Aurora, Erul, dan Nadia akhirnya tiba di hutan yang dicadangkan oleh Nim untuk bercuti. Kelihatan Nim, Tasya, Black, dan Din seperti sedang berbual sesuatu yang agak serius dari pandangan Dania.
"Asal macam ada yang tak kena je tu? Salah tempat ke?" Soal Nadia. Erul membuka pintu keretanya.
"Korang tak nak keluar? Jom lah tanya. Saya pun rasa tak sedap hati dari tadi lagi sebelum sampai." Ujar Erul dengan nada yang sedikit serius. Siapa saja yang tak serius diwaktu yang mencurigakan ni? Lagi-lagi bercuti di hutan yang entah hutan ni betul ke tidak.
Nadia dan Aurora keluar dari kereta kepunyaan Erul lalu berjalan ke arah sekumpulan rakan-rakannya. Mereka melihat sekeliling. Suasana "Hutan Kami" ini kelihatan kosong, kelam seperti terbengkalai. Langit kelihatan mendung.
Bak kata Nim, sewaktu di berumur 11 tahun, mereka sekeluarga pernah datang untuk makan di sebuah gerai makan ditepi hutan ini. Gerai Laksa katanya. Sangat sedap sehingga dia menambah 3 mangkuk.
"Tempat ni cantik dulu. Sumpah aku tak tipu korang. Aku pernah datang. Ada sungai tepi sana dengan...tu ha chalet yang aku kata tu!" Nim menunding ke arah chalet yang sudah usang dan kekal cantik itu.
Aurora seakan tidak percaya. Pada mulanya, Aurora juga tidak yakin dengan kata kata Nim sewaktu perbincangan mereka. Mana tidak nya, Dia pergi waktu kecil. Baru berumur 11 tahun waktu itu. Logik kah? Boleh jadi mainan mimpi. Tapi ini bukan mimpi masalahnya. Ini real! Jadi memang wujudlah cuma lain dari pandangan Nim yang dahulu dan sekarang. Masa berlalu dengan pantas. Maka sekelip mata sahaja sekeliling kita akan berubah tanpa disedari.
Betul ke ni? Semacam je rupa chalet yang Nim cakap ni. Aku rasa dah dekat 11 tahun dia tak datang sini. Macam mana tempat chalet ni boleh nampak elok macam baru dibina? Ah! Aku dah malas nak fikir tapi aku kena fikir juga. Tak sedap hati dah ni. Selalunya chalet lama berbelas berpuluh tahun sekali pun tak akan dibina atau diubahsuai semula. Chalet macam ni tetap akan nampak buruk. Nak kata mata aku ni ada masalah, tak juga. Semua kawan-kawan aku nampak benda yang sama!
Erul seakan tidak senang duduk memikirkannya.
Begitu juga dengan Nim yang mencadang tempat ini. Dia seakan tidak percaya. Hutan ini kosong tetapi Chalet di hujung sana masih elok seperti ada yang masih berpenghuni disitu. Nim melangkah setapak untuk turun sedikit ke tempat hutan itu. Belum sempat di melangkah, kakinya tersangkut dengan ranting dahan di atas tanah itu.
"Arghhhhh!" jerit Nim. Tergelongsor kebawah tapak hutan yang licin itu.
Mereka yang lain terkejut mendengar jeritan Nim yang kuat itu. Black orang pertama yang bergegas turun ke bawah untuk menyelamatkan Nim. Kemudian, diikuti dengan Din, Dania, Tasya dan Erul. Agak licin tanahnya seakan-akan dibasahi hujan sebentar tadi padahal cuaca elok harini.
"Bodoh lah sial! Aduh sakitnya kaki." Nim bangun perlahan-lahan untuk memegang kakinya yang sedikit kotor. Kakinya sakit akan tersadung tadi. Syukur tiada kesan luka di kakinya itu.
"Nim! Nim!" Black memanggilsambil menampar lengannya, "Kau ni kenapa tak duduk diam sangat ah? Tengok lah kau ni jalan seorang diri pastu menyusahkan orang lain. Cuai betul." Kata Black panjang lebar. Risau dengan Nim.
"Kau ni bising-bising bukan nak tolong angkat aku apa ni membebel je lebih." Ujar Nim.
