My Hero : A Man I has been Waiting for to Save my LifeAku menyingkap tirai jendela bilik yang berwarna biru laut, warna kegemaran aku. Tetamu masih ramai di kawasan rumah, muzik dan tarian memeriahkan lagi majlis perkahwinan aku dan Nico.
"Shaz.!Cepat sikit tukar baju tu."
Suara sepupu aku, Ita kedengaran di luar pintu bilik. Aku tersedar seketika dari lamunan.
"Kejap..nanti aku keluar."
Aku menjawab dari dalam. Meja solek di sebelah katil aku renung panjang. Aku membuka laci meja, dan mengambil sesuatu di dalam sapu tangan yang dilipat.
Botol kecil itu sudah tergenggam kemas di tangan kiri aku. Aku merenung kosong botol itu, sekosong hati aku di saat itu. Aku sudah tidak merasai apa2, di dalam fikiran aku sekarang adalah untuk menamatkan sahaja nyawaku. Niat untuk membunuh diri semakin tinggi menggunung. Lebih baik mati daripada hidup bersama Nico, lelaki yang tidak aku cintai.
Aku membuka penutup botol yang berada di tanganku itu. Racun itu aku beli seminggu yang lalu. Dan sebentar lagi racun itu akan mengalir di dalam setiap urat tubuhku. Bunyi bising di luar rumah tidak aku peduli lagi. Aku mengambil gambar abang Fadz di atas meja. Aku renung sayu wajah abang Fadz yang cute itu. Hati aku sebak dan aku menangis lagi.
"Abang...maafkan Shaz. Mungkin abang bencikan Shaz sehingga tidak datang jenguk Shaz di sini. Tiada guna Shaz hidup lagi, lebih baik Shaz mati saja. Shaz sangat sayang abang."
Kedengaran suara orang mengamuk di halaman rumah. Aku tidak pasti suara siapakah itu disebabkan suasana riuh rendah dan bunyi muzik. Aku tidak menghiraukan keadaan di luar, dan kembali nekad untuk minum racun itu.
Aku membawa botol racun itu ke mulut, dan meminumnya setengah. Aku mula berasa agak sakit di bahagian leher, dada dan perut. Aku terbatuk tanpa henti, dan isi perut seperti hendak terkeluar. Aku memaksa untuk menghabiskan racun di tangan.
Dan...sebelum aku sempat menghabiskannya, pintu bilik aku ditendang kuat dari luar. Aku jatuh terbaring, mulut aku sudah berbuih. Botol racun terlepas dari tangan.
"Ya Tuhan...Shazlin.!! Apa kau buat ni??"
Aku tidak sedarkan diri sudah. Suara mengamuk dan yang menendang pintu bilik itu adalah milik abang Fadz.
Abang Fadz menangis dan menjerit histeria. Aku yang sudah nyawa2 ikan segera didukungnya ke kereta. Aku memang tidak sedar sudah apa yang berlaku. Aku hanya berharap yang aku sudah pun mati setelah minum racun itu.
Aku telah di bawa ke hospital dan terus masuk ICU. Dan sepanjang berada di hospital menunggu aku sedar, abang Fadz sentiasa di sisi aku sambil tidak berhenti2 berdoa. Aku tahu, abang Fadz sudah terlalu banyak menangis, matanya bengkak dan wajahnya muram. Abang Fadz begitu setia menunggu aku sedar.
Akhirnya, setelah beberapa jam bertarung dengan nyawa, aku kembali sedar. Aku mula membuka mata, namun penglihatan masih kabur. Aku boleh rasa seseorang sedang mengusap2 rambut aku.
Aku tidak percaya apa yang sedang aku lihat, benarkah lelaki yang berada di sisi ku itu adalah abang Fadz?
Aku tidak bermimpi. Abang Fadz memang betul2 berada di situ. Aku terus memeluk tangan abang Fadz yang tersenyum itu.
"Syukur Shaz selamat. Kalau abang lambat sikit, nyawa Shaz pasti melayang. Jangan pernah buat benda bodoh begini, abang betul2 sakit jantung tau."
Lembutnya suara abang Fadz masuk ke pendengaran aku. Sikap dan tutur kata lelaki berusia 27 tahun itu masih sama seperti dulu, sangat mengambil berat terhadap aku dan memanjaiku. Aku tersenyum tawar. Tiada perasaan.
