BUDAK MENTAH

176 3 0
                                    

♡1♡
******

        AMANAH yang sebegitu besar itu tidak akan dipandang remeh olehnya. Apalagi di dalam hal bab sebegini. Lagi pun bukannya hal orang lain. 

"Ali hendak emak tahu satu perkara!"
"Tapi...Emak janganlah terkejut pula!"

Mak Su Timah memandang kepada Ali dengan sedikit berasa hairan. Dia menerima kata kata Ali itu sebagai satu gurauan. Lalu dia berbunyi dengan berkata kepada anak lelakinya itu.

"Banyak benar cerita engkau!"
"Apa ceritanya...Ali?"

Tanya Mak Su Timah sambil sedikit cengeng pula bunyinya. Ali tidak terus menjawab tetapi sebaliknya dia pula memandang kepada Ibunya itu. Sebentar kemudian barulah dia berbunyi menjawab pertanyaan Orang Tuanya itu seraya bertanya.

"Kalau Ali bagi tahu emak, Ali hendak menikah...macam mana?"

Terpancul kata kata itu terbit dari bibir mulutnya sambil sedikit berlinang air matanya. Mak Su Timah berubah air mukanya seketika bila terpandang perubahan sikap pada anaknya itu. Ali bagaimana pun, tetap cuba bersikap tenang, walau di dalam hatinya terkesan sebegitu rupa sejak sebelum ini. Mak Su Timah yang membisu sedari tadi, tiba tiba berbunyi dengan bertanya sambil berkata kepada anak jantannya itu.

"Apa...Engkau dah fikir habis habis ke, Ali?"
"Mak, bukannya apa...tidak!"
"Mak khuatir, kalau kalau engkau tersalah pilih aje!"
"Tapi...Engkaulah, yang lebih tahu lagi!"

Kata Mak Su Timah sambil perlahan saja bunyi suaranya. Kata kata Ibunya itu membuat Leftenan Ir ( B ) Syed Akhbar Ali Husain Bin Syed Ali Akhbar Husin sedikit berfikir pula. Dia tahu dan dia juga cukup sedar yang selama ini, hati Orang Tuanya itu sering merasa gelisah dan tidak senang duduk selama dia bergelar seorang Anak Pertiwi. Namun apalah dayanya lagi, jika inilah Suratan Takdir baginya, yang mungkin barangkali dia bakal menemui jodohnya di sini. Ali merenung ke seraut wajah Ibunya itu untuk seketika. Kemudian dia berkata lagi sambil bertanya pula kepada Ibunya.

"Jadi...Emak tak ada halanganlah?"
"Ali, bukan apanya...Cuma nak emak restukan kami aje!"
"Bagaimana fikiran emak pula?"

Katanya sambil sedikit teragak agak saja bunyinya. Timbul pula sedikit perasaan segan kepada Ibunya itu di ketika ini. Ali cuba bertegas pula sementara Ibunya dapat menangkap maksudnya itu sebentar tadi.

"Emak ni...Ali!"
"Kalau ikutkan emaklah..."

Kata kata itu sedikit terketar ketar sambil keluar dari bibir mulut Ibunya. Ali memerhatikan kepada Ibunya dengan sedikit berperasaan pula di ketika ini. Dia bimbang kalau kalau permintaannya kali ini bakal mengecewakan hati orang tuanya itu. Sudah lama dia memendam perasaannya itu daripada pengetahuan Ibunya. Sekali ini, barulah dia merasa yakin serta berani hendak berterus terang. Itu pun, setelah jenuh mendapat nasihat daripada Ayah Ngah Awang di Kampong Seberang Tok Haji Serban. Ali berpaling memandang ke jendela sambil fikirannya jauh menerawang ke halaman kenangan sewaktu dia pernah bersama Cik Siti Hairayan ketika dia bertugas di Kem Bt. 18, Sungai Buaya di sana dahulu. Dia, sambil itu membuang pandangannya seketika, jauh jauh. Kemudian lekas lekas dia berpaling memandang kepada Ibunya semula. Risau pula dia kalau kalau Ibunya itu mengetahui cerita di sebalik sejarah hidupnya dulu. Tapi bagaimana harus Orang Tua itu mendapat tahu. Ali, sejak sekian lama, optimis untuk memiliki seorang isteri yang baik dari segi paras rupa dan mulia pula budi pekerti serta tingkah lakunya. Itulah pesanan terakhir Ibunya, sebelum dia membuat keputusan untuk bersara awal daripada perkhidmatan, Rejimen Infantri Tentera Udara DiRaja British baru baru ini. Kelihatan Mak Su Timah Ibunya, sedikit sugul mengiringi berita yang disampaikan anaknya sebentar tadi. Dia tahu Ibunya itu, sudah pastilah merasa terkejut apabila dia meluahkan hasrat hatinya sebentar tadi. Dan dia tidak pula berniat tidak elok, atau menyembunyikan apa apa daripada pengetahuan Ibunya. Lagi pun, selama hayatnya, tidak pernah sekali pun dia bercakap dusta terhadap orang tuanya itu. Kali ini, Ali cukup terasa, seolah olah satu bebanan berat tergalas di bahunya. Selama ini, segala keganasan tidak sedikit pun menggentarkan hatinya. Tetapi sekali ini, lain benar pula perasaannya. Seakan, ada sesuatu yang cuba menghalangnya daripada meneruskan kata kata. Seketika, Ali pun berkata, sambil cuba memujuk Ibunya agar dapat memahami isi hatinya.

