Bab 2

3.4K 66 2
                                    

Aliyana POV

" woi liy bangun laa ! Nanti lambat pegi kelas kang " sufia menghempuk bantal busuknya atas muka aku tanpa rasa bersalahnya. Sebenarnya aku dah bangun tapi malas nak bukak mata lagi .

" eh kau ni aku tau la . Kejap la . Lagi satu bantal busuk kau tu bau dia kalau buang dalam kolam ikan pun ikan boleh mati tau" hahaha sebenarnya aku sengaja nak menyakat sufia . Takdela busuk sangat cuma bau air liur dia tu perghh semerbak jugakla bau dia .

" eh kuaja kan kau aku dengan bantal wangi aku ni dah 15 tahun okay ! "

" yela yelaa dah tepi aku nak mandi besiap kau tu kemas katil kau tu semak je aku tngok" mau tak semak si sufia ni suka makan atas katil haih dah berapa kali aku nasihat tapi dia takmau dengar . Aku bukannya apa takut bersemut katil dia nanti eww .

Skip

Setalah setengah jam aku berpusing ikut sufia ni . Hairan aku dari tadi tak sampai sampai ke kelas . Sebenarnya si sufia ni tau ke tak kelas kami kat mana.

" weh sufia kau ni tau ke tidak kelas kita kat mana ni . Dari tadi aku pusing ikut kau tak nampak pun bangunan jabatan teknologi maklumat ni ke kau taktau jalan ni sufia baik kau cakap betul betul " sakit jugak la kaki aku jalan sana sini .

" ehehe liy sebenarnya aku lupa la ... hehehe tapi aku cuba ingatkan la ni "

" woahhh kau ni biar betul . Aduh bengang betul aku macam ni . Kenapa kau tak bagi tau dari tadi je boleh kita tanya orang "

" alah sorry la liy okok kita tanya orang eh " sufia siap pegang tangan aku sambil lentok kepala dia dekat bahu aku nak pujuk punya pasal .

Tiba tiba aku terpandang sorang mamat ni jalan sorang sorang siap tunduk kepala lagi kau . Hah ni sah budak budak nerd ni . Selalu kalau budak budak nerd sah tau jalan selok belok uni ni .

" jap weh sufia aku nak tanya mamat tu " aku pun berlari mengejar lelaki nerd tadi . Ok ikut suka hati aku ja kan panggil orang nerd . Disebabkan aku berlari terlalu laju , tak sempat nak brake aku terlanggar mamat nerd tadi aduh bebal ja aku ni . Habis doh buku mamat tu jatuh .

" aduh awak sorry sorry saya tak sengaja nak cepat kejar awak tadi " aku tolong mamat tu kutip buku . Mamat tu masih lagi menunduk kutip buku tanpa kata apa apa . Aduh dia ni okay ka tak .

" awak awak sorry ehh .. sebenarnya saya nak tanya mana bangunan teknologi maklumat . Saya student baru kat sini . Boleh tolong tak tunjukkan kat mana? " aku masih lagi cuba bertanya dan meminta maaf sedangkan mamat tu masih tunduk dan diam .

Tiba tiba mamat nerd tu angkat muka . Walaweh wehhh terkedu aku . Ya allah indahnya ciptaan tuhan . Ni bukan mamat nerd . Ni putera dari negara mana ni . Hensemnya bukan biasa biasa . Dengan rambut ala ala prince mateen dari brunei tu lepastu mata dia weh warna kelabu weh . Dengan kulit putih .Aku syak dia ni ada mix jugak . Aku masih tenung dia . Selepas beberapa saat aku tersedar sebab dia dah bangun dan dah nak start belah tanpa kata apa apa .

" eh awak tunggu kejap . Tolong la tunjuk kat mana bangunan teknologi maklumat . Saya first day kelas tau harini . Kesian la eh eh " aku kelip kelip mata sambil buat muka comel.

Mamat tu berhenti dah kalih memandang aku . Dia tunjukkan ke sebelah kanan lepastu senyum lepastu dia terus jalan tinggalkan aku sorang . Okay yang ni srs tak tipu . Dia senyum weh dia senyum !!!! Menawan gila . Aku rasa aku dah jatuh cinta oh my god 😢😢😢 aku terus berlari mencari sufia . Sekarang ni jatuh cinta jatuh cinta jugak tapi harini hari first day kelas ya . Naya ja kalau lambat . Sebab kita kena tunjuk first impression kat lecturer hehehe .

" weh sufia aku dah tau kat mana kelas . Kat sebelah kanan sana . Jom ! " aku terus tarik tangan sufia ke kelas cepat cepat .

Dalam kelas

Masuk je kelas macam biasa la kami adakan sesi suai kenal . Ramai jugak la kawan baru aku dengan sufia harini . Antaranya mariah , rini and siew peng . Diorang ni tak sombong then kepala pun sengal macam aku dengan sufia jugak sebab tu boleh ngam . Tapi ada jugak yang sombong plus gedik gila siap ada nama group lagi . Ok nama group pun ala ala diva and ya diorang ni sebijik diva . Mana tak diva nya datang kelas macam datang pertunjukkan fesyen . Dengan dress singkatnya siap berkilauan lagi . Tambah tambah ketua geng Lavida tu siap pakai crown lagi gais . Diva sangat . Group lavida ada empat orang . Ketua diorang puteri rania , mimi , airis dan arissa .

