bab4

16 0 0
                                    

"Iiiniii ggambbar aiiimann!,wush ttak mungkinlah,kenapa ada gambar aiman pulak,tak masuk akallah,ish tak tak,mesti halusinasi aku je.."

Mungkin wany hanya menganggap mural itu hanya satu khayalannya,tapi siapa tahu kebenarannya?

Wany meneruskan langkah sambil dijunjungnya kamera,berharap akan ada sesuatu yang menarik menanti.

Wany:okay,skarang saya dah smpai tingkat 12,setakat ni tak de apa apa respons lagi,jadi kita tunggu jelah...
Uish sejuknya kat sini.. (Wany cuba berinteraksi dengan penonton rancangan laman webnya yang akan dimuat naik nanti.)

Ookk..hello,ada sesiapa?jika kamu sedang saksikan saya,boleh kan kamu memberi sedikit gerak balas yang menunjukkan kamu ada? (Wany terus sedia upaya berkomunikasi dengan entiti yang mungkin berkeliaran sekililingnya.)

Selang beberapa minit,meter penunjuk entiti menunjukkan bacaan yang agak tinggi. Dalam keadaan itu,wany mula berasa teruja dan dapat merasakan inilah yang dikatakan PARANORMAL.

Secara tiba tiba,ada satu bunyi yang mengejutkan wany,dengan segera naluri kata hatinya menyuruh dia mencari punca bunyi tersebut.

Alangkah hampanya wany apabila ia mendapati bunyi itu datang dari kerusi roda usang . wany tidak memandang serius hal itu,fikirnya mungkin kerusi roda itu jatuh disebabkan angin.

Tetapi,waktu wany ingin keluar daripada ruangan tersebut,entah kenapa bahagian belakang badannya terasa berbahang dan memaksa wany menoleh ke belakang.

Wany hampir pengsan apabila dia terlihat seraut wajah yang amat hodoh dan meloyakan. Sememangnya itu adalah wajah milik makhluk halus yang menetap di situ.

Wany ingin menjerit sekuat yang termampu,namun apakan daya,mulutnya seolah-olah terkunci dan tidak mampu bersuara walau sepatah perkataan.

Wajah itu terpamer dengan kesan luka yang banyak,mulut yang dijahit berlumuran darah pekat. Ulat ulat kecil melengkapi wajah itu bagi menambahkan faktor seram..

Tangan wany juga kaku,pandangannya terhadap wajh itu tidak berpaling. Hampir pitam wany merenung wajah itu.

Kebetulan,kayrie ternampak tragedi yang berlaku terhadap wany. Pada waktu itu,kayrie dalam perjalanan ke lobi untuk menggantikan bateri lampu suluhnya.

Kayrie:ya allah wany!apa kau buat kat sini kenapa kau nangis ni,?!hah jawablah!

Wany:kayrie!!akku takuttt(menangis teresak esak) aku takut ,aku nak balik!aku tak nak duduk sini lagi!!

Kayrie:takpa,jangan takut,aku ada ni,ceritalah kat aku apa jadi?!jom kita turun,kita teman tajul kat bawah ok?

BLOK OCT9Where stories live. Discover now