Aku mula menolehkan pandangan aku ke muka kawan baru yang duduk di meja sebelah aku. Tanpa kata...
Aku baca air mukanya. Aku tak boleh tahanlah tengok mata dia!
Nampak juga yang dia kecewa dengan aku. Macam sedang kecewa pilih kawan."Inn... Baik kau minta maaf." Akhirnya,terluah juga katanya itu.
Aku lihat di sekelilingku, berpasang-pasang anak mata yang turut sekali kecewa dan memandang rendah kepadaku.
Berpasang-pasang bibir juga terkumat-kamit menceritakan soal aku.Aku mula teringatkan kepada ibu dan bapaku di kampung. Kalau mereka di sini, tentu sekali mereka malu memiliki anak seperti aku. Yang berani menconteng arang ke muka meraka. Dan, mereka menyesal membesarkan aku. Anak tak guna! Hantar jauh-jauh dengan harapan tinggi dapat berjaya, tapi pergi tidur dalam kelas.
Aku berharap tiada siapa yang melaporkan hal ini kepada ibu dan bapaku.'Why? Tapi bukan aku sengajapun..' Hati Inn mula berbisik.
'Ish! Teruk betul! Sudah-sudahlah ego tu...' Hatinya berbisik kembali untuk kembali ke pangkal jalan yang memberikan jalan bahawa memang salah dia.
Inn menyembam mukanya di atas meja.
"Dah buat ustazah marah, pergi sambung tidur pula." Suara kecil asing kedengaran dari jauh.
Inn mengabaikan kata-katayang dilemparkan kepadanya walau tak semuka. Hanya buntu memikirkan jalan dan cara untuk meminta maaf pada gurunya sambil menyorokkan muka merah padam yang malu atas kesalahan dirinya.
Inn rasa ingin melarikan diri dan tidak berada di sini buat waktu ini.***
"Seth, senarai nama AJK aspura nanti tolong beri pada ustazah Ruqayyah sebelum balik sekolah ye. Tadi aku terjumpa ustazah. Ustazah pesan kat aku."
Sehelai kertas yang dimaksudkan oleh pelajar lelaki itu diletakkan dia atas meja Seth."Haa okay. Tapi kenapa kau tak bagi je senarai ni pada ustazah? Kan pada kau."
"Sebenarnya tadi senarai ni belum siap. Hehe. Lepas tu, ustazah suruh aku bagi pada kau. Ok lah. Aku nak pergi bilik komputer depan tu."
Pelajar lelaki yang tidak diketahui namanya itu meninggalkan Seth yang berada di kelas As-Syukri yang terletak berhadapan dengan bilik komputer. Nampak gaya lelaki tadi seperti ahli Kelab Komputer.
Seth mengerling jam dinding yang menunjukkan 10 minit lagi untuk tiba waktu rehat.
'Dah alang-alang nak ke kantin,baik aku singgah bilik guru. Settlekan kertas ni.'
***
Langkah kaki Inn pantas menuju ke tandas. Farhana yang dibelakangnya hanya ikut sahaja jejak kaki Qurrotun Inn.Pintu masuk tandas dihempas,tetapi tidak terlalu kuat. Tidak ada manusia lain selain mereka berdua di situ. Babak seterusnya, pintu itu dikunci oleh Inn. Tidak mahu lagi mencetuskan drama yang terjadi seperti sebentar tadi.
Inn menanggalkan tudung yang dipakainya dan membasuh mukanya berkali-kali di sinki. Air yang dibuka agak besar dan laju sehingga terpercik ke baju sekolahnya.
Farhana hanya memerhatikan perlakuan kawan barunya itu. Ini bukan masanya untuk dia membuat spekulasi personaliti terhadap diri Inn yang baru sahaja dia kenal dalam tempoh kurang sebulan. Dia belum boleh membaca dan mengenali diri Inn yang sebenarnya. Tetapi sepanjang perkenalan dirinya dengan Inn selama kurang sebulan ini, dia tahu yang Inn ini boleh juga diajak bergurau dan masuk air walaupun luarannya nampak agak serius dan muka ketat. Inn begitu, mungkin belum membiasakan dirinya dengan seseorang yang dia jumpanya sahaja.
Mungkin bagi diri Inn, dia sudah mulai rapat dengan Farhana disebabkan satu kelas dan bersebelahan dorm.
YOU ARE READING
Mujahadah
Ficțiune adolescenți"Aku nak move on." Bibir milik Qurrotun Inn tak pernah lekang dengan ucapan sebegitu. "Aku dah bosan dengan move on kau tu." Komen Farhana yang merupakan kawan baru yang paling rapat sejak Inn pindah sekolah. Bibir mudah menyebut tapi hatinya masih...