Proton Preve hitam itu diletakkan di perkarangan rumah. Beg diletakkan elok di atas sofa yang berada diruang tamu. Seluar jeans hitam dilipat 10cm dari paras lutut. Akhirnya kaki dapat bernafas setelah 6jam di dalam kasut.
"Penat sangat, pergi mandi."
Nafiz mencelikkan mata yang baru hendak dilelapkan apabila mendengar sahaja suara Hajah Faridah menyapa. Hajah Faridah duduk disofa berhadapan anaknya itu.
"Nantilah Umi, penat lagi ni." Nafiz mengambil bantal kecil yang berada di sofa dan dipeluk.
"Tak elok macam tu. Pergi mandi azan tak lama dah baik mandi sebelum azan nanti boleh siap-siap jadi imam terus." Hajah Faridah memujuk anaknya.
"Mi, adik mana?" soal Nafiz mengalihkan soalan Uminya.
"Ada dalam bilik baru je pulang dengan Abah. Abe tahu dia dari mana? Selagi tak dijerit dengan Abah selagi itu dia ada dekat sana." Hajah Faridah menggeleng kepala geram.
"Kesian adik Umi, dia rindu nak ride dengan Fiz. Dah tak ada masa nak luang dengan dia." Nafiz terus sahaja segar apabila terkenang adik perempuan satu-satunya yang dimiliki.
Hajah Faridah mengangguk setuju. Jelas sekali kesunyian Nuriz apabila abangnya mula menyambung pelajaran. Seakan terpisah kasih sayang untuk bermanja.
"Abe curilah masa untuk adik luang sikit masa dekat kandang. Tak adalah dia dengan pakcik Ali sahaja."
Nafiz tersenyum nipis.
"Bukan dengan budak Azrif ke?"Hajah Faridah memandang anaknya dengan senyuman penafian. Nafiz menayang gelak tanpa suara kerana itu adalah cara semula jadinya.
"Abe pi naik atas. Umi nak cari Abah kat mana." Hajah Faridah menolak betis anak bujangnya itu.
"Mi, masuk maghrib dah pun nak dating ke? Lepas isya' tak boleh?" Nafiz tergelak lagi.
"Ya Allah budak bertuah ni!" Hajah Faridah menepuk skapula Nafiz dengan bantal.
Pintu utama merupakan lokasi pertama yang dituju kerana tahu bahawa Haji Ismail sedang menyiram pokok bunga hiasan. Untuk elakkan pembaziran air dan mengekalkan kesuburan pokok hiasan , jadual siraman pokok harus dilakukan pada awal pagi dan lewat petang.
Siraman ini akan membantu pokok mengekalkan kelembapan udara sekeliling pokok kerana kadar transpirasi berkurang. Kurang kehilangan air dalam bentuk wap.
"Bang Ji! Sudahlahtu, mari masuk." panggil Hajah Faridah.
Haji Ismail memusingkan badan memandang isterinya. Sah, kalau tidak menjerit itu bukan empunya badan sebenar.
"Sat, nak tutup kepala pili."
Sejadah disusun elok di bilik solat yang serba-serbi berwarna putih ditambah rona hijau membangkitkan aura ketenangan apabila masuk. Keadaan kondusif berpenghawa dingin dan dihiasi karpet berbula membuatkan siapa sahaja masuk rasa apa itu ketenangan.
Nuriz menyarungkan telekung sebaik sahaja melihat Umi dan Abah masuk ke dalam bilik solat.
"Abe mana Mi?" ujar Nuriz.
"Abe tak hilang mana. Satgi datanglah." Hajah Faridah menepuk perlahan peha anaknya.
Nafiz yang mengetahui posisinya dimana tidak mempertikaikan. Sudah menjadi kebiasaan apabila tiba maghrib yang mengimamkan ialah dirinya. Hanya subuh sahaja Abah yang menjadi imam manakala lain waktu solat didirikan sendiri.
Maha suci Allah,
Pemberi cahaya dilangit dan dibumi.Usai sahaja solat, tugas Nuriz adalah melipat semula sejadah yang dibentangkan manakala Umi harus terburu-buru menyiapkan makan malam. Nafiz tersenyum melihat air muka Nuriz.
YOU ARE READING
Terasa Ada
RomanceKau Yang ditakdirkan bersama diriku Jika masih ada rasa yang tertinggal Akan aku ambilnya kembali Kerana terasa ada.. ( do comments, you'll help me update more! love )