Rasa itu

12 0 0
                                    

       Aku menganggap hubungan aku dan dia ini sebenarnya 'hubungan yang tidak bernama' tapi jika di fikir dengan logik, betul dan mudah, kami adalah kenalan. Perkenalan yang tak sengaja dan tak di rancang. Perkenalan itu kembali bila secara tidak sengaja wujud hubungan dari pelbagai situasi dan menghubungkan aku dan dia kembali. Aku semakin mengenali dia. Tapi, akhirnya ia kembali seperti sedia kala dan tergantung begitu saja tidak membawa erti apa-apa. Ya Allah, kadang aku rindu dengan dia. Ada kalanya aku mahu dia ada di sini, tersenyum gembira melihat aku. Tapi, ada masanya aku tidak mahu dia ada di sini kerna aku takut dengan segala kemungkinan yang menyakitkan. Dia tidak terkesan dengan kehadiran aku. Ya, itu betul! Dia tidak menunjukkan sebarang reaksi jika aku tersenyum kepadanya. Dia buat aku seperti orang yang baru pertama kali dia jumpa dan kenal.

'Bumm!'
Eh, hujan dah berhenti turunlah. Sejuk sikit bila dah pasang kipas. Rasa kantuk dan tidak tahu nak buat apa dengan situasi selepas hujan yang nyaman nie. Tetapi, tidur selepas waktu Asar itukan tidak baik. Orang tua-tua kata, ia melemahkan otak dan membuat otak jadi tak betul. Hahhaha...

     Selepas hujan turun, pelangi muncul menceriakan alam. Begitulah juga dengan kehidupan manusia. Setiap apa yang telah terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Setiap kesedihan pasti ada kegembiraan. Kehidupan ini tidak sentiasa gelap dan suram. Ia pasti punya warna warni untuk menceriakannya kembali. Begitu juga sebaliknya, dalam kita meniti jambatan kebahagiaan dan kegembiraan, kita pasti akan melalui jalan kedukaan dan keperitan. Semuanya perlukan masa - samada lambat atau cepat!

Entah kenapa, setiap kali hujan turun, automatik dia akan jadi sentimental pulak. Dia kena sumpahan hujan ke apa? Haih... Kadang2 penat la melayan perasaan yang tak pernah nak habis ni. Macam tidak akan ada penghujungnya. Asyik benda yang sama dan sakit yang sama. Ada waktu ketika rasa fed up pulak sebab taktau macam mana nak tamatkan rasa itu. Tapi, semua itu kan datangnya dpd Allah swt. Siapalah diri ini tuk pertikaikan ketentuan-Nya. Sakit itu juga datangnya dari Dia. Hurm...

Dan ketika ini, ingatan ini terlayar mengingati arwah. Ya Allah, sesungguhnya dia rindu akan arwah bapa. Sakit itu... sudah terlalu lama di pendam di lubuk hati sehingga dia tidak tahu mahu ungkapkan bagaimana untuk melepaskan rasa yang berbuku di dalam hati. Ada ketika, bila rindu mengetuk tangkai hati, peritnya menahan sakit tak terungkap. Hanya air mata yang merembes laju di pipi menemani dia. Ada ketika, air mata tidak mahu keluar tapi itu lebih menyakitkan. Bak kata orang, 'menangis tak berlagu'... Mencucuk2 hati yang semakin rapuh kerana menanggung rindu yang mendalam.

Ya Allah, bagaimana untuk dia ungkapkan rasa itj agar tidak semakin memberat di dalam jiwa. Dia tidak mahu menjadi manusia yang lemah. Dia tidak mahu menjadi hamba yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan walau pun Allah ambil sesuatu yang berharga daripadanya. Dia redha. Betul, dia redha dengan semua yang menimpanya. Tetapi, ada waktu dia kalah dengan perasaan rindu yang tertangguh dan sakit yang mencengkam di jiwa. Dia terlalu ingin menatap wajah insan yang dia rindui itu. Allahu...

'Aku harus kuat... '

Ya, ayat inilah yang seringkali di ucap untuk memujuk rawan di hati. Dan seperti ada kuasa, selepas mengucapkan ayat ini, dia kembali waras. Terbangun daripada lena yang menghanyutkan jiwa dan perasaannya.

Saat ItuWhere stories live. Discover now