rasis

433 17 0
                                    

Bila I.S mengganas, semua orang tuding, kata Islam menerapkan keganasan dalam umatnya.

Kalau ada sorang umat Kristian buat kesalahan, nama Kristian gak yang jadi caci maki orang.

Akibat setitik nila, rosak susu sebelanga.

Tapi tak ada agama yang mengajar umatnya untuk mengganas atau berperang, oleh itu kejahatan yang dilakukan adalah berdasarkan manusia itu sendiri. Itu gaya pemikiran dia, itu salah dia. Kenapa salahkan agama? Apa kaitan dengan agama?

Islamophobia dah makin besar di kalangan penduduk Eropah sekarang. Sebenarnya diorang tak takut Islam tapi takut pengganas. Malangnya diorang salah konsep, anggap Islam itu keganasan.

Kes yang berlaku di Amerika (negara Donald Trump) iaitu kes rasisme antara orang putih vs orang kulit hitam (afrika-amerika) berleluasa. Ni semuanya sebab ada segelintir polis berkulit putih menembak mati rakyat berkulit hitam tanpa alasan kukuh. Dan rakyat kulit hitam bangkit, memprotes tindakan zalim tersebut. Bukankah itu satu penindasan yang sangat rasis malah tidak berasas?

Tapi tak apa, satu hari nanti Tuhan akan bagi petunjuk. Tuhan akan tunjukkan kebenaran. Tuhan akan melindungi kita semua daripada kejahatan dan penganiayaan. Sesungguhnya doa manusia yang dianiaya ialah doa yang sentiasa dimakbulkan.

P/s : bodoh punya rasis.

Kata-Kata Deep 2Where stories live. Discover now