Troli begnya cepat-cepat ditarik.
Waktu yang ditunggu selama empat tahun berturut-turut oleh Inn akhirnya telah tiba. Manakan tidaknya,Lapangan Terbang Senai inilah yang menjadi saksi jatuhnya air mata perpisahan oleh ibu bapanya. Hatinya bertambah teruja seiring dengan detik jam berlalu kerana sudah lama tidak ketemuan sama ibu bapanya.Namun, ada satu hal yang pasti akan ditinggalkan jauh di belakang seiring tapaknya ke melangkah ke hadapan. Matanya dialihkan ke kapal terbang yang sedang mendarat di luar.
Nafasnya dihela perlahan.
Kenangan dan memori indah yang perlu ditinggalkan di bumi Anbiya' itu cukup membuatkan langkah kakinya yang melangkah seakan tidak mahu lagi bertapak. Ilmu yang dikaut di sana moga kekal tersemat di dalam dada agar dapat dicurahkan pada sesiapapun sahaja yang dahagakan pengetahuan.
Kakinya perlahan-lahan melangkah sehinggalah otaknya difokuskan ke satu susuk tubuh yang disarungkan sweater yang mana dia pernah melihatnya 4 tahun yang lalu. Dalam fikirannya cuma memikirkan pelbagai cara untuk mengelak sebelum mata milik susuk tubuh itu mengecam diri Inn. Hatinyanya jangan dicerita. Telinganya seolah-olah tidak mendengar apa-apa bunyi kecuali degupan jangtungnya sendiri.
Botol airnya tiba-tiba jatuh berguling ke hadapan melanggar susuk tubuh laki-laki yang berjaya membuat diri Inn tidak tenteram walau dia tidak melakukan sebarang perbuatan. Mujur sahaja botol air itu tidak membuatkan lelaki itu tersandung. Botol tersebut dikutip oleh tangan yang berjari runcing milik lelaki tersebut. Sesiapa yang melihat tangan itu pasti akan mengatakan tangan perempuan tetapi yang versi besar.
Gulp. Air liurnya ditelan.
"Is this yours?" Tanya pemuda itu.
"Yes, thank you Sir." Jawab Inn dan mukanya hanya ditunduk ke bawah.Aksinya yang gopoh mahu larikan diri itu membuatkan begnya terjatuh dari atas troli ketika tangannya yang sepantas kilat menarik troli tersebut.
"Qurrotun Inn? Kau ke ni?"
"Tak. Bukan. Maaf salah orang."
Hal ini cukup membuatkan Inn tidak tentu arah sejak dari tadi. Tangan Inn terkocoh-coh meletakkan begnya yang dilantai itu kembali di atas troli semula.Mukanya tidak berani dinaikkan.
"Kau memang tak berubah dari dulu. Apa yang aku cakap semua kau nak deny."
YOU ARE READING
Mujahadah
Teen Fiction"Aku nak move on." Bibir milik Qurrotun Inn tak pernah lekang dengan ucapan sebegitu. "Aku dah bosan dengan move on kau tu." Komen Farhana yang merupakan kawan baru yang paling rapat sejak Inn pindah sekolah. Bibir mudah menyebut tapi hatinya masih...