ii

18 0 0
                                    

"Sadaqallahul azim." Lafaznya lembut. Muqaddam ditutup perlahan-lahan dan dicium. Alhamdulillah, semakin lancar bacaannya. Aku nampak kesungguhan Aizat untuk berubah. Mungkin hatinya benar-benar ikhlas. Sudah hampir sebulan aku jadi guru agama tak bertauliah. Aku bukanlah ustazah tapi tak salah rasanya berkongsi ilmu yang aku ada. Hidup kena lah ada function.

Pada mulanya memang aku rasa kekok. Masakan tidak, cara amik wudhu' pun aku kena ajar. Mujur ada adik lelaki aku dekat rumah ni, setidaknya dia boleh ajar cara yang lengkap. Aku tahu dia malu, mana tak nya budak umur 12 tahun pula yang mengajar dia.

Begitu juga solat. Satu per satu langkah solat ditunjuk oleh adik aku. Pernah sekali aku perasan matanya bergenang selepas solat. Bila ditanya dia hanya menjawab dengan senyuman. Isu sensitif mungkin.

Alhamdulillah, bila diceritakan apa yang menimpa Aizat keluargaku boleh terima dia dengan baik. Aku kehilangan seorang abang beberapa tahun yang lalu, kedatangan Aizat seperti mengisi semula kekosongan dalam keluarga aku ni.

Suka? Ya, aku suka tengok keadaan dia sekarang. Berbeza dengan Aizat aku mula-mula jumpa dulu. Mana tak nya, bangun je dari koma terus dia marah-marah aku. Terkejut ada kelakar pun ada. Bila dah terangkan apa yang berlaku barulah dia tenang sikit. Sekarang bicaranya lebih lembut walaupun kadang-kadang ada kasarnya. Normal lah ego seorang lelaki kan.

Cinta? Entahlah. Itu semua aku serahkan pada Tuhan. Kalau betul dia jodoh aku pasti suatu hari akan terbit juga perasaan tu.

"Maya, jom solat Isyak berjemaah sekali. Ajak ibu kamu tu sama." Suara Abah menghentikan segenap lamunan. "Okay Bah kejap ye." Aku memanjat tangga rumah untuk memanggil ibuku. Sudah lengkap menyarung telekung aku dan ibu turun ke ruang tamu.

"Ha Aizat, kamu pula lah jadi imam. Kali ni biar uncle pula jadi makmum." Abah senyum. "Tapi uncle...bac..bacaan saya tak lancar lagi. Saya hafal surah pendek-pendek je uncle." Jelas terpampang Aizat sedang panik. Aku dengan ibu hanya ketawa kecil. "Takpe, asalkan solat kita kusyuk. Akan datang kamu kena jadi imam untuk keluarga kamu juga Aizat, apa kata kamu mula dari sekarang." Abah cuba tenangkan Aizat. "You can do it Abang Jat!" Adikku mencelah.

"Allahuakbar." Takbir diangkat.

Usai solat jemaah aku mencium tangan ibu dan abah kemudian tanganku disambut adik. Aku perhatikan Aizat bersalaman dengan abah dan tangannya disambut pula oleh adik.

Tenang.

Itu saja yang boleh aku ungkapkan. Mungkin perasaan ini yang cuba Aizat jelaskan ketika dia luahkan perasaan dulu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 05, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MAYASARI.Where stories live. Discover now