Panggil Aku Abang! - 2

5.2K 71 10
                                    

Hampir sebulan Asyraf cuba buat Ummu jatuh cinta namun makin teruk pula jadinya. Alahaiii.

Hampir sebulan juga mereka menetap di Kedah sehingga mama dan papa Asyraf mengajak mereka bermalam di Shah Alam.

Tanpa banyak merungut, mereka pun menerima pelawaan itu. Tak sampai hati nak tolak. Lagipun tinggal lagi seminggu jer sebelum semester seterusnya bermula.

Selepas mengemas barang dan mandi, aku duduk di birai katil sambil membaca novel. Rambutku yang basah aku sanggulkan di dalam tuala.

Pintu bilik dikuak daripada luar sebelum seorang lelaki comel melangkah menghampiriku.

"Akak long. Tengah buat apa? " soal budak kecil itu. Dia duduk di sebelahku. Dia sudah bersiap di dalam pakaian tidurnya. Maklumlah dah pukul 10 malam.

"akak baca buku. Adib buat apa dekat sini? " soalku.

"Adib saja nak kacau akak. Hehe" balasnya manja.

"Amboi dia, nak kacau akak je kerja dia iya" kata Aku. Memang daripada petang tadi, dia asyik-asyik kacau aku. Nasib baik aku sukakan budak-budak.

Adib merupakan anak bongsu dalam keluarga Asyraf. Namun Adib ada kakak kembarnya Aida.

Aida lebih rapat dengan abang long mereka iaitu Asyraf jadi Adib rapat dengan kakak long mereka iaitu aku.

Asyraf merupakan anak sulung dan abang kepada 4 orang adik beradik termasuk si kembar.

Adam anak kedua dan Alia anak yang ketiga. Mereka semua masih belajar di sekolah menengah manakala yang si kembar masih di sekolah rendah.

Besar tanggungjawab Asyraf dalam keluarganya. Besar juga tanggungjawab aku sebagai isterinya.

"akak, bila akak nak ada baby?" tanya Adib dengan tiba-tiba membuatkan mulut Aku terlopong.

Aku salah dengar ke tadi?

"baby? Kenapa adib suka baby ke?" soalku.

Adib menangguk riang.

"abang Acap pun suka baby. Suka sangat baby" balas Adib.

Acap adalah panggilan manja yang dipanggil oleh adik beradiknya.

"Abang acap suka baby? Akak tak tahu pun" balas aku. Bila masa tak mamat gila tu suka baby. Aipp! Ummu tak baik, suami hang tu.

"sukalah. Suka sangat. Abang suka baby dengan akak" balas Adib.

"baby dengan akak? " tanya aku, hairan. Tiba-tiba sifat detektif aku muncul. Ni peluang keemasan ni!! Sorak ku riang

"Abang acap cakap dia suka kakak dari dulu lagi. Tapi dia tak berani nak cakap kat akak. Hari-hari abang acap cakap sorang-sorang dekat gambar akak. " ngadu Adib. Great adib great! Sayang kau adib!

"mana adib tahu? "soal ku.

"Adib nampak. Dalam laci abang ada buku abang, dalam tu ada gambar akak" balas Adib dengan begitu polos dan asyik bercerita.

Macam-macam dia cerita pasal abang dia dekat aku. Nak tergelak guling-gulinglah dibuatnya. Last-last adib pergi bagi aku buku yang abang dia simpan tu.

Terkejut beruk aku dibuatnya. Patutlah buku novel kegemaraan aku hilang. Rupa-rupanya kerja mamat ni.
Dia tak tahu aku menangis air mata darah gara-gara buku ni hilang punya pasal. Siap dia!!

Buku tu aku belek. Aku terjumpa sekeping gambar dimana gambar itu merupakan gambar aku dengan dia semasa hari orientasi dulu.

Aku sudah tersipu malu. Cakaplah secret admirer, tak yahlah gaduh sampai nak rak macam ni. Cer cakap jer. Alahaii suami aku ni.

panggil aku abang!!Where stories live. Discover now