Bab 2

240 4 0
                                    


"Sesat aku cari tempat kau ni, riq. Maklumlah aku jarang pergi oversea. Kalau pergi pun atas sebab tertentu aje." Senyum Daniel Irfan. Selepas dia tiba sahaja di lapangan terbang, hampir dua jam dia perlu menaiki teksi untuk sampai ke taman botani yang dijanjikan Ariq sebagai tempat perjumpaan.

Daniel memang jarang melancong malah cuti tahunan dihabiskan dengan bermain golf. Cuti yang diperolehi bagi berjumpa dengan Ariq akan dinikmati sebaik mungkin.

"Ada sebab tertentu la kau sanggup datang cari aku. Pandai buat attraction supaya aku keluar jumpa kau. But, I should say thanks to you though, apa yang kau tulis....quite good." Ucap Ariq. Cermin mata hitam yang menutupi pekarangan matanya dibuka. Ariq memandang tasik kecil dihadapan tempat mereka berdiri. Jernih airnya hingga menampakkan ribuan ikan kecil yang berada di dasar.

Daniel tersenyum sinis. Memang benar dia terpaksa menulis di laman blog semata-mata mahu menarik perhatian Ariq. Sukar untuk dia mendapatkan perhatian Ariq untuk berjumpa. Apatah lagi, Daniel sendiri tidak mengetahui tempat tinggal mahupun nombor telefon kepunyaan Ariq. Satu-satunya cara hanya dengan berbalas e-mel.

Jadi, dia terpaksa menulis journal misi Ariq yang terkini. Mendedahkan Ariq kepada orang lain. Pujian yang ditulis di dalam blog lebih kepada memerli Ariq walaupun Ariq mendapat pujian daripada orang kenamaan tentang misi yang disempurnakan. Pujian itu heboh di laman sesawang. Sudah lama dia menulis di blog itu, baru tiga hari lepas dia mendapat jawapan positif dari mulut Ariq Adamy sendiri. Lantas dia terbang ke New Zealand bagi menemui Ariq.

"Ia tentang Datuk Hisham.." belum sempat Daniel menghabiskan barisan ayatnya, Ariq sudah berjalan beberapa tapak meninggalkan Daniel.
Dari dahulu lagi Ariq diajar untuk membenci nama Datuk Hisham walau dia hanya mengenali nama itu disebabkan jenayah yang dilakukan oleh Datuk. Pada mulanya Ariq berasa hairan, mengapa dia diajar untuk membenci Datuk. Dia cuba menyelidik identiti Datuk Hisham yang sebenar. Syarikat pembinaan yang dimiliki Datuk Hisham membuatkan ramai orang tidak mengetahui perihal Datuk. Dia terkenal di antara ahli perniagaan lain sebagai seseorang yang genius apabila tiba soal berniaga. Malah pangkat yang diberikan juga kerana perniagaan yang diuruskan Datuk Hisham terkenal di Asia Tenggara.

Tetapi, dunia sebenar Datuk tidak sehebat yang disangka. Selepas mengetahui perihal sebenar Datuk Hisham, Ariq tidak berminat masuk campur di dalam urusan lelaki itu. Tak nak terlibat dalam masalah yang mungkin berlaku di belakang hari.

Berkerut Daniel melihat tindak balas Ariq mendengar nama yang disebut. Laju mulutnya menjerit lantang.

"I'm not finish yet, riq. Kau kena dengar dulu apa yang aku nak cakap." Ayunan langkah Ariq terhenti. Dia menoleh ke belakang dan memandang tepat ke arah Daniel Irfan yang masih terpinga-pinga. Tampak Daniel tidak puas hati dengan tindakan Ariq. Meninggalkan dirinya walaupun Ariq belum mendengar apa yang cuba dikatakan.

"Kau tahu aku tak boleh dengar nama tu. Kalau kau nak libatkan aku dalam hal ni, just forget it. I'm not interested."

"Aku cuma nak minta tolong kau riq. Habis kerja, aku tak contact kau atau libatkan kau langsung dalam apa-apa hal. Don't worry." Imej wajah Daniel memang menyakinkan bahawa dia memerlukan pertolongan.

Pandangan Ariq kembali menatap kolam ikan itu semula. Jarinya memicit perlahan dahi yang dirasakan berdenyut kuat. Berdenyut memikirkan sesuatu yang tidak dijangka akan berlaku. Daniel Irfan, seorang detektif yang terkenal dengan setiap penangkapan yang dibuat meminta pertolongan daripada Ariq sendiri.

"Why do you need my help? Berapa ramai orang bawahan kau? Setakat nak bunuh orang tua tu aku rasa tak ada apa yang kau nak risaukan."

Satu Peluru CintaWhere stories live. Discover now