2

57 2 0
                                    

"Maaf Nadia terlambat sikit." kata Aurora dengan wajah yang masam. 

"Kau okay tak ni? Ni mesti sedih nak tinggalkan family" Nadia tersenyum sambil mengusap belakang Aurora .

Nadia cukup kenal Aurora yang manja ini sejak dibangku sekolah lagi. 

"Aku okay. Takpe bukan selalu kan? Aku cukup happy kau nak join sekali tau. Terima kasih Nadia." Mereka berdua tersenyum .

Pon pon ! Pon pon !

Bunyi hon dari sebuah kereta putih Myvi bernombor plat WBJ 777 dari seberang jalan. Erul rupanya. Erul menurunkan cermin kereta di bahagian pemandu.

"Sudah-sudahlah tu nak buat drama jejak kasih dekat sini. Jom lah dah lewat ni!" Jerit Erul.

Aurora dan Nadia bergegas dengan pantas ke arah kereta Erul sambil membawa beg masing masing.  Erul lantas keluar dari keretanya untuk membantu dua gadis tersebut.

"Banyak betul barang korang ni.  Bawa batu ke apa ni?" kata Erul sambil meletakkan beg mereka di belakang bonet kereta.

"Ade lah.  Kau apa tau? Hal perempuan kau tak jangan nak menyebuk." Kata Aurora. 

Nadia hanya tersenyum kerana masih malu untuk berbual dengan Erul. Iya lah, Nadia tidak rapat dengan kawan kawan si Aurora ni.

Kemudian, mereka bertiga memasuki ruang kereta Myvi putih kepunyaan Erul itu. Aurora duduk di tempat penumpang di sebelah Erul manakala Nadia berada di tempat duduk belakang. Nadia hanya berdiam diri di belakang.

Dua jam telah berlalu sepanjang perjalanan mereka. Tiada seorang daripada mereka bertiga yang berkata-kata. Masing masing berdiam diri. Malu mungkin? ataupun tiada idea untuk dibual. Hanya radio sahaja yang bermain kan lagu lagu yang membosankan tetapi dilayankan sahaja.

"Ermm,  awak nama Nadia kan? Fakulti fizik?" akhirnya Erul bersuara memecah kesunyian. Nadia sedikit terkejut kerana namanya di sebut oleh Erul kerana terlalu asyik mengelamun. Nadia mengangguk. Erul cuba mencari soalan lagi untuk diajukan kepada Nadia. 

"Awak okay ke? Kalau takut tak apa kiteorang kan ada. Aurora pun ada sini temankan awak. Aurora banyak cerita pasal awak."

Nadia kehadapan sedikit dari tempat duduknya di belakang untuk berbual.

"Ca..cakap pasal apa?" Nadia seakan takut. Bercampur baur perasannya kerana takut Aurora ada burukkan namanya.

Aurora senyum lantas memandang ke arahnya."Aku cakap kau ni pemalu dan baik orangnya and kita kawan rapat dari sekolah.  Mana ada aku burukkan kau." Erul mengangguk.

Nadia tersenyum melihat Aurora dan Erul yang saling berpandangan ke arahnya.

"Korang ni bercinta ke?" Terkejut Erul dibuatnya . Begitu juga dengan Aurora . Hampir terkeluar  air yang diminumnya tadi.

"Ma..mana ada.  Kiteorang kawan je. Mana dengar ni ?" Soal Aurora dengan perlahan-lahan.

"Takde lah. Korang nampak sweet. Aurora per-" Aurora menekup mulut Nadia supaya berhenti meneruskan ayatnya.

Ish dia ni. Jangan la bagi kantoi!

Wajah Erul menunjukkan sedikit kekeliruan. Tertanya-tanya apa yang ingin Nadia sampaikan.

"Err, tak ada apa-apa la Erul. Aurora kata Erul baik. Itu je, hehe." Ujar Nadia. Aurora melepaskan keluhan . Lega hatinya mendengar.

