[03]

2 0 0
                                    

Kehidupanku dan kisahku aku mulakan dengan, usia aku sekarang 13 tahun. Mengapa aku mulakan cerita dengan usia aku 13 tahun? Kenapa tidak diceritakan terus? Kalau diceritakan pasti semuanya indah belaka. Betul kan? Yalah sewaktu kecil kebiasaannya banyak kenangan manis yang akan disimpan dan sentiasa dikenang. Kembali kepada ceritaku, usia 13 ini adalah waktu di mana kau akan sentiasa memberontak dan sentiasa menginginkan kemahuan serta kehandak kau ditunaikan pada ketika itu dan saat itu juga. Itulah aku, jikalau aku tidak dapat apa yang aku mahukan aku memberontak dan begitu juga dengan mulutku akan terkumat kamit memaki hamun hanya kerana permintaanku tidak ditunaikan, darah muda. Tetapi tidak semua kehendak dan kemahuanku aku peroleh dengan duit ibu bapaku. Aku kuatkan semangat dan tahan selera makanku hanya kerana aku menabung dengan hasil duit sekolah harianku. Gigih kan?

Begitulah kehidupan sekolahku dari segi kewangan akan tetapi kehidupanku di rumah adalah berbeza dari kehidupanku di sekolah di mana aku sembunyikan segala kesedihan, tekanan, amarah dan kerinduan kepada seorang yang periang dan ceria. Hanya sahabat akrab yang tahu akan keadaanku yang sebenarnya bagaimana. Abah dan mak sering sahaja bertengkar, sudah menjadi makan rujiku di rumah sedari aku kecil sehinggalah aku mulai remaja. Namun, aku hanya mampu hadapinya walaupun perit. Pernah juga suatu ketika aku berniat untuk mengelar tanganku atau menggantung diriku kerana terlampau tekanan. Memang bukan aku yang berada di tempat mereka dan aku sebagai anak seharusnya fokus pada pelajaran sahaja tapi. TAPI! Orang tak akan faham masalah kita malah mereka mengata adalah bukannya membantu. Bagaimanalah aku mahu mengelak dari memikirkan hal ini? sedangkan Mak meluahkan isi hatinya terhadapku, sebagai seorang anak perempuan tunggal aku akur dan dengar sahaja namun ketika itu, aku masih lagi tidak mengerti mahupun memahami erti dan realiti keadaan sebenar.

" Kenapalah hidup aku macam ni? "

" Aku tak akan maafkan apa yang abah dah buat dan aku akan pastikan abah dapat balasan atas apa yang dia buat! "

Tangisan yang hiba tidak dapat mengawal diriku dan ditambah pula dengan amarah yang bercampur bisikan halus syaitan durjana lagi membuatku ingin memberontak dan membara.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 30, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AkuWhere stories live. Discover now