Ketahuan + Jungkook kena kaunseling

160 14 0
                                    

Beware: long chapter about 2500++ words

Jungkook keluar dari rumah setelah selesai bergaduh dengan Yoongi akibat masakan Yoongi hangus sebab tertidur. Nasib baik dapur tak terbakar.

Ketika beberapa langkah dia meninggalkam rumahnya, dia ternampak Momo, iaitu nenek kepada Hiroto yang agak kelam kabut harini. Ada pape ke harini? Fikir Jungkook.

"Momo Nuna!!"

Segera Momo menoleh dan snyum kearah Jungkook walaupun begnya terjatuh akibat terkejut dengan suara lantang Jungkook tadi. Jungkook pun segera mendapatkan Momo.

Untuk bertanya khabar Hiroto.

"Ouh, Jungkook. Baguslah kamu datang tepat pada waktunya.." kata Momo sambil mengeluh lega.

"Apa maksud nuna?"

"Nuna kena pergi ke sekolah kamu. Nak hantar surat."

"Surat?"

"Hmm! Takpe, biar nuna tumpangkan kamu pergi sekolah. Lagipun, nuna ada meeting pukul 8 nanti. Okay?"

Jungkook hanya mengangguk lemah dan mengikut Momo dari belakang menuju ke parkir kereta.

Ketika mereka berada dalam kereta, hanya diam menemani mereka. Baru Jungkook teringat tujuannya bertemu dengan Momo tadi.

"Uhm,nuna?"

"Ye?"

"....Kenapa Hiroto tak hadir semalam? Dia sakit ke?"

Momo mengeluh ringan sambil memusing stering kereta menuju selekoh. "Dia... Balik ke Jepun dua hari lalu.."

Jungkook segera membulatkan matanya dan tekaannya semalam tepat. Rasa bersalah mula menyerangnya.

'Aku dah agak dia balik. Tapi, takkan pasal benda tu je..'

"Ke-Kenapa dia balik?"

"Tuan Akiyama, ayah Hiroto sedang sakit tenat di Ehime. Dia terpaksa pulang untuk menemani ayahnya, memandangkan ayahnya ingin berjumpa dan ingin bincangkan sesuatu dengannya.."

Dalam diam, Jungkook mula merasa lega dengan apa yang didengarnya.

"Lagipun, dia kata nak tenangkan fikiran kat sana. Entah hantu apa yang rasuk dia waktu tu. Itulah sebabnya, nuna kena hantar surat kepada guru kelasnya..." sambung Momo lagi.

Jungkook hanya mengangguk dan sekali lagi rasa bersalah menyerang dirinya waktu tu bila dia mendengar Hiroto ingin tenangkan fikirannya akibat masalah yang dia bawa.

Mereka dah pun sampai di hadapan pagar sekolah. Memandangkan waktu hanya tinggal setengah jam pukul 8 dan Momo tak mahu lama-lama, dia segera menegur Jungkook yang tak habis-habis dengan menghayal sana sini.

"Jungkook.."

"Ha? Oh, ye nuna?"

"Boleh tolong nuna tak?"

"Tolong apa?"

Momo segera mengambil begnya dan mengeluarkan sampul surat putih itu dan menghulurkannya kepada Jungkook.

"Tolong beri surat ni kepada saem kamu. Agaknya nuna tak sempat nak masuk jadi... Bolehkan?"

Jungkook hanya mengangguk perlahan dan perlahan-lahan mengambil surat itu.

"Ermm, nuna?"

"Ye?"

"Agaknya Hiroto akan balik tak nanti?"

Momo hanya senyum kearahnya. "Mestilah. Dia kan masih ada baki 5 bulan disini. Dia ambil cuti tak lama. Seminggu je~"

🍃

[C] 𝙷𝚈𝚄𝙽𝙶 ; 🄼🅈🄶 x 🄹🄹🄺Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang