JASMIN 2

1.7K 72 21
                                    

Kalau aku boleh undurkan masa .

"balik la dulu , letih sangat saya tengok awak ni" aku tengok sekeliling ruang tamu rumah aku , bila pasti tak ada orang aku usap pipi dia

dia hanya pejam mata bersandar badan ke sofa

"kejap lagi la , rindu kat awak" perlahan je suara dia dihujung ayat . dan tu jugak buat aku tersenyum

"awak sampai pukul berapa tadi?" tanya aku sambil balang kuih aku buka

"sampai rumah betul betul azan subuh" mata masih lagi dia pejam , mesti letih sangat drive dari kl sampai sini sesorang

"sampai sekarang tak tidur lagi?" tanya aku lagi mahu kepastian

dia menggeleng kepala " nope, belum lagi .sampai je solat subuh , tolong umi buat rendang . lepas tu pegi solat raya , makan makan pergi kubur bla bla bal ... " satu persatu semua dia bagitau aku

aku hanya ketawa , aku suka bila dia bebel macam tu , suara dia lembut meleret . nak je aku gigit muka dia , comel sangat .

"pergi la tidur dalam bilik saya " aku tarik badan dia tapi dia tak berganjak

"ishh tak nak la , nanti ape kata orang kat rumah ni . datang nak beraya tapi tidur pulak"

dia buat macam ni kali pertama dia tidur kat bilik aku . aku tak kisah and tak takut kalau orang lain tahu dia tidur dalam bilik aku sebab kami kawan baik dari sekolah sampai la sekarang .

ye , mungkin orang lain nampak kami hanya kawan baik tapi tu dulu . sekarang kami lebih dari tu . kami memang rapat dengan family memasing

"apa kata awak tidur kat rumah saya malam ni" dia pandang aku dengan penuh berharap

"tak boleh la , malam ni saudara saya datang . esok la k"

"alaa saya cuti 3 hari je tau , lusa saya dah balik " di muncung bibir dia

"ye sy tau , saya janji malam esok . jangan la merajuk . pleaseee" aku cuba memujuk

aku ada 3hari nak tatap muka dia tapi tengok muka merajuk dia sekarang tak sanggup buat dia hampa

"yela yela , jom keluar ."

"awak tak letih ke?"

"tak la kalau dengan awak" sweet je keluar dari mulut dia

selalu bila keluar mesti dengan kawan kawan yang lain tapi memandang kan hari ni hari raya pertama so memasing sibuk kat rumah .

sekarang hanya aku dengan dia , memang tu pun yang kami nak berduaan selagi ada peluang , kalau ramai ramai tak boleh manja manja kata dia

kawan kawan kami tak tahu kami macam ni , di mata dorang kami hanya kawan baik . and kami terpaksa berlakon bila dengan dorang . menyampah jugak kekadang bila tak boleh jadi diri sendiri

"esok nak pergi mana ?" dia mula kata , tasik di depan kami terbentang luas

"tak tau , dorang ada ajak keluar tapi tak tau pegi mana . kenapa?"

"ohh , jangan pagi sangat sebab saya kena hantar sepupu pegi airport" dia buang rumput kering yang terbang hinggap atas paha aku

"takde la pagi sangat , tahu kan mamat mamat tu susah bangun pagi" aku balas dengan ketawa

kami diam nikmati pemandangan petang , rasa tenang diri bila berteman macam ni . biasa la , 3,4 bulan sekali baru boleh jumpa , bila ada berkepit je .

"kan bagus kalau hari hari macam ni dengan awak" dia genggam tangan aku tak peduli dengan orang lalu lalang

"dah awak pergi kerja jauh sangat"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 20, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Kita.. Where stories live. Discover now