"Tapi Mak! Dia, seorang yang baik! Ali dah lama kenal dengannya. Keluarganya juga, melayan Ali dengan baik!"

Pujuknya kepada Orang Tuanya itu.

"Mak, faham sangat...Ali!"
"Bukan kata, Mak tak nak ambil peduli...tidak! Engkau, pun tahu...kan!"

Balas Mak Su Timah pula seakan menyedarkan anaknya itu. Dia harus berhati hati kali ini. Dia tidak mahu Ali bersikap tergopoh gapah di dalam hal sebegini. Ali memandang seketika kepada Ibunya. Sebentar dia berkata lagi.

"Bukan ke...Mak juga yang berpesan, itu hari!"
"Habis...sekaranglah waktunya!"
"Ali betul betul bersedia, sekarang...Mak!"

Kata katanya itu membuat Mak Su Timah terasa hiba pula. Dia cuba untuk menyelami perasaan hati anaknya. Dalam pada itu, dia tidak mahu memperkecilkan hasrat hati anak sulongnya itu. Lama dia menelaah di sebalik kata kata Ali itu tadi. Dari firasat seorang Ibu, dapat dia menelah perasaan hati anaknya itu. Naluri seorang Ibu tidak pernah berkata dusta, apalagi berkhianat. Mak Su Timah memerhatikan Ali untuk seketika. Jauh di sudut hati tuanya, seolah olah mengiakan apa yang diperkatakan anaknya itu sebentar tadi. Perkara sebegini bukan perkara mainan. Dia perlu membawa berbincang dengan Ayahnya terlebih dahulu. Syed Akhbar Ali Husin sejak petang tadi lagi telah turun ke Bandar Kuala Tanjung.
Katanya, hendak berjumpa kawan. Sampai sekarang, belum juga pulang. Semenjak bersara daripada tugasnya di dalam Jabatan Perkhidmatan Awam, Syed Akhbar Ali Husin tidak pernah reti duduk diam.Ada saja kerja yang hendak dibuatnya. Tidak pernah melekat di rumah. Jika ada sekali sekala anak cucu pulang ke sini, tahu pula dia duduk di rumah. Kalau tak, payahlah dapat melihat batang hidung Orang Tua itu. Ali sendiri pun, bukan mudah hendak bertemu dengan Ayahnya itu. Jika dahulu, dia terpaksa benar untuk bertemu mata dengan Orang Tuanya itu. Tidak ubah, macam masuk prosiding pula. Urusan Mahkamah pun, tidak sepayah begitu sekali. Apa ke menda yang Ayahnya sedang merancang, entah ler. Dengarnya, Orang Tuanya itu ada membeli sebidang Tanah di Ulu Kuala Dayung sana. Untuk memelihara lembu kerbau dengar ceritanya. Ali tidak pernah pula cuba mengambil peduli perihal Orang Tuanya itu. Bukan dia tidak tahu, sengaja dia begitu. Lambat laung, adalah Ayahnya mengajak dia berbincang dengannya nanti. Memang dasar Orang Tuanya itu, memang begitu. Kecil katanya, maka kecillah kata kita. Cakap anak anak, tidak pernah hendak diendahkannya. Sedari dulu lagi dia begitu. Setelah lama Ali duduk mengelamun, tiba tiba Mak Su Timah berbunyi suara dengan berkata kepada anaknya itu.

"Ehem!"
"Nantilah...Mak ajak Ayah engkau berbincang. Kalau ya pun, engkau bersabar ajelah dulu!"
"Mak rasa...tak ada masalahnya!"

Akhirnya Mak Su Timah seakan mematikan ayat sebegitu kepada anaknya. Ali memandang kepada Ibunya dengan penuh pengharapan. Dalam pada itu, di hati kecilnya ada bagai berkata sambil membisikkan ke seluruh jiwa raganya, takkan lari gunung dikejar. Ali memerhatikan seketika jam di dinding.Sudah hampir ke pukul 9.00p.m. Terlintas pula dia kepada Ayahnya yang belum juga lagi pulang. Sebelum beredar dari situ, sempat pula Ali bersuara dengan berkata kepada Ibunya.

"Mak! Anak lelaki Mak hak ni satu...dah besar panjang dah sekarang!"

Ali berbunyi sambil menanti serta melihat riaksi Ibunya pula.

"Oo...Sudah besar ya?"
"Nanti...tahulah engkau Ali! Macam mana rasanya!"
"Mak bukan apanya...mengingatkan aje!"

Kata kata Mak Su Timah itu sedikit berbaur dengan hati dan perasaan tuanya di saat ini. Ali sudah berlalu sambil menuju masuk ke dalam biliknya. Mak Su Timah memerhatikan kepada anaknya itu. Dia cukup sedar, anak jantannya itu sudah besar panjang sekarang. Hatinya terdetik bagai berkata begitu. Sengaja dia tidak memperlihatkannya kepada Ali. Ibu mana tidak mahu anaknya hidup bahagia.

IZINKAN AKU PERGIWhere stories live. Discover now