SUATU ANGAN YANG PASTI

30 1 0
                                    

♡3♡
*****

TIGA TAHUN BERLALU.

        TEMPAT jatuh lagikan dikenang. Inikan pula tempat bermain. Syed Ali Akhbar dia sekarang ini lebih menjurus ke arah untuk membentuk satu pakatan membina sebuah kumpulan kecil bagi sebuah penempatan baru tidak jauh dari sini. Angin baru di sebuah desa terpencil sebegini kini seakan memberi sedikit nafas baru pula bagi dirinya di sini. Ali dia bukanlah orang asing di sini. Seorang anak muda yang telah jenuh bergelumang dengan selut lumpur di desa ini di suatu ketika dahulu. Kini dia Ali tidak mungkin berpaling lagi dari satu kenyataan bahawa hidup mati dirinya di sini bakal merubah segala keseimbangan hidupnya bersama berserta seorang Isteri tercintanya itu.
        Ali, dia di pagi ini sedang, berada jauh daripada kampung halamannya kerana, ada turut sama menyertai di dalam satu kursus pendek, untuk 3 hari di Bandar Tok Husin, Ipoh, Perak D.R, di sini. Kursus Asas Kawalan Keselamatan Bagi Kanak Kanak tersebut dianjurkan oleh sebuah badan pertubuhan sukarelawan yang telah berdaftar beribu pejabat serta ada terletak di tengah tengah Pusat Bandaraya Ipoh Darul Redzuan ini di sini sejak semalam lagi. Ali tidak perlu memilih bidang kerjaya yang bakal dia ceburi itu nanti kerana memang dasar peruntukan yang sedia ada sudah pun begitu mencukupi bagi memenuhi keperluan tuntutan hidup dirinya selama ini. Dengan adanya Sistem Jaringan Pemilihan & Pelantikan Kakitangan Dan Serta Pekerja telah menjadikan pesara pesara seperti dirinya sudah tidak  menghadapi sebarang masalah seperti dahulu lagi. Pihak Kerajaan semasa kini ternyata begitu berkesan dalam mengriformasikan suatu sistem yang cukup menyeluruh bagi tuntutan tersebut. Ali juga amat beruntung dia bilamana dirinya telah pun terpilih untuk menganggotai sebuah badan pertubuhan sukarelawan seperti STATE ini. Badan itu juga telah pun terbukti begitu mampu dalam merialisasikan segala Wawasan Negara untuk melihat lebih ramai Anak Watan di negeri ini berjaya menjawat sebarang jawatan yang sedia ada. Sistem Jaringan Jalinan Penjawatan Khusus yang sedang beroperasi pada ketika ini turut dilihat begitu berjaya dan serta juga mampu pula bagi mengisi sebarang kekurangan dan kekosongan yang ada ditinggalkan atau mahu pun untuk sebarang jawatan baru jika ada. Kursus yang disertainya itu sedikit sebanyak mampu memberi peluang dan kesempatan bagi dirinya bercampur gaul dan serta berkenal mesra bersama peserta peserta lain di sini. Ali ternyata begitu kekok pula dia kelihatannya.
        Penat badannya masih lagi terasa. Ali sambil duduk di sebuah bangku sambil ralik pula dia sedang membaca akhbar di situ. Pagi ini malas pula dia hendak ke mana mana. Jika biasanya ketika waktu begini dia akan ke pasar untuk mencari sedikit ikan sayur. Di petang hari nanti dia akan ke Taman Haji Idris untuk bertemu seorang kawan. Ali dia memerhatikan seketika jam ada di tangannya. Sudah hampir ke pukul 9.00a.m. Memandangkan pagi masih awal lagi jadi Ali dia ada bercadang menghubungi seorang kawan lainnya untuk datang ke mari. Dia pun mendail ke nombor telefon milik kawannya itu sambil seketika. Setelah selesai berbual sebentar dia pun off telefonnya kembali. Ali pun lalu berlalu pergi sambil menuju ke bilik mandi. Setelah mencapai sehelai tuala yang tersangkut di sebatang galah kain lalu dia pun menuju ke perigi. Air perigi sejuk sekali. Ali sudah agak lama juga dia tidak merasai mandi air pancuran di tepi perigi. Dulu ketika dia di zaman kanak kanak dahulu dialah sering mandi air pancuran yang telah dibina oleh Ayahnya di sini. Belang mandi belang dia mencuci badan. Sabun disapu ke tubuhnya yang sedikit berisi itu sejak dia sudah bernikah. Gembira hatinya sambil mandi air pancuran. Selesai saja mandi Ali pun berjalan masuk ke rumah sambil menuju ke biliknya. Sekali ada seseorang memanggil mengeloi namanya dari arah luar. Selesai bersiap Ali pun terus meluru keluar. Kelihatan Safran sedang berdiri di situ sambil tercegat dia ada di situ.

