"Panggil aku abang. Kau tak faham bahasa melayu ke? " marah Asyraf.
Gadis kecik comel yang berdiri di hadapannya sambil bercekak pinggang itu, dipandangnya kasar."Maaf iya pak cik Asyraf. Awak siapa yang perlu saya panggil dengan panggilan tu? " soal gadis itu dengan beraninya.
Hish, budak ni. Asyraf merengus."Aku dah cakapkan jangan panggil aku pak cik. Aku tak kahwin pun lah dengan mak cik kau tu" balas Asyraf. Sakit hati dibuatnya.
"Saya nak balik. Assalammualaikum" balas si gadis lalu berlalu pergi meninggalkan Asyraf yang terpinga-pinga di situ.
Aduhh mamat ni! Bengkak ah tengok dia. Sakit hati! Suka hati dia jer suruh aku panggil dia abang. Ingat dia tu abang aku ke? Senior lelaki lain pun aku just panggil senior + nama diaorang.
Semua ni terjadi semua gara-gara kawan aku yang dua orang tu! Fana dengan Airin. Kalau bukan pasal diaorang tak ada maknanya aku boleh terjumpa mamat gila tu!
Kes ni terjadi sejak pertama kali aku daftar masuk ke Universiti Teknologi MARA di Shah Alam sebagai pelajar baru degree dalam Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur (FSPU).
Nama aku Ummu Eryna binti Abdul Bahari. Umur aku baru 19 tahun. Aku bekas pelajar Matrik Banting. Habis sahaja belajar aku terus sambung belajar dekat UiTM Shah Alam atas permintaan My Abah.
Masa hari pendaftaran. Entah macam mana aku boleh terjumpa mamat sengal tu dekat tandas. Gara-gara nak temankan Fana dan Airin, aku pun tunggu lah mereka dia depan tandas.
Tanpa sukarela tangan aku ditarik ke satu bahagian gelap yang berdekatan dengan tandas tu.
"Wo-" belum sempat aku menjerit, mulutku sudah di cekup kemas dengan tangan yang bersaiz besar. Habis separuh wajah aku kena tutup. Aku memandang si gerangan empunya tangan.
Lelaki?!!!
Mata aku membuntang. Aku cuba untuk lepaskan diri namun hampa. Dia terlalu besar dan tinggi. Susah untuk aku menolak badannya itu. Lengan aku digenggamnya erat.
Aku merenungnya dengan pandangan tajam minta dilepaskan.
Dia sedang sibuk memandang ke arah lain seperti lari daripada sesuatu. Tetapi kena aku pun terbabit sekali? Apa salah aku?
Tiba-tiba dia menoleh ke arahku membuatkan mata kami bertembung tanpa di minta.
Dia merenung anak mataku membuatkan aku lagi tidak selesa. Keadaan kami terlalu rapat. Aku cuba mencubit tangannya dan akhirnya berjaya!
Dia mengadu kesakitan. Aku memberikan pandangan 'padan muka' ke arahnya. Puas rasa hati melihat dia mengusap tempat yang dicubit tadi.
"ganasnya" kata si dia dengan perlahan namun masih dapat didengariku.
"Awak ni siapa? Nak apa? " tanya aku dengan kasarnya.
"uishh uishh. Slow sikit suara tu" mohonnya. Dia kelihatan agak gelabah. Dia mula meninjau-nijau sekeliling seperti mencari sesuatu.
Aku memandangnya dengan pandangan pelik.
"Dahlah saya nak pergi" balasku. Aku malas nak layan orang yang pelik macam ni. Suka hati dia jer sentuh anak dara orang. Aku pun pergi meninggalkan dia seorang diri.
Aku berjalan ke arah tandas sambil membebel aka mengutuk si lelaki tadi.
"Wei Mu(ummu) kau pergi mana? "tanya Fana.
"aku... aku.. pergi jalan-jalan. Tunggu korang lambat sangat. Dahlah jom" kataku. Aku menarik tangan kedua-dua mereka untuk pergi jauh-jauh daripada situ.
YOU ARE READING
panggil aku abang!!
Short Story"panggil aku abang lah budak kecik! " - Asyraf Khairul. "ada hati suruh kita panggil dia abang" - Ummu Eryna Gara-gara panggilan 'ABANG' mereka selalu bertekak dan bertikam lidah. Si jejaka handsome suka dipanggil dengan panggilan itu dan si gadis...