Kenapa abang Fadz tiba2 datang dan menyelamatkan aku? Adakah ini satu petanda yang kematian aku belum tiba pada waktunya? Yang Mahakuasa belum mahu aku pergi dari dunia ini..DIA telah mengutus abang Fadz datang pada saat2 terakhir.
Terima kasih Tuhan..
"Maafkan Shaz, bang. Shaz sedih dan sangat kecewa abang tidak datang selamatkan Shaz. Abang tidak tau apa yang Shaz lalui di kampung. Mami, abang Ryan dan Nico..mereka semua jahat."
"Shaz..Shaz sayang...abang tau semuanya. Abang kan polis. Abang minta maaf banyak2 sebab lama tidak balik kampung. Abang betul2 busy. Jangan susah hati, jangan risau lagi. Shaz dah bebas dari Nico tu. Abang sudah pun bayar hutang aunty Lina, mami Shaz. Dan, abang juga tau pasal abang Ryan. Abang sendiri yang akan masukkan dia ke penjara. Shaz jangan takut lagi ya, abang masih hidup lagi untuk melindungi Shaz."
Aku tidak terkata apa2..kerana aku sungguh terharu dan sebak. Pengorbanan abang Fadz sangat besar. Aku memang tidak mampu untuk membalasnya melainkan dengan kasih sayang seorang adik.
"Terima kasih, bang. Shaz tidak tau mau cakap apa melainkan thank you so much. Shaz hanya adik tiri abang."
Aku menangis gembira, hilang semua beban yang aku tanggung selama bertahun2 ini. Mendengar suara abang Fadz sudah cukup melegakan hati aku. Memang dari dulu aku sangat rapat dengan abang Fadz. Dia seorang lelaki yang sangat baik.
"Abang sangat sayangkan Shaz, sejak dulu lagi abang sudah anggap Shaz macam adik kandung abang sendiri. Dadi kita sama kan. Abang akan bawa Shaz stay dengan abang. Abang sudah informed mami abang, dan mami setuju."
Aku tersenyum manis. Lega rasanya mendengar kata2 abang Fadz. Syukur...masih ada lagi lelaki sebaik abang Fadz..
"Thank you, abang. Shaz tidak tau apa nasib Shaz kalau abang tiada."
Abang Fadz mengenggam jari-jemariku. Erat dan hangat.
"Shaz mesti study semula ya? Dengan study bersungguh2 baru Shaz dapat membalas budi abang tau hehehe.."
Aku hanya mengangguk dan memeluk erat abang Fadz. Air mataku tumpah lagi. Kali ini bukan tangisan derita, sebaliknya tangisan gembira.
"Shaz tidak akan pernah lupakan jasa abang. Shaz sayang abang sangat2, terima kasih bang.."
Senyuman ikhlas terukir di bibir abang Fadz. Dialah abang tiri aku, abang kesayangan aku di dunia ini. Ketenangan dan keikhlasan hatinya tidak dapat diungkapkan dengan kata2. Sekiranya abang Fadz tidak muncul tepat pada masanya, mungkin aku sudah tiada.
Namun..aku sangat bersyukur, di sebalik peristiwa pahit dan hitam yang aku lalui sepanjang 18 tahun, telah menjadikan aku seorang yang kuat dan tabah. Kini, aku mampu hidup bahagia dengan orang yang aku sayang.
Cinta itu sememangnya menjadi racun jika tiada perasaan kasih. Dan jangan biarkan cinta anda menjadi racun lalu memakan diri anda. Buang perasaan dendam dalam diri anda, hidup gembira dan nikmati cinta yang ada di hadapan anda sekarang.
Dan aku...aku sendiri sudah belajar memaafkan mami, abang Ryan, Nico dan orang2 yang pernah membenci aku selama ini. Belajarlah untuk memaafkan agar hati dan perasaan lebih tenang dan aman damai.
*******
Inilah cerita hidup aku, kisah pahit dan manis hidupku. Aku berusaha untuk menyampaikan kisahku ini sejelas yang mungkin dengan bantuan sahabat penulis. Aku berharap, jadikan pengalaman hidup aku ini sebagai pedoman.
The End.
TQSM for your time and support!
Much love👄GGloria Story Teller
YOU ARE READING
LOVE POISON
Lãng mạn🌿 Sabahan Style Stories 🌿 (Based On True Story) Mengisahkan tentang seorang gadis kurang upaya/cacat di kaki dipaksa oleh Ibu kandungnya berkahwin dengan seorang lelaki yang sebaya seorang ayah untuk membayar hutang keluarga.. Semoga kisah ini men...