"Eh! Dah lama menunggu?"
"Alah! Sorry ler..!"

Safran tersenyum dia sambil mendengarnya. Dia pun berbunyi.

"Ah! Tak apanya! Biasa...ah!"
"Engkau, camna...dah siap?"

Balas pula kawannya itu. Ali dengan sedikit tergesa gesa dia pun terus mendapatkan kawannya itu. Sebentar kedua dua mereka sudah pun di dalam perut kereta sambil Safran kawannya dengan perlahan saja dia memandu kenderaan miliknya itu. Cadangnya mereka berdua di ketika ini mahu ke sebuah pusat membaikpulih kenderaan yang ada terletak tidak jauh berhampiran Pasar Besar Haji Hasan Husin sana. Di sebelah petang pula nanti mereka berdua akan ke Kampong Nyiur Manis untuk menjemput Fuad kawannya itu.
        Hampir jam 6.00p.m kelihatan Ali dan Safran serta juga Fuad sedang berada di dalam sebuah kenderaan sambil menuju ke arah utara. Mereka bertiga sebenar di dalam perjalanan untuk menuju ke sebuah pusat menjual barangan alat ganti kenderaan yang terletak tidak berapa jauh dari situ. Seketika memandu mereka pun sampai. Kelihatan seorang Cina tua sedang duduk sambil berehat di atas sebuah kerusi malas yang ada berhampiran di tepi pintu masuk di situ. Sejurus keluar dari pintu kereta mereka semua terus berjalan menuju ke Kedai hardware itu.

"Halo...tauke! Saya mahu cari itu spare part...ada ke?"
"Alternator murah murah! Ada, ke?"

Ujar Ali sama seorang lelaki Cina yang ada sedang berdiri sambil di hadapan pintu kedai. Dia memandang seketika kepada Ali sambil seakan memikirkan sesuatu. Sebentar dia berkata kepada Ali dengan bertanya pula.

"Lu! Ha! Kalau, mahu itu barang baik penye! Elok, lu angkat...original penye!"
"Lu tau!"

Ali menggaru kepala dia seketika mendengarnya. Sebentar Ali bertanya.

"Kalau yang baru...berapa harganya?"
"Mahal tak?"

Tanya Ali kepada lelaki Cina itu.

"Oo...tak mahal mana! Adalah, lebih kurang RM200.00 aje!"

Jawab lelaki Cina itu pula. Ali tanpa bertanya apa apa lagi dia pun terus bersetuju membelinya. Setelah selesai membayarnya Ali dan kawan kawan yang lain pun terus beredar dari situ. Fuad sambil berjalan dia bertanya kepada Ali.

"Apa...engkau nak buat dengan menda tu?"
"Engkau...mana ada kereta rosak?"

Tanya Fuad sambil sedikit hairan. Safran sebentar dia pun berkata.

"Ahha! Ya tak ya, pun!"
"Hairan pula, Aku...dengan engkau?"

Safran pula mencelah sambil berkata kepada kawannya itu. Ali tersenyum dia seketika. Dia pun berbunyi.

"Alah! Aku ada idea baik, penye! Engkau orang...mana tau!"

Balas Ali sambil selamba sahaja dia bunyinya. Safran dan Fuad mereka berdua saling berpandangan jadinya. Sedangkan mereka sendiri tidak pasti apa yang mereka hairankan.

       
       

IZINKAN AKU PERGIWhere stories live. Discover now