Aliyana POV
" Fuhh penat siot harini " mau tak penat besar gila kot king university ni boleh pulak akak akak fasi ni dera kami bejalan satu U ni buat tour bagai adoi agak agak la . At least bagi la naik bas ka dari satu bangunan ke satu bangunan . Memang la kami budak baru tapi simpati la sikit kan?
Oh ya lupa nak kenalkan diri ! hehe ... nama aku Nur Aliyana Maisara Rose bt Dato Aliff hehehe panjang kan nama aku? Hahaha actually nama ni mommy aku yang bagi sebab nama mommy aku pun ada bunyi bunga jugak , Datin Mawar Evans . Haa mommy aku ni orang Belanda sebab tulaa aku pun muka mix alaa alaa omputih gitu hahaha *perasanjap . Ok even aku ni anak dato but aku tak suka nak menunjuk sebab apa sangat la yang ada pada pangkat dan duit kan . Aku lebih suka org tak tahu latar belakang aku . So aku boleh hidup mcm org biasa bebas berkawan gituu hehehe .
So sebenarnya aku merupakan student baru king universiti ni . And harini merupakan hari terakhir kami adakan sesi suai kenal . Alah korang tau la kan typical masuk u sesi suai kenal mesti seminggu lepastu kena buli dgn hakak hakak senior but nevermind it was a good experience tho . Btw yang paling best is aku dapat uni yang sama dengan bff aku weh ... Sufia Irdina hehehe bukan setakat tu ja . Bilik and course pun sama siot hahahaha memang berjodoh la kami ni kan eh eh eh .
----------------------------------------------------------------------
" woi kau berangan apa ni weh tersengih sengih macam kerang busuk je aku tngok "
" aduhai kau ni pahal doh sufia. Ketuk ketuk kepala aku pulak . Nanti tak sempat nak belajar term term komputer dah mereng otak aku ni " yela mau tak mereng boleh pulak dia ketuk kepala aku guna fail dia yang tebal tu . Dia ingat kepala aku ni batu ke aduhaduh .
" yela kau tu aku panggil dekat sepuluh kali okay kau tak dengar kan . Ni mesti kau jumpak prince charming ke org yg hensem ke kan kan . Baik kau bagitau aku cepat . Jangan nak memandai usha sorang sorang tak ajak aku eh liy " okay kalau korang nak tau orang selalu panggil aku liy . Sebab nak sebut aliyana panjang sangat .
" kau ni merepek apa cik sufia oiiii penah ke kalau aku jumpak prince charming ke mamat hensem ke aku tak bagitau kau . Kau kan bff aku yg paling sayang muahh hahahahahahaa "
" eww kau ni sengal kan . Ok whatever laa . Ni bila kita nak balik bilik . Acara penutup dah habis liy sejak kau berangan tak ingat dunia tadi . Yeayhhhh kita dah bebas liy ya ampun mak happy sangat" *sambil lompat lompat
" weh srs ahh kita dah bebassss bestnyaaaaa boleh qada tido . Ok jomlaa kita belah . Tak sabar doh nak tido " maklumla dah seminggu tidur sehari dua jam je sebab tiap hari kena dera .
----------------------------------------------------------------------
Di bilik
" weh sufia esok start kelas pukul berapa eh? "
" ermm pukul 8 .. kau dah kenapa tak tido lagi ni dah lewat kot esok liat nak bangun pi kelas pulak . Kau lambat esok aku tinggal eh "
" yela yelaa aku nak tido lani . Aku just rindu mommy aku je "
" eh eh kau ni anak manja eh kalau rindu call la apa guna ada telefon mahal mahal tapi tak reti guna call mommy kau aduh . K la aku nak tido dulu kau tu jangan tido lewat sngt ok bye gudnite " heh mmg la aku anak manja aku anak bongsu kot . Ada abang pun ... abang aku belajar kat luar negara huhu sadlife kan . Apa khabar agaknya abang arsyad ku sekarang mesti bertambah hensem skrng ni . Hahaha dah dua tahun kot aku tak jumpa .
" ok sufia gudnite too" tu je aku balas dekat sufia malas nak balas panjang panjang sebab macam mak nenek karang . Baik aku call mommy . Aku mendail no mommy and tak sampai seminit mommy angkat . Sah tak tido lagi mommy ni .
" assalamualaikum mommy !! " hampir menjerit aku sebab excited sangat rindu kat mommy .
" waalaikumsalam ya allah anak mommy ni cakap tu slow slow tu boleh kan . Naya je kalau mommy kena sakit jantung nanti ha dgr suara kamu tu macam petir "
" eheheheh sorry mommy rose rindu mommy sebab tu excited sikit " ha dengan family aku mmg aku gelarkan diri aku rose . Hanya family rapat je okay .
" ye mommy pun rindu rose . Tapi kenapa tak call esok je sayang . Esok kan ada kelas sepatutnya kena tidur awal kan ?"
" alaa mommy rose call sebab rindu sangat dah kat mommy hehehe . Call siap siap baru esok semangat nak pegi kelas hehehe . Mommy rindu rose tak? "
" tak habis habis dgn perangai sengal kamu tu kan . Dekat sana jaga sikit eh perangai kamu tu . Jangan sengal sengal sangat . Sengal dengan mommy takpe hahaha . Btw mommy pun rindu rose nanti hujung minggu mommy datang ambil rose okay . Jaga diri kamu tu kat sana . Jangan nak mengusik org sangat " bukan datin mawar tak tahu perangai si aliyana yang suka sakat org tu . Pening kepala dia nak melayan perngai anak daranya sorng tu .
" hehehe okok mommy rose janji tak sengal sangat . Tapi sikit jee . Hehehe mommy rose nak tidur dah bye mommy i love you so muchh kirim salam daddy eh muah " datin mawar hanya mampu geleng kepala sambil tersenyum dengan keletah anak nya itu . Anaknya sungguh peramah dan berperangai gila gila mungkin terikut dengan diri nya kerana dia juga seorang yang peramah dan boleh masuk dengan semua orang . Lain la dengan suaminya yang lebih banyak diam dari bercakap .