TA 1 (RENEW)

516 31 90
                                    

Beg galas berwarna hitam sudah hampir tiga tahun dipakai tanpa ganti begitu juga dengan jam tangan Daniel Willington biru gelap yang hampir dua tahun dijaga tanpa sebarang calar. Kad matrik pelajar yang digantung pada leher ditarik ke bawah antara kolar baju.

Dipusingkan kad matrik pelajar tertera wajahnya yang hanya dihiasi senyuman nipis. Nama tanpa sebarang kesalahan ejaan menjadi kebangaan.

"Nasib baik kacak." komennya.

Bibir halus dominan milik Umi berjaya diwarisinya. Mujur sahaja untuk memiliki bibir nipis tidak dipengaruhi oleh faktor persekitaran!

Nafiz berjalan santai disepanjang susur gajah sambil matanya melilau-lilau di sekitar kawasan bangunan yang tampak berbeza seakan dikawasan baharu. Blok-blok juga kelihatan baru membuatkan Nafiz berasa curiga.

"Tempat apa ni?" Nafiz menoleh kebelakang dan memberhentikan langkah kakinya.

Asing.

Kampus bukan kawasan segi empat per segi yang kecil perimeternya untuk dijelajahi. Maka, tidak semua pelosok bangunan sempat untuk diterokai kerana itu bukan matlamat sebenar tujuan keberadaannya disini. Tujuannya hanya satu, untuk menimba ilmu mengejar cita-cita sepertimana doa seorang ibu dan harapan seorang bapa.

Nafiz memegang beg yang digalas pada bahu kanan seiring kaki melangkau tanpa hala tuju.

Mata jernih miliknya memerhati kalau-kalau ada pelajar yang lalu disitu untuk ditanya tentang jalan keluar dari kawasan ini. Dengan langkah kaki yang besar dan agak malas , matanya bertembung dengan sepasang mata milik gadis.

Isyarat mata itu tidak dikalihkan sehinggalah gadis itu menoleh ke arah rakan yang berada disebelahnya.

"Kau tengok apa Nan?"

Afnan menggeleng kepala laju.
"Kau nak nota apa? Sekejap." fail berwarna biru terang itu ditarik untuk diletakkan di atas. Helaian demi helaian diselak.

"Aku nak prosedur penyedian garam. Please! Please! Please!" Hannah merayu dengan merapatkan kedua tapak tangannya.

"Aku tak sure macam ada." Afnan mengerling ke arah lelaki yang berjalan menuju ke arahnya.

"Adakan ia! Walau apa pun yang terjadi kena ada juga. If not, matilah aku Nan!" Hannah mengintai nota-nota Afnan yang menarik perhatiannya.

Afnan Auliya menyerahkan kertas yang mengandungi prosedur penyediaan garam dengan senyuman gembira. Gembira dapat membantu dari sudut yang dia mampu lakukan. Fail biru terang itu ditutup semula tanpa sempat untuk klipkan segala isi kertas.

"Thank you Nan!" Hannah mendakap sisi Afnan sambil berjalan dengan gembira.

"Han, wait!" Afnan menangkap semula fail yang telah berputar 180darjah namun isi di dalam sudah jatuh ke tanah.

"Oh my!" Hannah sepantas kilat cuba menyambar semula kertas dari terus terbang gusar masuk ke dalam longkang sahaja.

Nafiz mengerutkan kening melihat dua orang gadis ini bercangkung mengutip kertas. Kepalanya digelengkan perlahan-lahan ketika berjalan melintasi mereka berdua.

"Jangan!" jerit Afnan sambil memejamkan matanya rapat.

"Allah tuhan!" Hannah menepuk dahi kuat.

Afnan memandang Hannah dengan mata yang terkedip-kedip tanpa henti. Sama ada mahu menangis ataupun ada hati yang sedang berderai pecah. Nota ibarat ilmu yang dibawa kemana-mana sebagai satu cara untuk mengisi masa. Dan nota itu kini berada di bawah tapak kaki saiz 8.

Terasa AdaWhere stories live. Discover now