Pengenalan

31 0 0
                                    

Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sekali lagi sudi membaca hasil karya saya yang tidak seberapa megah umpama penulis terkenal yang lain.. ^^ Jikalau sepanjang penulisan ini terdapat kesalahan penggunaan bahasa atau istilah dan sebagainya sila tergur ya? Saya harap anda semua menyukainya! :)



" Aku " atau nama sebenarnya ialah Aalisya Wuqaira binti Taqif merupakan satu-satunya puteri dan juga anak tunggal kepada pasangan Pn. Hana dan En. Taqif yang telah dibesarkan di Johor dalam keluarga serba serdehana. En. Taqif bekerja sebagai Pegawai Perlesenan di sektor kerajaan manakala Pn. Hana pula suri rumah sepenuh masa.

Aalisya @ Icha merupakan seorang anak gadis yang cita-cita yang tinggi. Di mindanya ligat memikirkan kehidupannya di masa hadapan dan cabaran yang akan mendatang. Dari segi pelajaran Aalisya mempunyai penyakit  " M " atau malas belajar, dia tidaklah kurang bijak atau terlebih pandai cuma penyakit malas dalam dirinya sahaja yang membuatkan dia berada di kelas kedua. Dari segi rupa paras pula, dia memiliki sepasang mata yang sepet, pipi yang tembam, badan yang sedikit gempal dan kulitnya pula putih. Aalisya juga pandai memasak dan sangat minat dalam bidang kulinari sedari kecil lagi.

Kehidupan Aalisya normal seperti yang lain tetapi baginya tidak dan sama sekali berbeza. Hampir setiap saat dimindanya tidak henti memikirkan apa yang bakal terjadi keesokan harinya dan apa akan jadi sekiranya dia nekad untuk bunuh diri. Kadang kala di sudut lubuk hatinya berasa geram dan benci atas apa yang telah terjadi namun apakan daya dugaan yang datang dariNya manakan kita menduga, tabah dan sabar sahajalah yang mampu dia lakukan sehinggalah pada suatu hari....................................


Nak tau apa yang berlaku? Sudikah anda membaca kisah hidupnya? Nantikan sambungannya. 

^^


do leave a comment about it.. i'm curious about your opinion..

Tq~

-Mochi74-

AkuWhere stories live. Discover now