" weh liy . Kau perasan tak budak budak kelas kita tngah pandang pandang kat group mamat mamat kat hujung sana tu "

" haah kot . Kenapa?" Actually aku malas nak ambik port sebab bosan sebab dah tau dah mesti diorang pandang sebab group mamat tu kacak kacak . Alah benda ni zaman sekolah pun selalu jadi .

" eee kau ni kan . Kau tau tak mamat mamat tu diorang cakap anak anak jutawan kot . Lepastu dengar cerita ada sorang tu anak tengku weh . Ish liy kau dengar tak apa aku cakap ni ?? "

" ye aku dengarla . Malas la aku nak ambik port . Bukannya penting pun . Lagipun aku dah jumpak prince charming aku harini hehehe"

" like srsly? Oii sapa weh sapa??? Macam mana aku taktau kau ada crush ni ? "

" ish kau ni memekak jela.. aku baru jumpa dia tadi okay .. hehehe lepastu terus aku jatuh cinta " teringat muka mamat mata kelabu tu walawehh bergetar tulang rusuk beb ahaks over .

" kau biar betul liy . Bukan kau sengal sengal pun susah jatuh cinta ke . Setakat crush crush tu aku taula . Ni sampai tahap jatuh cinta ni first time ni . Cerita laa weh sapa mamat tu kat mana kau jumpak dia aduh " sufia menggoncang goncang bahu aku dengan desperatenya sebab nak aku cerita cepat2 . Dia ni memang selalu tak menyempat .

" hehe alah kan tadi kita taktau kelas mana satu ..yang bagitau kelas kita kat mana tu mamat tu la haih omaigod aku suka dia weh" mata ku mula melilau lilau dalam kelas takut lecturer dah masuk time sedap sedap tengah sembang . Tetiba mataku tertancap kat sorang mamat yang duduk kat tengah tengah mamat mamat hensem yanh jadi perhatian budak kelas aku tadi . Okay dia asyik tunduk buat kerja dia tapi kan muka dia nampak familiar betul . Ok wait tu bukan crush aku ke tu?? Omggggggggggg

" weh sufia !!!!!! Omg tu weh tu weh crush yang buat aku jatuh cinta tu " aku tunjuk ke arah mamat tu .

" yang mana weh liy maigod kenapa kau jadi macam ni cer bersabar sikit "

" tu yang tengah buat kerja sambil tunduk tu . Weh aku tak kira aku nak tau jugak nama dia aku tak kira " aku dah bersedia nak bangun menuju ke arah kelompok mamat mamat hensem tu . Sufia pulak dah terlopong terkaku kat tempat duduk tngok perlakuan drastik aku hahaha .

" hai semua nak tumpang tanya boleh? " aku tersengih sengih sambil tayang gigi putih bersih aku kepada kelompok mamat mamat hensem tadi .

" oh hai , saya adam boleh panggil abang adam tak pun panggil yours ke? " kata salah sorang mamat tadi .

" ciaaaaaa ciaaa ciaaa " kata semua rakan mamat tunduk tu serentak sambil ketawa .

" hahahaha takpa saya nak tanya je taknak tau nama panggilan awak apa pun hee " kataku sambil tayang gigi lagi .

" hahahahhaa dam kau kene friendzone dengan awek cantik bhai " kata salah sorang mamat kat situ . yang lain dah gelak guling guling .

" okok yer cik adik manis nak panggil awak apa ni . And awak nak tanya apa? "

" saya aliyana maisara boleh panggil liy . Emmm sebenarnya saya nak tanya yang mamat tunduk tu nama apa ehh . Dia single ke tak? Kalau single saya nak masuk line " kataku dengan muka tak malunya siap tayang muka comel .

Semua mamat mamat tu terlopong kecuali mamat tunduk tu yang tak angkat muka dari tadi . Dia ni takde perasaan ke apa eh .

" wowow ni first time tau saya jumpak awek macam ni . Siap berterus terang lagi hahahaha ok ni best . Btw awak sebenarnya nama mamat tunduk ni Tengku Ashman Haikal bin Tengku Amran . Tapi sayangnya liy dia ni pemalu . Pemalu bukan biasa biasa . Yang padu padu punya " kata adam . Dan mamat tu masih tunduk tak pandang aku . Tapi aku dapat tengok yang pipi dia merah mungkin sebab malu hahahahaa cute gila kot .

" oh yeke takpe la . Kirim salam eh kat dia . Cakap kat dia yang saya liyana maisara crush dekat dia okay hahahaha ok byee semua terima kasih bye adam " aku pun terus berlalu tanpa menunggu jawapan mereka.














Crush Aku Pemalu Where stories live. Discover now