sakit kepala aku... Agak-agaklah nak lempor barang pun jangan ler lempor penyapu sakit!!!!" Marah Fakhrul Razi sambil menyimpan kembali penyapu yang terpelanting itu di tempat asal...
"Hah!! Kau ni Nufais duk meroyan mak mak corong ni kenapa!!!" Kata Fakhrul sambil bercekak pinggang.. "kau balik tempat kau sana!!! Bising je... Pastu nakal tak patut tapi pandai aku pelik lah dah ah baik aku tidur..." Fakhrul Razi kembali ke tempatnya kembali...
Iman Hakim hanya menjeling Nufais yang masam mencuka mengheret kerusi ke tempat dia... Dia agak tidak menyukai Nufais kerana sikap nakal dan suka menyakat para guru... Tetapi para guru suka Nufais... Dia agak hairan disitu...
****
"Perhatian kepada pelajar SMKA Riaz Sila ke Dewan Al-Razi sekarang juga... Terima kasih..." pengumuman dari bilik pengurusan bergema di ruang kelas masing-masing...
"Sama-sama!!!! Jom guys pergi dewan!!!!!" Nufais buka satu langkah larian pecut ke tangga menyebabkan Iman Hakim terjatuh kerana mengelak dirinya...
"Haishhh budak ni!!! Tak abis-abislah selalu buat hal!" Marah Iman Hakim..
"Sabar Kim... Dia tu memang gila macam tu... Lain dengan akak dia baik alim..." ujar Fakhrul Razi...
"Betul tu aku sokong" Iman Hakim membenarkan kata Fakhrul Razi..
Mereka beriringan ke dewan... Kelihatan ramai pelajar berpusu-pusu ke dewan... Semua pelajar tidak membuang masa yang diberi...
Kelihatan seorang gadis berkulit putih yang bertag namakan Nurais Amalin memegang mic menandakan dia pengerusi majlis pada majlis itu... Para pelajar perempuan agak tidak menyukai Nurais Amalin tetapi para pelajar lelaki sebilangannya menyukainya kerana suara merdu, cantik dan alim...
"Assalamualaikum w.b.t kita mulakan majlis dengan surah al-Fatihah...." Nurais Amalin memulakan ucapan... "Sekarang dijemput Tuan Pengetua Puan Hajah Kartina untuk meneruskan majlis rasmi kita pada hari ini dipersilakan" para pelajar bertepuk tangan apabila Tuan Pengetua bangun dan ke tempat ucapan...
"Assalamualaikum dan selamat pagi... Baik seperti yang sedia maklum Ustaz Abdullah kini berada di Mesir selama beberapa bulan... Jadi kita menerima Ustaz baru daripada University Jordan iaitu Ustaz Farish Fadhullah... Beliau akan menggantikan Ustaz Abdullah yang merupakan bapa saudaranya juga..." setelah Tuan Pengetua menyampaikan ucapan itu Ustaz Farish bangun dan melemparkan senyuman...
"Baiklah dia akan mengajar kelas 1 Al-Baruni, 3 An-Nisa' dan 4 Al-Hikmah" setelah memberi tahu nama kelas Ustaz itu akan mengajar para pelajarada yang kecewa ada yang gembira..
YOU ARE READING
[[Heart Seekers Until End]] - Istanbul Diary
Romance#MalayStory #Vote #Love #Funny #Sad #Friendship