♡3♡
******JAKARIA sedikit risau pula dia bila difikir fikirkan kata kata ayahnya malam semalam.Walau pun selama ini dia cukup sedar dia anak sulung Datuk Doktor Yusof Bin Ahmad dengan Datin Hasenah Binti Mohamad Yusuf. Namun dia tetap berasa dirinya masih jauh lagi jika berbanding dengan pengalaman ayah kandungnya di dalam banyak hal.Lagi pun tiada pernah terfikir langsung olehnya untuk mengikut jejak langkah ayahnya itu sebelum ini.Jika tidak kerana amanat Ibunya, dia merasakan jauh panggang dari api untuk melaksanakan kewajipan tanggung jawab itu terhadap segala perusahaan yang ayahnya telah bina selama ini.Tidak sudah di situ.Datuk Dr Yusof juga menyarankan agar anak sulungnya itu menambah giatkan lagi perusahaan yang mana ada sekarang ke arah satu kemajuan serta pembangunan lojistik dan bukannya sekadar memfokuskan di sektor sektor domistik semata mata.Ini ada terdapat berhubung kaitnya dengan hasrat dan harapan Jakaria itu sendiri ingin memajukan lagi perusahaan penternakan haiwan peliharaan yang sedang diusahakannya itu bersama Sudin adik bongsunya.
Semenjak dia mula beristeri sehingga sekarang jarang sangat dia melihat Ibunya menyuruh dia melakukan kerja kerja di belakang rumah.Jika dahulu ada saja kerja yang dia suruh lakukan.Tidak cukup kerja kerja di belakang dapur dan di tambah pula dengan kerja menjadi pengiring peribadinya untuk ke mana mana.Jakaria sudah hampir setengah tahun hidup berumahtangga bersama Isteri tercintanya di Kampong Paya Kelubung di sini.Sehingga kini dia telah berjaya mendirikan sebuah rumah sederhana besar terletak tidak berapa jauh mana dari rumah orang tuanya itu.Walau pun masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata pertamanya namun dia tetap bergembira serta begitu bahagia hidup di samping si dia tersayang.Ibunya sudah mula berbunyi perihal perkara tersebut. Dia ada menjelaskan kepada orang tuanya iti dengan hati terbuka yang dia sebenarnya masih belum bersedia lagi untuk semua itu.Tidak menjadi halnya pula bagi dirinya.Zaiton sahaja yang dilihatnya sedikit sunyi sambil hidup bersendirian bila dia tiada di rumah.Itu pun Zaiton kadang kadang ada juga dihantarnya pulang ke rumah orang tuanya ketika dia ada sebarang urusan di luar jika sebelum ini.Tidak tergamak pula dia untuk membiarkan Isterinya hidup bersendirian sambil berseorangan sahaja di rumah tanpa berbuat apa apa.Dia ada juga menyarankan Zaiton agar pandai pandailah untuk menyesuaikan diri serta jiran tetangga di sekitar kawasan di tempat tinggal mereka itu.Lagi pun rumah orang tua Jakaria bukannya jauh mana sangat dengan rumah mereka berdua.Mengeloi pun dengar.
Sudin belang belang mengopek kelapa tiba tiba sahaja berhenti dia seketika apabila melihat Saidah anak jiran sebelah rumahnya ada lalu di situ sambil melintas di hadapan rumahnya.Denai kecil yang hanya muat dilalui motorsikal sahaja itu diredahnya gadis itu dengan skuter yang baru dibeli bapanya.Sudin tidak menjadi hendak menegurnya dia setelah berasa berat mulut pula hendak berbuat demikian.Dia membatalkan niatnya itu sambil meneruskan kerjanya.Kedengaran bunyi enjin motor tiba tiba sahaja semakin menghampiri sambil menghala ke arahnya.Lalu dia pun berpaling sambil memandang.Terperanjat juga Sudin melihat Siti Saidah tiba tiba terpacak sambil berdiri di hadapan matanya.Sudin pun berhenti seketika membuat kerjanya.Lalu dia pun bersuara sambil bertanya kepada gadis itu dengan berkata."Apa! Engkau nak Aku kopek dengan engkau engkau sama ke?"
Guraunya seraya berseloroh pula.Saidah yang tidak lekang dari suka menyangkat Sudin itu pun lalu berbunyi dengan berkata.
"His! Apalah...Abang Sudin!"
"Orang nak beli kelapa...Dia marah marah pulak!"
"Tersalah makan ke, apa...dia ni!"Balas Siti Saidah pula sambil sedikit menggerutu.Sudin sedari tadi cuba berlagak jual mahal tiba tiba bertukar menjadi mesra semacam pula kepada gadis penyangak hidupnya itu.Sudin pula lalu bertanya.
YOU ARE READING
PROSIDING NIKAH- Teori Syariah ATAU Civil.
Humor@Qalby.com @HasanatulQalby.com prevent.com @prevent2008.com mokhtarabdullah@69gmail.com @same2U.com SAME2U.COM @idsideal.com @metoo.com metoo.ctoo@ Bernikah ada prosiding jugak? Syariah-Prosiding macamana? Civil-Tau le? Amenda bezanya? Siapa yang be...