Nampak saya tak?

140 5 2
                                    


Ketika awak menangis,
Air mata turun sealir rintik hujan,
Saya cuba hadir,
payungkan awak dari kebasahan dan kesedihan,
Awak nampak saya tak?
Ketika awak marah,
Hati menjadi panas bak mentari,
Saya cuba hadir,
payungkan awak dari kepanasan dan kebencian,
Awak nampak saya tak?
Ketika awak senyum ketawa ria,
Setiap kata menjadi puisi indah,
Saya cuba hadir,
payungkan awak bersama kasih sayang dan kegembiraan,
Awak nampak saya tak?
Ketika awak bahagia,
Setulus doa menjadi pepohon harapan,
Saya cuba hadir,
payungkan awak bersama cinta Dia agar beroleh kerahmatan
Awak nampak saya tak?

Tidak mengapa jika awak tidak nampak saya
Cukuplah diizinkan Allah untuk saya melihat awak dalam hati saya dan juga dalam setiap doa saya.

#kisahkita
#rinduyangtersisa
#hitamputihperjalanan
#moveon

MOVE ON Where stories live. Discover now