✍Prolog✍

15.6K 90 3
                                    

👀Jumaat:640pm👀
"Wey,sekarang pukul berapa?"Aku pandang Arieana.Tapi kiteorang member-member rapat panggil dia Arie je.Or babi,wey,oi,woi pekak.

Biasalah member kamcing, mana nak panggil nama yang parents dia dah bagi sedap-sedap dekat anak diaorang.
Tapi,kalau dah kau panggil banyak kali,kawan kau still tak dengar,last² nama bapak yang keluar.Padan muka.

"Dah pukul 6:40.Dah nak dekat habis sekolah dah."Arie jawab soalan aku sambil main telefon.Aku ni pantang gak bila orang cakap tak pandang muka.Tu belum kira lagi dia balas lambat or PALAU!Tapi takpelah,aku pun malas nak keluar bahasa celaka.

"Aku balik dululah,nanti kalau ada member-member mak aku nampak mati aku wey.Bye.Jumpa esok kalau kau hidup lagi."Aku bangun dan terus bla dari situ.

Engkorang mesti pelikkan?Kenapa aku takut kalau member-member mak aku nampak.Kalau yang dah tahu kenapa tu,means dia pun samalah dengan aku.Geng CARI PENGALAMAN PONTENG SEKOLAH.Ni first time aku ponteng sekolah.And yang paling membanggakan lagi,aku baru form1.Tak sampai pertengahan tahun aku dah ponteng sekolah.Malas aku nak cerita dengan sapa aku ponteng.Adalah senior laki 2,3 orang and yang lain member aku.Tak ramai pun.Kalau ramai² memang kantoi ah nanti.

Aku malas nak cerita pasal apa aku buat waktu ponteng sekolah.Yang pasti,aku tak buat MAKSIAT.Member² aku tu lantak diaorang lah.

Okey stop cerita pasal ponteng tadi.Nanti fikiran aku melayang pulak otw nak balik ni.Tak pasal² aku mati kena langgar kereta.Sia² aku hidup tak sempat nak bertaubat.
K,aku dah sampai rumah.Rumah aku ngan sekolah tak jauh pun.Dalam berapa puluh meter je.

Aku terus masuk bilik and cari handphone.Normal lahkan budak remaja baru nak up.Sentiasa lekat dengan handphone.

Waktu ni zaman tak canggih lagi.Belum ada LRT or MRT.And belum ada Grab or Uber.So handphone aku,aku gune Nokia asha 3310.Yang legend je tahu.Handphone ni xde instagram,Twitter or mobile legend.Just ada WhatsApp,wechat, YouTube and yang pasti xde GooglePlayStore.

Hah, budak² yang acah hipster tu mesti pelik macam mana aku boleh hidup dengan handphone yang xde playstore?Habis nak download semua apps and games kat mana?

Ehh come on lah.Kiteorang yang guna handphone x seberapa canggih ni pun,otak kiteorang canggih okey.Zaman ni IT dah wujud.Pandai²lah guna internet.Bodoh.

👀Malam:1040pm👀
Siapa sangka,waktu aku tengah happy² gile tak ingat dunia.Tak ingat tuhan.Benda yang paling aku takut sekali tetibe je datang.Benda tu namanya MASALAH.Orang yang acah alim akan cakap itu ujian Allah.Tapi orang macam aku,akan cakap ni semua bala,malapetaka,balasan bla bla bla.Dan aku pun x sangka,itu akan jadi kali pertama dan terakhir aku ponteng sekolah di zaman sekolah menengah.Hidup aku mula berubah.Aku juga mula berubah.Tapi ketakutan dan ingatan tu masih ada.Ini adalah katakutan dan kelemahan aku.

ExplotaciónTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang