Karamah Syeikh Sayyidi Ahmad Badawi

396 45 0
                                    

Karamah lahiriah bukanlah satu-satunya ukuran tingkat kewalian seseorang, tetapi tidak ada salah disebutkan beberapa karamah Syeikh Ahmad Badawi sebagai bukti betapa hebatnya orang-orang yang hampir jiwanya dengan ALLAH ini.

Diantaranya seperti yang biasa kita dengar bahawa beliau ini sentiasa menutup wajahnya dengan kain dari pandangan manusia.

Dalam masa yang sama, ia mempunyai pengikut yang ramai.

Maka ramailah dikalangan orang-orang yang berhasad dengki, mengadu kepada pemerintah bahawa Syeikh Ahmad Badawi mengamalkan ajaran sesat, sebab itu dia menutup mukanya.

Sultan yang memerintah ketika itu memanggilnya ke istana untuk mengetahui dalam beberapa perkara dan memaksanya membuka kain penutup mukanya.

Bila sahaja dibuka kain tersebut, memancarlah cahaya dari wajahnya yang sangat menyilaukan pandangan.

Tahulah Sultan bahawa beliau adalah wali Allah. Setelah itu diketahui rahsia cahaya mukanya adalah kerana dia beramal dengan selawat yang dikenali selepas itu dengan ‘Selawat Badawi’.
Pernah dinaqalkan oleh guru ana akan kisah ini.

Pernah seorang muridnya meminta untuk melihat wajah beliau.

Lalu dikata Syeikh Ahmad Badawi. Jangan nanti kamu tak kan mampu tahan untuk memandang wajahku.

Kata muridnya aku yakin aku mampu dan apa yang jadi aku tanggung.

Maka dibukalah lalu, selepas melihat wajah gurunya jatuh pengsan muridnya lalu meninggal. Selepas dari itu tak siapa pun dapat melihat wajahnya lagi.

Wallahu'alam.

Islamic StoriesWhere stories live. Discover now