Part 3

1.9K 8 2
                                    

My Wedding Day : The Sad day in My Life

Esok adalah hari perkahwinan aku dan Nico. Aku sama sekali tidak gembira dengan perkahwinan ini. Namun Nico sebaliknya. Lelaki yang lebih pantas aku anggap sebagai dadi itu begitu teruja dengan penyatuan ini. Kami bakal dikahwinkan mengikut adat istiadat kampung. Kami tidak kahwin gereja sebab Nico pernah berkahwin sebelum ini.

Aku tidak menghiraukan bunyi bising di luar kawasan rumah. Orang kampung mula berkumpul di rumah untuk membantu dalam persiapan hari perkahwinan aku esok.

"Tok..tok.."

Satu ketukan kedengaran di pintu bilik. Aku cepat2 mengesat sisa air mata di pipi. Aku berjalan menghampiri pintu, lalu tombol pintu aku buka.

"Nico tunggu di bawah tu..cepat turun."

Mami merenung muka aku yang muram. Aku hanya mengangguk lemah. Mami beredar dari situ setelah memberitahuku kedatangan Nico. Aku mengambil beg tangan. Sejenak aku perhatikan penampilanku di hadapan cermin.

Aku boleh lah dikatakan sebagai seorang gadis yang cantik. Aku berkulit kuning langsat dengan tubuh badan yang sedikit montel dan berbentuk. Namun sayangnya aku ini tidak sesempurna gadis lain. Aku juga sebenarnya tidak faham kenapa Nico mahu berkahwin dengan aku? Cintakah dia kepada aku atau atas dasar kasihan? Atau Nico hanya menggunakan aku sebagai tempat pelepas nafsunya?

Aduhh...sungguh aku tidak dapat bayangkan apabila tidur bersama lelaki itu. Macam2 yang aku fikirkan, biasalah sebagai seorang remaja aku selalu dengar yang lelaki berusia ini kuat nafsunya. Wajah Nico yang miang itu sudah jelas memperlihatkan hasratnya terhadap gadis muda seperti aku.

Aku membuka pintu kereta Vios milik Nico lalu duduk di sebelah lelaki itu. Nico tersenyum memandang aku. Hari itu kami berdua akan ke bandar membeli beberapa barang keperluan perkahwinan.

Di dalam perjalanan, tiba2 Nico memegang tanganku. Aku terkejut dengan tindakannya itu. Wajahnya aku tidak berani tenung, sebenarnya aku geli melihat Nico. Handsome lagi dadi aku berbanding lelaki itu.

"Sayang...mana cincin tunang? Kenapa tidak pakai?"

Punyalah aku geli dan mahu muntah lelaki itu memanggil aku sayang. Buat apa juga aku mahu memakai cincin tunang itu?

"Aku simpan di bilik. Malas mau pakai."

Aku menjawab kasar. Aku tidak peduli langsung dengan Nico. Biarlah dia marah dan mengamuk, aku tidak peduli sudah.

Nico menghentikan keretanya tiba2. Lelaki itu merapatkan tubuhnya ke tubuhku. Perut buncitnya terus bersentuhan dengan pahaku.

"Hei...jangan nak menggatal di sini.."

Aku menolak tubuh Nico. Memang berat tubuhnya, bau badannya juga bikin aku terasa mahu muntah.

"I love you sayang. Aku betul2 suka kau ni..aku sudah lama  perhatikan kau. Kecacatan kau bukan masalah bagi aku, asalkan kau pandai layan aku di bilik tidur. Aku idamkan tubuh remaja kau, Shaz. Aku tidak sabar sudah  mahu tunggu malam esok."

Ucap Nico dengan mulutnya yang berbau asap rokok itu. Memang sah..lelaki itu gilakan tubuh remajaku yang masih bergetah dan segar. Lelaki tua bangka, miang dan ketandusan. Kalau tidak tahan itu nafsu, pergi saja sana kampung air. Ramai perempuan berbaris di sana sedia melayan 24 jam sehari.

LOVE POISONWhere stories live. Discover now