Suatu ketika dahulu,Erul dan Aurora pernah di jadikan buah mulut rakan rakan sekelasnya . Semuanya bermula dari semester 2 dimana Aurora berkenalan dengan Tasya, Nim, Black, Din dan juga Erul. Aurora tidak banyak bergaul kerana dia hanya berseorangan sejak semester 1 lagi. Tiada kawan rapat seorang pun. Dia tidak rasa memerlukan seseorang kawan itu penting. Dia masih selesa dan boleh bertahan lagi. Ketika itu, Tasya orang pertama yang menegurnya dahulu di hari pertama kelas semester 2. Tasya duduk di sebelahnya dan meletakkan beg merah jambu di kerusi plastik.

"Hai. Awak nama apa? By the way , I'm Tasya." Sapa Tasya lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman.

 Mereka bersalaman. "Panggil saya Aurora. Saya first time masuk kelas ni. Tak kenal siapa-siapa pun lagi." Tasya tersenyum gembira .

"Jangan risau. Saya ada hehe " . Lega hati Aurora mendengarnya.

Ada juga lah orang nak kawan dengan aku ni. Kalau tidak, sampai habis belajar tak ada kawan.


Kelas pertama mereka telah berakhir dengan mata pelajaran Kimia Organik. Tasya mengajak Aurora untuk makan sekali bersamanya. 

"Alang-alang kita makan sekali nak?  Saya nak kenal kan awak dengan kawan saya yang lain. Saya jamin deorang pun tak sabar nak kenal dengan awak." Ujar Tasya.

"Saya malu lah Tasya. Hmm." Aurora mengeluh. Tasya meletakkan tangan di bahu Aurora.

"Jangan risau Aurora. Nanti awak akan okay. Percaya lah cakap saya ni. Saya berani jamin awak suka. Kawan-kawan saya ni cool tau." Ujar Tasya.

 " baiklah baiklah". Aurora menerima pelawaannya.

Sesudah sampai di kafeteria, Tasya mencari-cari sekumpulan pelajar yang duduk di sebuah meja makan bersebelahan kaunter bayaran. Disitu lah port mereka melepak.

"Ha, nampak dah deorang ni.  Jom Aurora." kata Tasya lalu bergegas ke arah rakan-rakannya itu dengan memegang tangan Aurora.

"Hai korang. Aku bawa member baru ni. Kenalkan Aurora. Haa Aurora, ni Nim, Black, Erul dan Din" kata Tasya . Nim dan Din senyum. Black terbeliak matanya lalu memandang ke arah Erul.

"Ehh?? ni la kan awek  tadi tu yang kau-" belum sempat Black meneruskan kata katanya, Erul telah menekup mulutnya. Aurora memandang tepat ke arah Erul. Terbeliak matanya. Sama ada marah ataupun terkejut.  Nim ketawa mengekek dengan Din.  Mereka saling berpandangan .

"Korang kutuk aku ke ha?" Suara Aurora seakan bergetar. Mereka sekumpulan memandang Aurora yang bersuara itu.

Black membalas. "Eh tak. Erul cakap kau ni cantik. Tu je. Jangan marah ye." Wajah Erul merah padam . Malu apabila mendengar kenyataan Black . Begitu juga dengan Aurora . Sedikit pucat kerana gementar bercampur malu . Rakan rakan Tasya yang lain mengusik Erul. Erul menunduk malu.

***********************************************************************************************

"Nampaknya kita dah nak sampai. Rasanya lah." kata Erul sambil memandang sekeliling pemandangan luar. Hanya kereta mereka sahaja  yang melalui kawasan ini. Sunyi kawasannya seperti tidak berpenghuni dan tidak dilalui. Kelihatan sebuah papan tanda bertulis, "Selamat datang ke Hutan Kami." 

Hutan kami? Hutan apa yang Nim cadang ni? Aduh tak sedap perut dibuatnya!

Aurora mula gelisah. Begitu juga dengan Erul ."Kau cuba call Tasya . Deorang tu dah sampai ke belum."

Aurora terus mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Dia mencari nombor Tasya dan terus menelefonnya. Tidak diangkat. Dania tidak putus asa. Dia menelefon Tasya berkali-kali .

Hah! Angkat pun minah ni.

"Tasya,  korang dekat mana ni ?" soal Aurora. Tasya hanya terdiam tidak menjawab soalannya . Aurora dapat mendengar suara rakan yang lain seperti membincangkan sesuatu.

"Kiteorang dah sampai lama dah la. Datang cepat,  ada sesuatu nak bagitahu korang ni."

DENGKITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang