Terpahat Di Hati

30 1 0
                                    

"Nasya ,perlu ke saya terus simpan perasaan saya dekat YC wei"?
Persoalan yang sama keluar daripada mulut Sara.

"Asal kau tanya camtu?Kau suka dia kan ikutlah hati dan perasaan kau ."

"Tapi dia suka orang lain.Takkan lah saya nak ganggu diorang,tak baik kan."

Sejak hari pertama lagi Sara terpandang YC wei dia telah sukakannya."macam mana aku boleh suka dia ni".Sara berkata sendirian dalam hati.

"Dulu saya mesej dia selalu jawab kadang-kadang kitorang gelak,walaupun dah ramai bagitau dia yang saya suka dia".

"Ha tu maknanya dia suka kau"

"Tunggu lah jap tak habis cakap lagi".haish.."Tapi lepas saya hadiahkan jam sempena hari lahir dia terus tak balas mesej saya .Sebelum tu pulak dia asik pulangkan je jam tu ,sekarang ni saya tak tahu dia buang ke apa ".

Pulang dari sekolah

Selepas makan Sara menyiapkan kerjanya dan membuat segala rutin hariannya.
Sara terbangun pada jam 3 pagi.Dia beristighfar."Astaghfirullahhal'azim, kenapa selalu sangat aku mimpi dia ni .Ya Allah berdosa kah aku menyukainya.

Jumaat

Hari yang selalu dinantikan oleh Sara kerana hari jumaat lah dia dapat melihat YCwei bermain badminton.Pernah Sara bergaduh mulut dengan budak india yang selalu mengacaunya semasa Sara dan budak india itu bermain badminton."Hey saya main badminton hebat tau ,YC wei pun kalah lawan saya tau you tahu tak"

"Jangan perasanlah ,dia lagi hebat lah ,dia pukul bola padu ."Dengan mata yang dibesarkan dan suara yang dikuatkan sedikit,tanpa sedar di sebelah gelanggang badminton adalah kelas YCwei duduki .Memang rutin harian PSK untuk turun ke bawah kerana guru PSK tidak larat untuk menaiki tangga .

"Kuatnya suara kau ,dengar doh"kata Lina.
Sambil menekup mulut Sara bertanya "dengar eh"."Aduh malu lah aku kalau dia dengar "Sara bermonolog sendiri.

Setiap hari Sara berdoa supaya YCwei diberikan hidayah kepadanya oleh Allah.
Sehingga kini Sara masih menyimpan perasaan terhadap YCwei .
"Kenapalah aku pergi bagi hadiah dekat dia .kalau lah aku tak bagi mesti aku dengan dia masih berkawan dan dia tidak melarikan diri daripada aku"Sara bermonolog.
........
"Nasya ,setiap kali saya tengok YCwei main badminton dari dulu lagi saya tengok dia dari atas ,dia selalu asik pandang arah saya tapi time dia pandang tu mesti time saya tak pandang dia .Tapi sebenarnya saya buat - buat tak pandang je hehe"

"Dia suka kau kot."

"Kalau Nasya tak percaya pergi lah tengok dia asik tengok mana?"

Semasa Nasya melihat ....
"Haah lah wei dia asik pandang arah kau je".

"Tapi dia mesti cuma bagi harapan je kan.Sedih kan sebab saya cuma mengharap"

Di rumah"Ni apa kawan kakak mesej ni ..Tak habis-habis YCwei.Ni mak dah bahasakan dia ni"
Sara membuka kotak mesej .Sehingga menitis air mata Sara keluar betapa sakit nya hati dia apabila membacanya ,walaupun hanya ringkas tetapi sangat menyentap perasaannya.

Di sekolah
"Mak kau cakap camtu kat aku , mak kau kata YCwei cina kafir and bla bla bla."

"Eh kan semalam saya tengah marah ,so saya malas nak layan Nasya dalam mesej so saya yang cakap camtu bukan mak saya ,saya berlakon je".Dalam hati Sara berdoa supaya diampunkan dosa kerana telah berbohong tetapi untuk kebaikan ibunya juga.

caracter Where stories live. Discover now