Part 1

782 16 2
                                    

My Destiny : Married to the Man like my father

Tasik yang mengalir perlahan itu aku renung kosong, tanpa perasaan, sehampa dan sebeku hatiku ini. Kicauan merdu burung2 pada petang itu sungguh tidak mampu meredakan gejolak perasaanku yang sedang menangis ini. Kalau diikutkan hati, mahu saja aku terjun ke dalam tasik dan melemaskan diri. Sungguh, mahu saja aku membunuh diri dengan pisau. 

Namun...aku masih punya kesedaran diri. Aku masih ingat apa itu dosa sekiranya aku membunuh diri dengan atau tanpa niat. Aku betul-betul seorang gadis yang sangat malang. Di usia yang baru menginjak 18 tahun, aku sudah tidak perawan.

"Ohh abang Fadz..!!"

Aku menitiskan air mata lagi. Nama lelaki itu terus-menerus meniti di bibirku. Wajah abang Fadz terbayang di ruang mata. Hanya dia seorang saja yang jujur dan begitu menghormati aku sebagai seorang perempuan.

Air mata yang mengalir di pipi aku sapu lembut. Jam di tangan sudah pun menunjukkan pukul 3.30 Petang. Aku terpaksa balik ke rumah sekarang sebab mami ada tetamu istimewa yang ingin diperkenalkan kepadaku. Aku sebenarnya tidak mengetahui siapakah tetamu tersebut. Seperti seseorang yang penting sahaja. Aku berjalan terhinjut2, tidak menghiraukan keadaan sekeliling ataupun mata2 jijik orang ramai yang melihat kecacatan kakiku.

Iya...aku gadis cacat. Kedua kaki kiri dan kananku tidak seperti orang lain. Aku tidak mempunyai jari2 kaki di sebelah bahagian kaki kananku, malah kaki kiriku juga sangat kecil. Aku berjalan sangat perlahan dan terjongket2.

Sudah aku jangka, mami sudah berdiri di depan pintu dengan tangan bercekak pinggang. Wajah marah mami memang sudah aku faham sejak dari dulu lagi. Mami memang seorang yang panas baran sejak akhir2 ini. Aku tahu, selepas ini aku akan menerima habuan kemarahannya.

"Parrpppp!!!"

Tangan mami laju saja melayang ke Pipi gebu aku. Aku meringis kesakitan. Terus berbekas kesan merah di pipiku yang kuning langsat.

"Dah petang baru ingat mau balik. Kau dah tau kita ada tetamu ni hari kan?"

Mami menengking lagi. Aduhh..perihnya hati aku ini. Sampai hati mami menengkingku di hadapan lelaki itu, tetamu yang tidak aku kenali.

"Maafkan Shaz mami, Shaz bukan lambat sangat balik pun."

Aku cuba mempertahankan diriku. Aku berjalan2 ke tasik pun tidak sampai satu jam. Aku memang suka menghabiskan masa duduk2 di tepi tasik apabila ada waktu terluang atau ketika aku berasa kesunyian.

Mami tidak menjawab, tapi raut mukanya yang merah itu sudah cukup menyakitkan hatiku. Hatiku semakin terhiris sebab mami tidak membantu aku menaiki anak tangga.

Di ruang tamu, dua orang tetamu memandangku dengan sorotan mata aneh. Seorang adalah lelaki yang berusia dalam lingkungan 50 tahun, dan yang seorang lagi wanita muda jelita namun kelihatan sombong.

"Apa khabar Shazlin?"

Lelaki yang sebaya dadi aku itu bertanya. Lelaki itu tersenyum merenungku.

"Cantik, dan masih muda remaja."
Desis hati lelaki itu. 

"Erkkk...baik uncle. Thanks."

Aku menjawab pendek. Lelaki itu kelihatan agak miang dengan matanya yang tidak berhenti2 memandang seluruh tubuhku. Aku mula berasa tidak senang hati. Kedatangan lelaki itu seolah2 satu malapetaka bagi aku.

Aku tersentak apabila mami mencubit tanganku tiba2.

"Shazlin, dia ni bukan uncle kau tapi bakal suami kau. Menantu mami."

Mami menatap tajam wajahku yang terkejut.  Aku tahu, wajahku sekarang memang berubah pucat tidak berdarah. Kata2 mami itu sungguh keterlaluan. Sampai hati mami menjodohkan aku dengan lelaki tua itu?

"Shaz tak setuju! Shaz belum mau kahwin lagi."

"Sudah! Mami sudah putuskan yang kau akan bertunang dengan Nico minggu depan."

Aku memandang lelaki yang bernama Nico itu, memohon simpati dan pengertiannya. Nico hanya tersenyum, langsung tidak menunjukkan reaksi menolak. Lelaki itu memang gatal dan miang di sebalik senyumannya. Aku betul2 hampa. Kenapa bukan mami saja yang kahwin dengan lelaki itu?

Oh Tuhan...
Begini kejam kah hati mami kandungku? Kenapa aku diperlakukan sesuka hati? Aku masih terlalu mentah untuk mengenal cinta dan berkahwin. Dan aku betul2 belum bersedia untuk memikul tugas sebagai seorang isteri. Tapi, apa yang lebih penting ialah aku tidak cintakan lelaki itu, Nico! Nico terlalu tua untuk gadis remaja 18 tahun seperti aku..

"Abang Fadz...pulang lah, Shaz need your help!"

Aku merintih dalam kesakitan dan kesedihan. Sekarang, tiada sesiapa yang akan menolongku, kecuali abang Fadz. Tapi..di manakah abang Fadz ketika aku betul2 memerlukannya?

Aku terkedu dan menangis panjang. Rupa-rupanya Nico adalah seorang duda kematian isteri yang memiliki dua orang anak. Anak sulungnya pula lebih kurang sebaya dengan aku. Bukan hal itu yang membuat kan aku terkejut, tetapi adalah cerita2 mengenai hutang lama keluargaku dengan si Nico itu.

Aku terkejut yang selama ini keluargaku mempunyai hutang sebanyak Rm 10 ribu yang belum dilunaskan kepada Nico. Dan setelah dadi meninggal dunia pun hutang tersebut belum juga dilangsaikan. Aku memang tidak mengerti hutang apakah sebanyak itu sehingga mami sanggup menjadikan diriku sebagai pertukaran.

Hatiku hancur, nilai Rm 10 ribu itu sama nilainya dengan harga diriku. Aku tidak mampu untuk menangis lagi. Air mataku sudah terlalu banyak tumpah dengan sia-sia. Abang Fadz yang aku berharap sangat untuk pulang ke kampung dan membela nasibku tidak pernah pulang menjengukku lagi.

Mungkin abang tiriku itu sudah bosan melihat dan menolongku? Sebab hampir setengah tahun berlalu abang Fadz masih juga belum pulang2 ke kampung. Telefon pun sangat jarang2, itu pun sekadar bertanya khabar sahaja.

To be Continue.....

LOVE POISONWhere stories live. Discover now