Nadia ketawa kecil melihat gelagat Black dan Nim. Aurora mengangkat keningnya seperti kebingungan.
Dah kenapa dia ni gelak sorang-sorang? Aku rasa tak ada pula benda lawak.
"Oi, kau gelak apa hal? Kelakar ke?" Soal Din kepada Nadia. Terkejut Nadia. Soalan Din sedikit kasar seperti mahu bergaduh dengan cara dia bertanya.
"Erm, tak ada apa. Aku rasa kelakar je bila dengar lelaki membebel." Ujar Nadia.
"Itu jawapan kau?" Soal Din lagi.
"Ya. Kenapa? Salah ke?" Balas Nadia. Menyampah.
Din hanya berdiam diri sambil memerhati Nadia. Din melemparkan jelingan tajam kepadanya dan berpaling ke arah Black dan Nim. Tidak berminat untuk melayan Nadia. Erul dan Aurora saling berpandangan. Erul mengangkat kedua-dua belah bahunya seakan tidak tahu apa yang berlaku.
"Korang," Tasya bersuara. " Apa kata, kita ke chalet tu saja. Dalam keadaan macam Nim yang tengah sakit kaki ni. Aku tak rasa kita patut berdiri di sini je. Lebih baik kita pergi terus ke chalet dan cari orang disitu. Dah lewat ni."
Mereka yang lain berfikir. Takut untuk ke chalet tersebut kerana seperti ada yang tidak kena. Aurora seperti kurang bersetuju tetapi dia berdiam diri sahaja.
"Saya okay je." Ujar Nadia sambil tersenyum. Aurora dan Erul seakan tidak percaya yang Nadia bersetuju. Ada betulnya kami seharusnya bersetuju. Sudah lewat dan jam menunjukkan pukul 5 petang.
Aurora memandang jamnya berkali-kali. Dia menunjukkan jam tangannya kepada Erul dan Din. Gila apa sudah pukul 5 petang? Mengarut betul!
Erul bingung lantas melihat jam tangannya untuk membuat kepastian.
"Bangang apa ni dah pukul 5? Padahal tadi bertolak pagi. Sampai pun dalam pukul 2 lebih asal dah pukul 5 petang pula ni?" Soal Erul kepada mereka. Erul semakin tertekan.
"Sabar Erul sabar. Aku pun pelik juga ni. Kita bukannya dah lama sampai. Baru la juga. Kau pasti ke kau sampai pukul 2 petang? Bila masa kau tengok jam waktu drive?" Soal Din. Betul juga kata Din ni.
"Aku agak jela. Mana ada jauh mana pun tempat ni. Dalam map pun dah cakap kan 3 jam je. So aku anggarkan tadi dalam pukul 2 dah sampai." Erul menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Kusut kepalanya memikirkan hal yang remeh ini.
"Dahlah korang. Kaki aku dah okay ni. Jom semua gerak ke chalet. Nanti tak pasal dah gelap waktu maghrib baru nak gelabah." kata Nim.
Black memapah Nim perlahan-lahan. Aurora dan Erul bergegas naik ke atas menuju ke kereta untuk bergerak ke Chalet dengan lebih pantas walaupun ianya mengambil masa 15 minit saja untuk berjalan. Begitu juga dengan Din, Tasya dan Black yang sedang memapah. Setelah masuk ke dalam kereta, Aurora tersedar akan sesuatu.
"Mana Nadia?" Soal Aurora kepada Erul. Erul memandang ke tempat duduk belakang. Kosong.
"Eh? Dia pergi kemana? Ada di bawah lagi ke?" Erul sekali lagi menggaru kepalanya. Dia dan Aurora keluar dari kereta Myvi itu dan terus ke arah kereta saga milik Din. Erul mengetuk tingkap kereta di bahagian pemandu.
"Ha kenapa pula ni? Mana Nadia?" Belum sempat mereka bertanya, Din sudah bertanya terlebih dahulu.
"Korang! Cepatlah kesini! Aku di depan chalet ni!" jerit Nadia dari jauh yang sedang berdiri di hadapan chalet.
YOU ARE READING
DENGKI
Mystery / ThrillerKisah 5 kawan sekumpulan bercuti di sebuah hutan yang penuh misteri . Satu persatu rahsia terbongkar yang mengundang perasaan dengki dalam hati