Bunyi deruan hujan kuat menimpa bumi , sesekali tempias air hujan menyinggah ke pipi . aku berdiri di depan tingkap yang terkuak luas , hanya melihat pemandangan gelap malam .
awan menangis lagi , fikir aku mendongak memandang langit . kali ni bukan buat aku tersenyum tapi buat aku mahu menangis bersama .
tarikh hari ni buat hati aku tak senang , sebak didada . mahu meraung meratapi semahu-mahunya . perasaan hanya untuk tarikh hari ni cukup aneh buat aku .
cahaya dari lampu kenderaan yang lalu-lalang di jalan raya buat lamunan aku terganggu . mata aku pejam rapat , tubuh aku peluk sendiri melawan sejuk yang menyapa .
aku hidu bau hujan , kali ni buat aku tersenyum . bau hujan yang selalu menjadi kegemaran dia .
"awak buat ape tu?" tanya aku pelik dengan kelaku dia
"bau hujan " dia tersenyum memandang aku
"hujan ade bau ke?" lagi aku tanya
"ade la sayang . cuba awak buat macam saya . pejam mata , tarik nafas cuba bau sekeliling awak " terang dia pada aku tapi aku hanya pandang wajah dia
pemandangan yang cantik untuk aku
"eh buat la , kenapa pandang saya" dia ketawa kecil
"oh ook ok " tergagap aku sambil buat apa yang disuruh dia
mata aku pejam , fikiran aku lapang , hanya bunyi hujan kedengaran di telinga . rongga hidung aku menangkap rasa yang tak dapat aku nak tafsirkan .
"rasa tak?" tanya dia
"ha bau tu , tak dapat nak cakap cane tapi rasa nyaman"
"kannn , sebab tu saya suka hujan dan bau hujan" kata dia riang
dia selalu macam tu , terlalu beria bila bercerita tentang apa yang menjadi kesukaan dia .
benda kecil tentang dia saja boleh buat aku tak putus tersenyum.
dia rangkul lengan aku sambil kepala dia letak diatas bahu aku , ciuman lembut aku singgah ke dahi dia .
sebak tangis yang aku tahan kembali bersua untuk di lepaskan . tanpa sedar airmata aku menitis jatuh ke tangan kami yang saling melingkar kemas .
"jangan menangis sayang " dia memujuk
pantas tangan aku menahan esakan .
"kenapa awak pergi tinggalkan saya?" pertanyaan yang selama ni mengganggu benak fikiran aku
dia angkat kepala dari bahu aku dan tatap mata aku lama "ni takdir saya , takdir kita untuk terpisah"
dia usap lembut pipi aku , aku pejam mata mengingati semua sentuhan dia .
aku rindu
"saya rindu awak , sangat" luah aku
airmata laju mengalir aku biarkan , aku nak dia tahu rindu aku pada dia tak dapat aku tanggung lagi .
"saya tahu sayang ,sebab tu saya selalu datang kat awak . saya rindu awak jugak"
aku peluk dia erat , aku tak nak lupa setiap inci dia . walaupun dah sekian lama aku tak dapat merasai semua ni , di belai dia .
"jaga diri awak baik-baik , jangan lupa makan , jangan kuat sangat kerja . yang penting .. " dia angkat muka aku pandang dia " jangan lupakan saya"
"saya ingat awak setiap saat dalam hidup saya . tak mungkin saya akan lupakan awak"
dia senyum dan cium dahi aku lama .
aku sudah tahu apa seterusnya , saat ini aku hanya mahu waktu berhenti berdetik .
sekali lagi kami berpelukan erat , tangis kami kedengaran . aku tahu dia juga rasa apa yang aku rasa sekarang .
"dah sampai masa saya .."
"jangan tinggalkan saya , tolong jangan" aku merayu , tangan yang melingkar di pinggang dia aku eratkan
"saya sayangkan awak , awak selalu ada dalam hati saya , selamat tinggal cinta " pelukan kami semakin longgar dan longgar
boommm !!
dentuman kuat guruh buat aku terjaga dari lena . aku berada diatas katil , berselimut .
macam mana aku boleh berada diatas katil? tadi aku berdiri didepan tingkap .
aku meraut kasar muka aku , pipi aku terasa basah.
airmata ? menangis ? dia ?
aku pandang gambar diatas meja disisi katil .
gambar aku dengan dia , tersenyum gembira . hanya tuhan saja yang tahu sungguh kuatnya rindu aku pada dia .
tarikh yang sama dengan hari ni telah mengubah segala-galanya .
aku kehilangan dia buat selamanya .
aku bangun pegang bingkai gambar terasa lagi airmata aku mengalir . aku kucup sekali gambar dia .
"selamat tinggal JASMIN "