D8.mp4 oleh Kay Khairil

26 2 0
                                    

D8.MP4

Hampir tiga hari berlalu, awan mendung masih lagi menyelimuti ruang langit di Cyberjaya. Keadaan rumah kami sangat suram dan sunyi. Sesekali hujan rintik-rintik membasahi ruang teduh kami.

Ibu dan bapa aku masih lagi terkilan dengan apa yang terjadi pada kakak aku, Iman. Mayatnya yang ditemui terbujur kaku dalam keadaan mereput dan mengerikan telah menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Sebagai seorang adik dan kini satu-satunya anak yang ibu dan bapa aku masih boleh bergantung; aku telah mengambil keputusan untuk tidak berdiam diri. Berbekalkan kunci pendua rumah kondominium arwah Iman, aku telah geledah setiap penjuru dan kawasan untuk mencari punca kematian. Tiada apa yang boleh dijadikan pembayang atau sesuatu yang boleh membuktikan bahawa Iman membunuh dirinya. Yang aku jumpa hanyalah telefon pintar milik arwah.

Sekarang aku sedang buntu. Sudah puas aku membelek dan menilik segala maklumat yang ada dalam telefon pintar arwah tapi tak jumpa apa-apa. Itu tidak termasuk dengan satu mesej WhatsApp yang arwah Iman terima sehari sebelum dia meninggal. Satu mesej yang agak ganjil dan asing.

Aku bertindak untuk tidak meneliti mesej itu. Ada baiknya aku mengheret Reza, yang kini bekas teman lelaki Iman untuk sama-sama menyiasat misteri ini.

“Hello, Reza?”

Tiada jawapan. Tapi kedengaran seperti sedang memandu. Selang beberapa saat baru ada sahutan. “Ya Izan, ada apa hal ni?”

“Kau tau kan aku tengah siasat pasal Iman? Boleh tak kau datang rumah aku kejap? Ada hal aku nak bincang…”
Dengan nada yang bingung, Reza menjawab. “Okay, I’ll be there in a minute.”

Sepanjang aku mengenali Reza, dia memang sentiasa terbuka hati untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Arwah kakak aku sangat beruntung dapat berkenalan dengan lelaki seperti Reza. Rajin, baik hati dan tak banyak soal. Walaupun bekerja sebagai pereka grafik, dia masih lagi mampu meluangkan masa dengan kakak aku.

Sementara menunggu kedatangan Reza, aku harus mandi dan bersiap. Aku tak mau perangai buruk aku diketahui orang lain. Cukup hanya ibu dan bapa aku sahaja yang memahami diri aku yang sebenar. Aku tak macam kakak aku yang rajin mengurus diri, bersolek semua. Aku cuma wanita biasa yang selesa dengan penampilan yang sedia ada.

Tak sampai beberapa minit selepas aku selesai bersiap, Reza pun sampai ke rumah aku.

“Mana Uncle dengan Aunty?”, tanya Reza.

“Uncle dengan Aunty ke Johor. Tenangkan fikiran di sana.”

Aku pun terus bawa dia ke ruang tamu untuk berbincang perihal kematian Iman. Reza mendengar segala kenyataan dan maklumat yang aku rasa masih lemah untuk membuktikan yang arwah bunuh diri.

Reza syak yang Iman ada masalah di tempat kerja. Tapi setahu aku, Iman merupakan seorang pekerja yang baik. Arwah pernah ditawarkan untuk dinaikkan pangkat tapi ditolak atas alasan tertentu.

Pendapat Reza bagi aku sangat tak masuk akal. Apakah jenis masalah yang mampu memotivasikan seseorang untuk membunuh diri? Kalau betul Iman membunuh diri, kenapa mayatnya terbujur kaku dan mereput bagaikan dibomoh seseorang?

Bila aku sebut tentang bomoh, Reza terus kaitkan dengan pendapatnya tadi. “Mungkin ada rakan sepejabat dengan Iman yang menyimpan perasaan hasad dengki, mungkin ada kena-mengena dengan tawaran naik pangkat tu?”

Makin jauh pemikiran Reza. Pada saat ini aku dapat merasakan mungkin ada betulnya pendapat Reza tu. Aku terus teringat tentang mesej asing yang ada dalam telefon pintar Iman.

“Nah, ini iPhone Iman. Mungkin kau boleh sambung teliti setiap benda yang ada dalam telefon tu. Mana tau kau ada terjumpa sesuatu.”

Reza mengambil dan membelek telefon tu. “Okay, boleh lah aku cari contact rakan sepejabat Iman.”

D8.mp4Where stories live. Discover now