SEMANGAT MODEN

3 0 0
                                    

        SUDIN kini sudah pandai bergaya ala seorang tauke besar sekarang ini.Di pasar tempat orang berniaga daging semua mengenalinya.Tidak kira anak muda mahu pun orang tua.Sudin kini dia juga sudah ada lesen memandu yang diperolehinya dua bulan yang lepas.Sejurus mendapat lesen, dia terus mendapatkan sebuah pikap second hand yang ada dibelinya dari tangan membernya.Dia sudah mula pandai bermain di pasar pasar yang berdekatan di tempat tinggalnya sekarang.Pendek kata, rezekinya juga sudah mula bertambah sejak dia mengurus perniagaannya sendiri.Jika dahulu, hanya Jakarialah harapan kuatnya.Itu pasallah dia kelihatan tidak berapa berada mana.Sekarang dia sudah pandai berniaga sendiri.Tiadalah apa apa halangan lagi bagi dirinya.Jakaria abangnya begitu juga.Dia bukan main segak bergaya lagi sekarang.Dengan, memiliki sebuah BMW L series sekarang ini.Dia kini sudah dipandang sebagai seorang penjual daging yang begitu terkenal di tempat tinggalnya di sini.Walau pun dengan hanya memiliki kenderaan terpakai sekali pun, Jakaria sudah dikira sebagai berjaya juga.Lihat saja dirinya, boleh dikatakan setiap hari kerjanya seperti memasang badan pula.Sementelah pula dia kini hidup sebagai orang bujang semula.Isterinya pula sudah lama pergi meninggalkannya setelah berlaku pertelingkahan di antara kedua dua belah pihak keluarga berbesan tempohari.Dia juga sudah lama menerima takdir ini di dalam hidupnya.Bekas Isterinya pula sudah lama berkahwin dengan seorang rakan lamanya si Mamat yang tinggal di Kampong Ulu Lesung. Anak mereka berdua kini sudah pun bersekolah Tadika ada dipelihara neneknya di sebelah Ibu.Jakaria meski pun merasa kecewa dengan keputusan Mahkamah tempohari, dia tidak pernah pula mencanggahi keputusan yang telah dibuat mereka itu.Sebaliknya, dia tetap juga memelihara nama baiknya itu dengan turut melawat anak kandungnya sambil sekali sebulan jika ada kelapangan waktu.Norziha tidak pernah pula mengeluh atau membuat perangai selama ini.Budak itu memang seorang budak yang baik serta menurut kata pula.Mereka berpisah dengan cara aman.Tidak pula terdapat masalah perkara perkara berbangkit sehingga setakat ke hari ini.
        Pasar Buluh Rentung di pagi ini kelihatan begitu sesak dengan pengunjung.Kebetulan pula hari ini hari minggu.Ramai pulalah orang datang dari seluruh pelusuk desa dan juga daripada luar bandar.Kenderaan di atas jalanraya kelihatan penuh bersesak sesak macam seperti anak ayam pula serta ada bersusun susun dileak di hadapan pasar.Sudin dia awal awal lagi sudah turun dari rumah untuk membawa daging ke pasar.Dia juga kini ada memiliki Gerainya sendiri di situ.Jakaria pun begitu juga.Kelihatan penuh pembeli sedang berbaris bersusun susun sambil menanti giliran untuk mendapatkan bekalan daging di Gerainya itu.Sudin pula bagai tak cukup tangan dia sambil melayan pelanggannya sejak dari awal pagi lagi.Dia buat masa sekarang belum lagi bercadang hendak mengambil sebarang pekerja untuk membantunya.Sehingga setakat ini, Sudin masih lagi mampu menguruskannya sendiri.Esok esok, mungkin adalah barang seorang dua pekerja yang akan diupahnya nanti.Sambil sibuk melayan pelanggan tiba tiba Sudin kelihatan menggelabah tidak tentu pasal.Dia kemudian menjerit jerit memanggil Man sambil melambai lambaikan tangannya kepada budak itu.Man yang sedang ralik bersembang itu pun lekas lekas bergegas berjalan sambil menghala arahnya.

"Eh! Engkau tolong Aku kejap!"
"Aku nak ke bilik termenung!"
"Cepatlah...Aku dah tak tahan ni!"

Pintanya sambil meletakkan pisau daging di tangannya.Man tanpa berlengah terus meluru ke dalam.Sebentar Sudin sudah tidak kelihatan lagi.Man yang memang sudah biasa dengan kerja kerja sebegitu tidak kelihatan kekok sedikit pun sambil memotong daging yang ada dipesan pembeli.Dia juga dahulu seorang penjual daging di pasar di tempat tinggalnya.Semenjak dia kehabisan, dia tidak berapa mana lagi di situ.Sejak itulah dia datang mencuba nasib ke sini.Setakat ini, Man hanya berpeluang membantu para penjual yang memerlukan bantuannya di sini.Sedikit hari lagi, dia ada juga bercadang hendak berniaga sama.Dia sudah pun mendapat persetujuan Sudin untuk tujuannya itu.Sudin pula cukup menyambut baik rancangannya itu.Lagi pun kawannya itu ada juga bersungut hendak mengupahnya sebagai pembantu.Dapatlah juga baginya mencari lubang lubang bisnes di sini nanti.Sebentar, Sudin muncul sambil tersengih memandang kepadanya.

PROSIDING NIKAH-   Teori  Syariah ATAU Civil. Where stories live. Discover now