"Cikgu Lisa"
Cerita ini berlaku semasa aku di tingkatan 2,
Cikgu Lisa bertanya kepada aku sama ada, ada atau tidak cikgu yang tidak hadir pada hari ini..
Aku cuba mengingati kembali. "Ada cikgu Siti Z. Dia tak datang hari ni cikgu".
Cikgu Lisa"Bagus. Cikgu nak minta tolong kamu sikit ni. Tolong cikgu kemas bilik SPBT. Tolong lap tingkap kat sana kotor sangat cikgu tengok".
Aku dengan hati yang berat mengiyakan saja.
Aku
"Tapi cikgu, saya nak ajak kawan boleh? ".
Cikgu Lisa
"Okey, tapi ajak ramai sikit ye.. ".
Aku
"Ala ramai sangat tak best lah.. ".
Cikgu Lisa"Jangan, nanti kamu yang susah".
Aku akur dangan kata cikgu. Tetapi aku sedikit pelik dengan kata² cikgu. Muka cikgu pon macam pucat. Tak sihat kot.
Aku naik ke kelas untuk mengajak kawan ku untuk membantu ku mengemas.
Aku, Soleha, Najiha, Zarika, Siti, Najwa dan Maslinda kawanku dari kelas sebelah pon aku ajak. (HAHA keras).
Sampai sahaja di sana,aku menyuruh mereka buat apa yang mereka nak buat. Tapi jangan nak lepak² plak. Bukan boleh caya diaorang ni. 😒
Zarika dan Soleha mengambil air untuk mengelap tingkap. Aku mengambil beberapa helai kain buruk di dalam bilik SPBT.
Pada mulanya, aku hanya mengelap tingkap kaunter di dalam sahaja kerana kaunter yang di sebelah luar ade besi yang berkunci.Soleha suruh aku lap tingkap kaunter dekat luar, sebab aku sorang je yang tahu kunci mangga yang kat luar tu.
Untuk buka kunci mangga itu kena naik kerusi baru sampai nak buka. Jadi,aku carilah kerusi dan buka mangga tu.
Mangga dah buka tinggal nak tolak besi tu je. Ok, problem. Sebab besi tu ketat gila susah nak tolak. So, aku buat keputusan untuk mengelap tingkap melalui lubang² pada besi.
Semasa aku tengah lap tingkap tu. Aku 'ternampak' macam ada bayangan perempuan berbaju kurung merah jambu dan tidak memakai tudung di belakang. Macam Cikgu Lisa. Aku toleh ke belakang tapi tiada orang. Aku sambung balik kerja aku.
Selepas itu, aku 'terdengar' suara halus. Betul² sebelah telinga aku. Aku dengar orang sebut "Jangan". Bulu roma aku dah berdiri.(Ustaz aku kata kalau pergi suatu tempat, pastu bulu² roma kau semua tegak ada 'benda' lah tu.) Aku tolehlah belakang takda orang. Kawan aku, Najiha keluar.
Najiha
"Kau asal? ".Aku
"Takde".Najiha
"Cakap jelah".Aku
"Ade orang cakap dengan aku".Najiha
"Sape? ".Aku
"Tah".Najiha
"Main² lah kau".Dia pergi meninggalkan aku di luar. Aku melihat sekeliling. Memang tiada orang. Member aku semua di dalam. Aku sorang saja di luar. Aku pon ape lagi aku campak kain tu masuk baldi, larilah masuk join diaorang kat dalam. Diaorang terkejut melihat aku berlari.
Najwa
"Kau dah kenapa berlari? Nampak hantu ke? ".Aku hanya menggeleng kepala.
Zarika
"Asal kau tak tolak besi kat luar tu? ".Aku
"Tak boleh ".Soleha
"Sakai doh Haja ni buat muka awkward plak".Lain-lain
"Tah.. ".Aku
"Waktu rehat nanti kita bla ehh?".Maslinda
"K".Sampai sahaja di kantin aku mencerita kembali apa yang berlaku. Tetapi, mereka berkata mungkin hanya perasaan aku saja. Aku hanya mengiyakan sahaja.
Selepas rehat, aku mengajak Soleha menemani aku untuk memulangkan kunci bilik SPBT kepada Cikgu Lisa.
Soleha
"Wei? ".Aku
"Asal? ".Soleha
"Cikgu Lisa? ".Aku
"Iyalah. Kenapa? ".Soleha
"Cikgu Lisa kan dah mati bulan lepas sebab dia terjatuh dan kepala dia terhentak kuat kat depan kaunter bilik SPBT tu".Aku terdiam. Habis siapa yang mintak tolong aku kemas bilik SPBT takdi?...
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Hi guys, this is my first horror story so kalau story ni mcm bosan tu sorry lah k.
Insyallah, aku akn buat lgi story dan aku akn memperbaiki cara penulisan or (penaipan) aku. 🌸🌸
And also, doakn result PT3 aku..
Huhu~🌈
YOU ARE READING
Cikgu Lisa
HorrorCikgu Lisa telah ditemukan mati di hadapan kaunter Bilik SPBT akibat terjatuh dan kepalanya terhentak kuat pada lantai. Sejak dari kejadian itu, murid-murid sering "terserempak" dengan cikgu di kawasan sekolah. Kejadian yang telah berlaku sebulan le...