Bab 4: First Day is Always The Worst.

384 13 4
                                    

Sekarang baru Inn mengerti..

Kenapa budak-budak asrama di sekolah lamanya dulu kuat tidur. Setiap kali waktu kelas,pasti ada yang dah syahid ketika guru mengajar di hadapan. Kadang dia geram juga dengan rakan sekelasnya itu.

Inn jumpa jawapan bagi persoalan ini daripada apa yang dia rasakan pada hari ini iaitu hari pertama kelas pengajaran dan pembelajaran (PDP) berlangsung.

Mata Inn tahankan seboleh-bolehnya. Walaupun matanya semakin mengecil,pandangannya semakin kabur, tulisan di buku kitabnya berterabur, dia cuba untuk tidak membiarkan matanya tertutup sepenuhnya.

Pening di kepala semakin terasa..

'Urgh kenapa suara ustazah ni semakin mendayu-dayu? '

'Dah lah suara lembut je..
Dia nak aku tidur ke? Aduhai..'

Inn cuba membulatkan matanya sebesar-besarnya tetapi hakikatnya matanya itu hanya terbuka sekecil biji kuaci.

Dia cuba memfokuskan pandangannya ke arah rupawan yang sedang mengajar di hadapan.

'Cantik. Tapi nampak gaya macam garang. Mata dia pandang orang tu semacam je.'

Mata milik Qurrotun Inn mengecil sekecil-kecilnya dan bibir di mulutnya hampir terbuka sedikit.

'Tak boleh! Tak boleh! Aku tak boleh tidur.'

'Urghhhh! Ngantuknya! Ibu!!!'

***

Setelah siap bersarapan, Seth meninggalkan dewan makan secepatnya untuk ke kelas. Dalam perjalanannya ke kelas, matanya menangkap sebuah bayangan kelibat susuk tubuh badan yang amat dikenalinya di sekolah lamanya. Langkah kakinya bergerak pantas mengejar susuk tubuh tersebut.

"Abang Faiz! Abang ke tu?" Nama tersebut diseru dengan harapan dapat mematikan langkah orang yang dikejarnya itu.

Faiz memalingkan mukanya ke belakang sebaik sahaja dia terdengar namanya dipanggil. Kemudian,dia melemparkan senyuman. Senyuman yang dapat menarik bibir untuk ikut tersenyum sama bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.

Seth tersenyum melihat senyuman lembut milik Faiz. Tiba-tiba dia rasakan senyuman yang dia balas itu dapat menceriakan dan memberikan diri Seth sendiri untuk lebih bersemangat di pagi hari.

"Apa abang buat kat sini lagi? Bukan abang sepatutnya dah berehat-rehat kat rumah ke selepas jadi fasilitator kitorang selama 3 hari berturut-turut. Orientasi dah habis dah  bang..."
Faiz mengutarakan soalan-soalan yang bermain difikirannya ketika dia mengejar langkah Faiz tadi.

"Aik? Macam menghalau ana je dari STAJ ni..?"

"Takdelah... Cuma pelik je tiba-tiba nampak abang sorang kat sini. Fasilitator yang lain pun semuanya dah balik."

"Abang jadi warden kat sini."

"Wah! Serious lah?! Warden? Wow"

"Aik kenapa?"

"Excited bang! Confirm aspura ni jadi aspura terbaik kalau ada warden macam abang. Hehe.." Seth menaikkan jari cap jempolnya ke atas.

"Apa? Dah fikir bukan-bukan ke? Peraturan tetap peraturan. Tak kira apapun,ana akan jalankan tanggungjawab ana sebagai warden kat sini." Peringatan tegas itu dituturkan.

"Eh? Hehe... Chill bang chill. Haha baru berniat je. Eh takdelah. Gurau je."

"Eleh... Lagipun ana tahu yang enta pun takkan buat perkara-perkara yang melanggar peraturan. Kat sini ana nak ingatkan, enta sekarang sebagai YDP kena pastikan yang semua pelajar-pelajar kat sini mematuhi peraturan. Takde yang terkecuali. Sebab kat sini tanah barokah. Insan-insan yang berhati mulia telah memberikan hartanah mereka untuk dijadikan tapak pengajian di sini sebagai saham akhirat mereka di akhirat kelak... Ana tak nak ada yang cuba-cuba mengotorkan tanah suci ni dengan benda-benda yang tak sepatutnya."
Nasihat yang serba sedikit menambah pengetahuan Seth tentang sejarah pembinaan STAJ."

***

PAP!

Bunyi tapak tangan dihempaskan di tengah-tengah meja milik Qurrotun Inn.

Mata Inn terbeliak besar melihat tapak tangan bercincin di jari yang mendarat di mejanya.

"Awak kalau nak tidur, pergi balik rumah! Bukan kat sekolah. Faham?!"

Kedua pipinya mulai panas, matanya tidak mengantuk lagi dan dia terasa segar.

Suara amaran ringkas tetapi pedih yang membingitkan telinga Inn dan menangkap semua pasang retina di kelas itu ke arahnya. Susuk tubuh yang memiliki jari yang bercincin itu berlalu keluar mengikut pintu belakang.

Silakan komen/vote
Kalau mahu ya!

MujahadahWhere stories live. Discover now