B(9)

48 6 0
                                    


Hisyam pulang ke rumah pada malam itu. Dia berjalan dengan agak perlahan apabila keluar dari kereta Toyota Camry Hibrid miliknya itu. Dirinya terasa hendak terbang saja apabila hendak masuk ke dalam rumah menuju ke biliknya.

Sepatutnya Hisyam pulang awal,tetapi dia mendapat laporan baharu daripada pegawai polis yang lain. Hampir serabut kepalanya dibuat. Tambah lagi dengan keadaan pejabatnya yang panas kerana kerja penyelenggaraan elektrik di situ. Mahu saja dia menanggalkan baju di tempat itu kerana panas.

Hisyam sudah memasuki ke rumah. Destinasi dia yang seterusnya pula ialah ke bilik tidur dia dan Zahrah. Anak tangga dinaikinya satu persatu. Tiba-tiba suara lembut yang manis seperi gula baginya menyaut Hisyam.

"Eh? Abang dah balik ke? Zahrah tak perasan pun.." Zahrah berjalan mendekati Hisyam yang kelihatan penat itu. Kemudian dia mencium tangan suaminya sebagai tanda pulang ke rumah.

Hisyam tersengih seperti kerang busuk. Hatinya terus bersemangat melihat permaisurinya.

"Jom..teman abang naik atas." Hisyam menarik tangan lembut Zahrah ke biliknya. Kemudian dia mencampakkan diri dan isterinya di atas tilam yang empuk. Matanya sudah berat. Mujur sebelum balik dia sudah menunaikan solat Isyak di surau. Bolehlah dia terus tidur.

Dengan rasa agak panas,baju uniform polisnya ditanggalkan lalu dicampakkan ke dalam bakul dengan tepat. Macam-macam gaya Hisyam buat apabila dapat berada di atas katil. Zahrah tersengih.

'Dia nak buat show ape golek-golek atas katil ni..' Zahrah berfikir sendirian. Kalau nak menggoda pun agak-agak lah sikit.

Tak sampai satu minit,Hisyam sudah tidur dengan nyenyak. Zahrah hanya tersenyum. Sepatutnya, Hisyam mesti mandi dahulu barulah dia boleh tidur. Tetapi dia tak sampai hati hendak mengejutnya.

Zahrah melihat wajah kacak suaminya. Sudahlah kacak,badan sasa pulak tu. Ceh..dapat suami abang polis. Untunglah.

Dia memejam matanya hendak tidur. Tetapi matanya dibuka semula apabila Hisyam bersuara.

"Zahrah..kalau abang tak ada bersama Zahrah,tolong hati-hati dan jaga diri serta anak-anak ya. Sekarang kes bunuh semakin banyak berlaku."

Zahrah terdiam seketika. Dia bertentangan mata dengan mata Hisyam yang menunjukkan prihatin terhadap keluarganya.

Memang betul. Sejak kebelakangan ni, kes bunuh ssmakin banyak. Dia sendiri mendengar dan menonton berita di televisyen. Sangat mengerikan.

"Baiklah bang. Zahrah akan ingat tu." Dia memberi sekuntum senyuman manis padansi suaminya.

Hisyam membalas senyumannya. Dia sangat mengambil berat terhadap keluarganya. Bimbang dan risau terhadap keluarga dapat dia rasakan setiap hari.

Hisyam mengucup dahi dan memeluk isterinya kemudian menutup kelopak matanya untuk tidur.

Biarlah apa-apa berlaku pada dia sendiri,tetapi jangan keluarganya.

------------------------------------------------------

Syazli mengambil kunci motornya di atas meja ruang tamu. Dia mengambil kasut Nike berwarna merah di dalam rak kasut lalu melangkah pergi ke pintu keluar rumah.

"Ibu! Syaz nak pergi keluar ni." Syazli menyarung kasutnya.Ibunya bergegas ke pintu hadapan rumah.

"Ni..lupa nak tanya. Keluar dengan siapa? Girlfriend?" tanya ibunya tersengih.

Syazli menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ada-ada saja yang ibunya ini. Sudah berkali-kali Syazli cakap yang dia tidak berminat dengan istilah Boyfriend dan Girlfriend.

MentalWhere stories live. Discover now