Eomma... Appa...

232 19 3
                                    

14 Januari 2017
2:30 pm
Ikan Buntal Ent.

Yoongi pov

Aku merebahkan badan aku di sofa hitam di studio aku. kalau nak diikutkan nak je aku tinggal kat sekolah tu hingga dia sedar dari pengsan tadi. tapi tulah, tetiba pulak namjoon call sebab pang pdnim nak jumpa bangang. aku mengeluh ringan sambil mataku, ku pejam rapat. satu senyuman terukir di muka aku.

aku dah jumpa jeon jungkook.

kejadian tadi memang amat manis bila dia memandang aku sambil senyum kearahku. dia dah besar. senyuman dia masih sama, terutama gigi arnabnya yang kecil tu. entah kenapa...

aku nak sangat peluk gigit dia arghh~

tapi jauh disudut aku, aku betul-betul rindu dengan keberadaannya. aku masih ingat lagi kenangan aku bila aku bermain dengannya waktu kecil, hinggalah aku diambil oleh satu keluarga encik Min.

nak diikutkan cerita dalam fanfiction ni, aku dianak angkatkan oleh appa kandung aku sendiri, maksudnya appa jungkook la. aku dan jungkook memang ada pertalian darah. jungkook adik kandung aku. ketika usia aku 10 tahun, aku diambil oleh keluarga Min dan terus mengubah surname aku dari 'Jeon' ke 'Min'. dan keadaan itu memang perit bagiku. aku terpaksa meninggalkan adik kesayangan aku sorang diri atas sebab masalah yang ditimpa oleh keluarga Jeon. sehingga sekarang, aku tidak tahu apa konflik yang berlaku dalam keluarga Jeon. dan ketika itu jugalah aku dibawa pergi oleh keluarga Min jauh ke Jepun, hingga tiada peluang langsung untuk bertemu kembali, hinggalah aku mendapat berita kemalangan itu.

tu je yang mampu aku jelaskan. harap kau faham la eh.

dan sekarang, aku kembali untuk membawa balik adik aku semula, tinggal bersama aku. atas wasiat yang aku terima dari keluarga Jeon, aku sebagai anak sulung dan anak kandung bagi keluarga Jeon, aku kena jalankan tanggungjawab ni.

aku harap, dia boleh terima aku semula. dan menganggap aku sebagai hyung dia, seperti dahulu.

"yow yoongㅡ"

"aku nak keluar jap. nanti aku datang balik."

"ta-tapiㅡ"

"dah... baiii~"

aku melambai kearah namjoon yang ternganga luas, aku tak tahu apa dinganga kan, aku lantas mengambil kunci kereta aku kat atas meja dan meluru keluar dari studio aku. dalam perlajanan aku nak keluar dari bangunan jahanam ni, aku disapa oleh hoseok duhh takde orang lain ke yang boleh terserempak selain dia ni doii~

"yoongi! kau nak kemanㅡ"

"aku ada hal. baii." aku terus mempercepatkan langkah aku, tidak mahu tinggal lama sebab hoseok ni jenis suka tanya banyak. dan aku tak suka orang macam tu. aku masuk lift yang kebetulan terbuka sebab orang baru keluar, dan terus tekan punat tingkat bawah. dalam 30 saat gitu, aku sampai di tingkat bawah dan terus ke tempat parking kereta dan jumpa...

my beauty lover bebeh yuhuuu~

"oh babe~" aku memeluk 'girlfriend' aku yang cantik lagikan anggun cewahh~ warna putih do. persis tuan dia hohoo~

"jom kita jalannn~" kataku sambil berlagu dan menekan punat kunci kereta....

aku dipertemukan dengan 'girlfriend' aku ketika aku tetiba terjelepok kat depan kedai kereta. kira time tu pandangan pertama aku le. Subaru H5X dengan harga 123456789 tambah tolak darab bahagi Won... itulah dia.

[C] 𝙷𝚈𝚄𝙽𝙶 ; 🄼🅈🄶 x 🄹🄹🄺Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang