Udara sejuk dari laut bergolak menggantikan udara panas di barat yang kurang ketumpatannya. Udara panas yang kurang ketumpatannya akan naik ke ruang angkasa. Kitaran udara sejuk dan panas ketika waktu siang itulah dinamakan bayu laut.
Muatan haba tentu barat lebih rendah berbanding laut menyebabkan keadaan darat lebih bahang terasa meskipun mendapat angin nyaman dari laut. Ah!
Full cap dibetulkan dengan tangan kasar perkasanya. Urat berselirat mempunyai tarikan yang tersendiri. Mata yang jernih mengerling ke arah hempasan ombak. Disebalik retina mata, kisah itu bermain seperti siaran ulangan yang tiada hentinya.
Rindu.
Hatinya dipagut rasa rindu yang menghantui.Jari-jemari disatukan antara kiri dan kanan. Hembusan nafas yang mendalam dilepaskan. Berat. Pantai ini membuatkannya sesat dalam kenangan rindu. Ketika semuanya dalam keadaan baik, dia tidak bijak untuk mendapatkannya. Apabila semuanya sudah pecah berterabur, kesedaran diri baru hadir. Silap langkah yang diambilnya dimana?
Selipar hitam dibimbit sahaja membiarkan kakinya tenggelam dalam pasir putih lembut yang dibasahi air laut. Tapak kakinya menjadi bukti kehadirannya dipinggir laut ini.
Mungkin di tempat yang sama, tetapi kisah yang berbeza.
"Mana kau menghilang?" keluhnya.
Muhammad Nafiz berhenti dan menatap luasnya terbentang lautan dihadapannya sambil berpeluk tubuh. Air laut masih sejuk dan mendamaikan. Jernihnya laut itu membuatkan dia tersenyum sendiri. Cinta itu menghidupkan rasa ketika bersama dan membuatkannya bahagia.
"Kerana terasa ada.." ujarnya separa berbisik.
YOU ARE READING
Terasa Ada
RomanceKau Yang ditakdirkan bersama diriku Jika masih ada rasa yang tertinggal Akan aku ambilnya kembali Kerana terasa ada.. ( do comments, you'll help me update more! love )